February 22, 2013

TEKANAN DARAH RENDAH

Assalammualaikum


'aku perlu belajar mencintai pencipta awan sebelum aku jatuh cinta dengan keindahan awan' 


semua sihat ke? dah lama tak update jadi hari ini nak kongsi sesuatu yang bermanfaat sedikit. hihiihi. kira macam pengetahuan untuk semua. walaupun ramai je yang dah tahu. kenapa tiba-tiba nak update pasal tekanan darah rendah pulak kan? ye. memang nak update pasal ni sebab diri sendiri merupakan penghidap tekanan darah rendah. dan memang selalu pengsan, so, ini untuk maklumat semua sebab mana la tahu ada kawan atau keluarga yang menghidap penyakit ni. kena ambil tahu ok? :)


Apa itu tekanan darah rendah?

Tekanan darah rendah atau (hipontasi) biasanya akan diambil perhatian apabila seseorang itu mengalami masalah terhadap tubuh badan mereka sendiri. contohnya penghidap penyakit ini seringkali pitam lalu jatuh atau pun pengsan tidak sedar kan diri. ya, memang benar tekanan darah rendah lebih susah diubati kerana untuk menaikkan darah kepada paras yang normal amat sukar dan hampir tiada ubatnya.


 Perkara yang boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

  • dehidrasi- kurang minum air, demam, muntah dan sbgnya.
  • pengambilan ubat yang tidak sepatutnya - ubat darah tinggi, ubat jantung, dan sbgnya.
  • terlalu lama berada di bawah suhu yang panas atau pun berdiri terlalu lama di bawah sinaran cahaya matahari. 
  • mengalami anemia, infeksi berat, gangguan jantung dan sbgnya.

Jika anda penghidap hipontensi apa anda perlu buat?

  • Jangan berdiri terlalu lama
  • Jangan terlalu lama berada di bawah cahaya matahari
  • diet rendah karbohidrat
  • banyak minum air putih
  • jangan ambil alkohol
  • melakukan aktiviti senaman secara teratur -senaman ringan
  • tambah sedikit pengambilan garam

sebenarnya kalau google banyak je maklumat boleh dapat tentang tekanan darah rendah (hipotensi) ni. yang ni just sedikit maklumat sebab ni yang selalu diri ini kena buat dan memang selalu pitam masa dulu. jadi untuk mengelakkan penyakit ini daripada teruk nak bagi semua orang tahu dah 'ALERT' yang sebenarnya penyakit tekanan darah rendah ni kalau diikutkan lagi bahaya daripada penyakit darah tinggi. sebab nya tekanan darah rendah tak punya ubat berbanding dengan tekanan darah tinggi. walhal inisiatif sendiri amat diperlukan oleh penghidap tekanan darah rendah untuk memastikan darah mereka sentiasa normal. dan yang paling penting jangan jadi macam aku sebab pengsan dan pitam merata. sampai kawan-kawan sendiri yang panik :)

selain itu, penghidap tekanan darah rendah perlu juga amalkan pemakanan yang sihat cthnya banyak kan makan benda yang berdarah macam kerang, daging, bayam, tambah garam dalam badan juga ya. pentinggg. Macam aku sendiri dah lama tak jaga makan sebab ingatkan dah ok sebab dah tak pitam atau pengsan lama dah. last pengsan masa sekolah menengah, kalau teruk sgt pun pitam masuk bawah meja kat rumah tu pun nasib baik mak ada. HAHAHA. last2 haritu pitam jugak :) 

ok lah sampai sini je. terima kasih kepada dyla, yana n wahida yang tolong pimpin n angkat masa TERpitam dalam shopping mall. mampu? HAHAHAHA. Harap bermanfaat untuk semua.

p/s : kalau rasa ada maklumat yg salah. atau yang bercanggah dengan apa yang korang faham n nak kongsi sila tinggal pesanan :D ok tataaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

p/s : sakit tu penghapus dosa <3





4 comments:

Siti Safiyyah said...

ahkak! jaga diri bebaik taw. nasib baik ada kawan2 tolong angkatkan. kalo kite, kite nak biarkn je boleh? hihi :p

fyy mokhtar said...

ss : amboiii. macam ni ke ahdekkkk. HAHAHAHA. tapi dah ok sikit. :)

Admin said...

jaga diri beb

fyy mokhtar said...

baik bro. jangan risau weyyhh