April 12, 2014

Aku pulang Ya Allah

--
sempat kah nanti?
saat daun yang tertulis nama kita luruh di sana
lantas Malaikat maut mengambil daun yang luruh itu
dan membuat persediaan untuk kita
mencari siapakah gerangannya
mengikuti kita sepanjang masa

sempatkah?

--
berfikir sejenak.
jika benar ada yang kata aku bersedia untuk meninggalkan tanah ini
maka aku mahu menjadi tanah semula
benarkah persediaanmu itu cukup?

apa amalan mu tidak pernah tempang?
apa perhitungan mu dengan Allah itu cukup?
apa kau sudah bersedia perbentangkan segala alasan mu untuk dosa dosa yang kau lakukan?

--
sepi.

Allah
sungguh aku mahu pulang
pulang ke pangkuan-Mu
dengan izin-Mu
andai diri ini tiada daya lagi
--

..moga waktu-waktu yang tersisa ini, dipenuhi dengan rahmat mu Allah.
..bantu kami ketika sakaratul maut ya Allah
..ampuni aku, terima taubatku
..sesungguhnya, solat ku, ibadah ku, hidupku, dan matiku hanyalah kerana Allah tuhan seluruh alam.
--

selamat sampai pahang :)






2 comments:

Cahaya Kehalusan Kelembutan said...

Ya Allah aku masih berusaha, untuk bertemuMu.

Moga kita insan2 terpilih untuk bertemu denganNya.

:(

fyy mokhtar said...

ckk, ukhti.


moga moga sahaja :)

:)