April 23, 2014

perasaan hanya mahu Tuhan.

--
ada orang yang bila dia sedih
dia tak tahu nak bagitahu macam mana
dia tak tahu nak tunjuk riak muka sedih 

yang dia tahu hanya senyum

kadang-kadang
kalau dia nampak gembira pun
dalam hati dia
tersimpan seribu rasa
yang kadang-kadang dia sendiri pun tak faham 
tak faham tentang rasa itu

walau dia punya banyak kawan
dia boleh bergelak ketawa
dia boleh bagi nasihat pada orang lain

tapi hakikatnya

ada satu sisi dalam hidup dia
yang sebenarnya
dia tak punya sesiapa
melainkan Tuhan

tak dia bukan pura-pura
dia bukan palsu
dia cuma mahu
yang lain mengerti

perasaan merasakan diri tidak punya siapa siapa itu
adalah perasaan hanya mahu Tuhan.

itu sahaja.
--





2 comments:

Cahaya Kehalusan Kelembutan said...

dan dia masih disitu,
teguh berdiri
dan tersenyum
kerana dia tahu,
dia punya yang SATU yang sentiasa mengerti dirinya.


:)

fyy mokhtar said...

thanks ukhti ckk,
saranghae fillah :)