March 24, 2013

Aku pelik

Assalammualaikum.

monolog :

kita sekarang ini. kalau tidak buka mata lagi.
selagi masih bersenang lenang dengan hal duniawi. 
selagi masih rasa diri ini lagi perlu untuk kejar yang bukan boleh jamin ke syurga. 
jangan bermimpi untuk kamu semua rasa yang nama kamu akan dipanggil yang paling awal. 
jangan bermimpi! jangan bermimpi langsung!!
yang paling takut bila nanti kamu di campak ke dalam api,
kemudian kamu baru beria nak kembali dan baru nak menyesal. 
merintih!
menangis!
semua itu sudah terlambat. 
apa yang kamu cari sebenarnya? 

'Aku pelik. Bila Dia yang Cipta kita semua. Kemudian Kita ingkar!'

Aku seorang sahaja yang sedar, atau kamu semua buat tak tahu? 

Allah, Aku risau tentang diri ini. tentang mereka semua. Aku risau. Ampunilah Dosa kami ya Allah. kami masih pendosa!  :'(

fyy mokhtar

March 23, 2013

JANGAN GIVE UP FYKA

saya tak sangka saya macam ni sekarang. saya fikir macam ni sekarang. Maafkan Aku Allah 

bila ada bisik bisik yang sampai ke telinga mengatakan 'kami suka tengok fyka macam ni'
saya tak buat apa-apa. saya hanya mampu senyum.
bila ada bisik bisik yang sampai ke telinga mengatakan 'kenapa kamu macam ni'
saya tak buat apa-apa. saya hanya mampu tersenyum lagi.



yang selalu dengar dan beri nasihat tiap kali rasa seperti di tengah lautan kemudian arusnya bawa entah ke mana hanya dia. lantas berkata-kata dalam hati mungkin ini yang dia mahu aku lakukan. berdoa dan terus berdoa. supaya dia dapat dengar luahan suara kecil ini di setiap kali solatku. kemudian aku berfikir kenapa aku sentiasa diuji dengan ujian yang sebegini rupa. ujian yang aku rasa yang selalu bermain dengan emosi perasaan manusia. dan kerana itu aku hampir tidak mampu berfikir. ujian ini sebenarnya tidak lah berat mana jika dibandingkan dengan orang yang kematian anak, kematian ibu bapa, walhal bumi palestine yang sedang berperang hebat. tapi bila melibatkan perasaan dan emosi manusia seringkali tersungkur hebat. syaitan syaitan. cepat benar kau rasuk jiwa aku untuk terus putus asa.

'fyka aku tak nak kau give-up, aku tak nak kau kembali kepada fyka yang dulu. aku takut tu. kau kena tabah. ni ujian sikit dari dia. senyum fyka!' -sahabat

'cuba kita fikir, kenapa kita dipertemukan dengan dia. kenapa kita kawan dengan dia. kadang-kadang Allah hantar dia untuk ubah kita' - sahabat

dah terasa banyak sangat lukakan hati ramai pihak. entah kenapa bila mahu begini banyak pula ujian nya. banyak pula rintangan nya. banyak pula masalahnya. semoga terus tabah fyka. kerana Allah bersama kamu. kerana Allah sentiasa mahukan yang terbaik untuk kamu. kerana Allah tak nak kamu yang dulu. 

'kadang kadang saya cemburu dengan kamu. sebab Allah bagi kamu banyak ujian. syukur lah' -sahabat

'kerana cinta dan sayang tu terpaut tatkala kita berdua bersama untuk sentiasa berada di jalannya' -sahabat

mana ada manusia yang sempurna. kita bukan malaikat yang sedia sempurna tidak pernah lakukan salah. tambah-tambah yang seperti saya ini masih lagi banyak perkara yang perlu ditambah. jangan jangka dan anggap dan berharap kita ini sempurna dan tidak buat salah. kamu silap sayangg :) kerana saya ini masih pendosa di bumi pinjaman ini. sama seperti kamu. saya bukan baik mana. tapi saya cuba jadi baik. saya nak upgrade diri saya untuk keluarga saya.

'mislina, fyka minta maaf. dulu fyka tak de untuk mislina masa mislina berada di tempat yang sama fyka rasa ini. dan fyka faham kenapa Allah tu jarakkan kita. sebab dia nak temukan kita semula dan hikmahnya yang sama. dan rasa itu kembali kepada yang asal. sama sama mahu kan yang itu'

'jangan cakap putus asa ye'

' kadangkadang Allah pisahkan kita. jarakkan kita. kerana ada hikmahnya. dia mahu beri kita perubahan itu'

semoga persahabatan ni kekal sampai bila-bila. sayang awak semua kerana Allah.Maaf kerana salah dan silap.

fyy mokhtar



March 18, 2013

Mereka pilih sendiri untuk lakukannya.

Assalammualaikum.


'Saat kekalahan itu apabila kamu berasa lemah dalam perjuangan, saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan rasa lemah itu'

'macam mana kamu sekuat ini? dihina? di kata? kamu tak sedih?'
'sedih. nangis'
'kenapa tak pernah tunjuk?'
'sebab beri kegembiraan pada orang lain diatas kejatuhan diri sendiri. beri peluang kepada orang lain mengata kita sepuas nya. beri peluang pada mereka berbisik-bisik di belakang. beri peluang sebenarnya'
'dan kamu rasa kamu tidak takut seperti kamu membenarkan mereka melakukan dosa? dengan mengata, hina, bisik bisik di belakang?'
'tidak. kerana. dosa itu mereka pilih sendiri untuk lakukannya. kamu rasa itu dosa atau pahala?'
'dosa'

'jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh' - (Al- A'raaf 7:199)

fyy mokhtar.




March 10, 2013

Benar itu menjadi salah


'manusia yang buta hati itu. yang hati nya sudah kotor itu apabila dia merasakan perkara salah itu menjadi yang benar, dan yang benar itu menjadi salah'

didik hati, didik jiwa, dengan surat cinta dari DIA.
bukan dari dia tapi dari DIA.

fyy mokhtar.


March 8, 2013

Nangis macam ni tak?

Assalammualaikum.



'kenapa ni?'
'aku sedih sangat'
'kenapa ni? sabar la'
'aku baru putus, putus dengan dia, kenapa dia tinggalkan aku'
'baru putus hubungan dengan manusia, agak-agak kalau putus hubungan dengan Allah, nangis macam ni tak sayang?'

senyum la, untuk hari ini paksaan senyum itu perlu untuk semua orang. senyum la? haa. kan comel :)
sayang sayang semua relax ok sebabnya.

' Allah know's what best for you, and he knows when it's best for you to have it :)'

semoga hari ini lebih baik dari semalam. semoga hari ini kawan kawan saya semuanya baik-baik sahaja. doa dari jauh. 

fyy mokhtar.

Benda sama

Assalammualaikum people.

'weyh ko tak nak kawen ke?'
'relax la baru 22 muda lagi'
'orang lain semua dah tunang bagai, ko tak nak ke?'
'alaaa, relaxx la, nanti ada la'
'kenapa ko asik relax je, ko tak takut ke?'
'bukan aku tak takut, tapi relax la'
'ko macam dah tak de perasaan kat laki je?'
'ko boleh relax tak sekarang ni?'
'ko marah aku ke? relax la'
'ko pulak suruh aku relax, dah ko tanya benda yang sama'
'ye la ko relax sangat'
'memang aku relax. sebab malas nak pikir'

hahahahahaa.

aku bukan apa. sebab aku memang relax. nanti kalau Allah tu nak bagi mesti ada punya. kalau aku kemaruk sangat takut nanti jadi yang bukan bukan. kalau aku dah tak de perasaan sekalipun. tu dah jadi masalah nombor dua. sebab cita-cita aku tu aku rasa aku kena kejar dulu.

hangpa rasa, 
mak bapak aku dengan mak bapak hangpa,
bagi  duit ratus ringgit tiap bulan memang nak suruh aku dengan hangpa bercinta ke macam mana?

 pikir sendiri. 

'untuk abah omey, anakmu ini tak derhaka lagi. masih berpijak di bumi yang nyata' -adik mesti baca blog ayang jadi tolong bagitahu abah. hahaha

fyy mokhtar.


March 7, 2013

Dulu awak macam ni ke?

Assalammualaikum people :) 



'dulu awak macam ni ke?
'taklah saya biasa-biasa je'
'kenapa?'
'tak la, saya suka tengok awak'
'dulu masa saya mula-mula nak pakai stokin. saya nangis'
'kenapa awak nangis?'
'sebab saya rasa hipokrit'
'lepastu kenapa awak pakai jugak?'
'sebab saya fikir, nak jaga hati sendiri ke? nak jaga hati orang ke? nak jaga hati Allah?'
'lepastu awak pilih siapa?'
'saya pilih Allah'

kadang-kadang kita dah rasa cukup bahagia dengan apa yang kita ada. sampai satu saat. kita rasa sunyi. kosong. kemudian, kita rasa seperti ada yang hilang. ada yang tidak sempurna. lantas. perlahan-lahan kita bangun. dan berbicara dengan DIA. Lama kita berbicara hingga kita tidak sedar ada butiran jernih laju membasahi pipi. 

tiada manusia yang sempurna. tiada manusia yang tiada masa lampau. syukur alhamdulillah :)

fyy mokhtar.








March 3, 2013

segala sifat suci lembut itu semuanya adalah keterpaksaan”

Assalammualaikum  and hello people :)





“If only you know how I am struggling with life and my deen
you will know I am not as strict as you thought
The holier-than-thou attitude you perceive is all a force..”

Andainya kau tahu bagaimana akhwat itu  berusaha keras untuk hidup dan agamanya,kau akan tahu bahawa akhwat itu bukanlah se`syadid yang kau fikirkan,segala sifat suci lembut itu semuanya adalah keterpaksaan”

Semuanya kepura-puraan.
Tapi, bermula dengan kepura-puraan dan keterpaksaan
barulah akhwat itu belajar menjadi`muslimah`sejati.
Fake it, to make it!

#syadid= tegas
muslimah= perempuan `Islam`


March manis

hello march yang manis.

semalam.
kita selisih.
depan kedai itu.
saya nampak awak.
awak nampak saya.
tapi kita berdua kaget.
senyap.

semalam.
kita selisih lagi.
kali ni.
bukan di tempat yang sama.
awak 'rushing'
entah nak kemana.
tak sempat saya nak sapa.
hampa.

semalam.
kita selisih lagi.
kali ini saya terima satu nota.
'boleh jumpa tempat kali pertama kita kaget?'
saya tak balas.
senyum.

semalam.
kita tidak selisih lagi.
saya tunggu lama.
ditempat kali pertama.
memakai tudung 'peach'
berbaju kurung bunga kecil.
calit sedikit pelembab bibir.
tapi. awak tidak hadir.
kecewa.

semalam.
semuanya berakhir.
tiada lagi selisih di kedai yang sama.
tiada lagi pandangan kaget dua jiwa.
tiada lagi nota kecil.
tiada lagi
tiada lagi kerna.
awak sudah tiada.

tamat imaginasi kedua. bakal bersambung.

March 1, 2013

Post Manis.

pakwe.
cinta jarak jauh.
kekasih.

erti kata lain.
aku tak de semua tu.
belum lagi.

sampai masa nanti.
dah ada.
dah datang.
tangan ni sendiri akan tadah ke langit.
bukan menolak.
tapi bersyukur.

tadah bukan sebab.
ada pakwe.
ada cinta jarak jauh.
ada kekasih.
tapi.
ada suami.
ya.
memang itu yang aku mahu.

kalau boleh bukan sekarang.
sebab aku nak hempas pulas.
lagi dua tahun.
study. apa nak jadi-jadi la.
aku sabar.

aku masih sabar.
Allah sedang atur sesuatu.
aku tahu tu.
sebab tu aku relax.
tunggu.
usaha sikit.
doa.
tambah doa mak abah.
aku tahu tu.


setelah berkurun lama dan buat julung kalinya ini post berunsur dan berbau manis. ya manis. macam dah ready. eh, entah. aku pun tak pasti. cepat lah datang. sabar :)