December 12, 2012

saya ingkar.

Assalammualaikum.


'sesekali cuba kamu lihat, orang yang sentiasa bersedih itu punya senyuman paling manis di dunia'

perkara yang saya harapkan tidak berlaku telah pun berlaku.
kebiasaannya lepas habis kelas. saya dan kawan kawan yang lain akan makan bersama di kafe, kalau malas sangat pun. saya akan bungkus dan terus naik bilik. tapi kali ini saya jadikan rutin itu sedikit kelainan. sebab saya sedang serabut sangat. saya senyum kelat depan semua orang. untuk jaga hati kawan kawan saya, saya senyum dan kata mahu ke masjid sebentar.

'saya nangis puas-puas dalam masjid, sampai saya tertidur di situ untuk seketika, dan akhirnya tangisan itu di akhiri dengan senyuman'

saya jarang benar menangis begini kecuali untuk hal-hal tertentu, dan saya rasakan hal yang ini adakah patut saya menangis? dalam tidur pun boleh berfikir. mungkin rasa serabut sangat sampai semua perkara jadi tidak kena. lemah sungguh. walaupun hari ini terima tiga msg pujian dari kawan perempuan tidak cukup untuk buat saya senyum seperti biasa. semua nya seperti kelat. kelat. dan kelat. 

' hello ekmal, hang buat apa?' 'fyka hang nangis ke apa' 'nanti cakap lain, aku dekat masjid ni' -talian mati

talian di matikan seperti biasa. saya memang kalau bercakap dengan kawan kawan baik di perak sana, mesti  tak boleh di tahan air mata ni. habis di alirkan. sekuat mana saya cuba pendamkan kesakitan dan tangisan, sekuat itu juga kawan kawan di perak sana tahu. penipuan dan cubaan suara kegembiraan yang luar biasa pasti tidak berjaya. kerana akhirnya mereka akan kata 'hang kenapa ni fyka' . dan saya hanya mampu menangis dan matikan talian telefon seperti biasa.

'k.fyka jangan nangis, lap air mata tu' 'solat la, dah ada dekat masjid kan' 'k.fyka tak boleh :(' - berlalu pergi

kali ini saya terpaksa ingkar dengan arahan sarah yang itu walaupun apa yang dikatakan oleh sarah ada benar nya. sedih ubat nya ALLAH. dan saya ingkar. tak sempat pun nak buat solat dhuha. tahu kenapa? sebab saya tak gagah berdiri tadi. saya takut saya menangis ketika solat. memang saya tak gagah berdiri tadi saya risau jika saya solat saya rebah. saya hanya mampu dengar sarah mengaji di hujung sana. cukup untuk tenangkan saya seketika. saya baring. saya menangis. sayup sayup kedengaran sarah mengaji. kemudian saya hilang. mata terpejam.

secekal boleh saya cuba menjadi manusia tabah. dan hari ini saya gagal menjadi manusia tabah. hanya kerana sekecil masalah yang telah merebak menjadi parasit. saya letih. badan saya letih. banyak keja. saya nak habiskan sem ni, saya nak balik jumpa mak abah. mak yang paling saya sayang. 

semoga ALLAH permudahkan segala urusan kamu semua hari ini. jadilah manusia yang tabah menempuh segala ujian yang diberikan oleh-NYA. mungkin DIA rindukan kita. DIA rindukan kita menangis di atas sejadah sana :')

saya maafkan semua kesalahan kamu semua, saya harap kamu semua pun begitu :)


2 comments:

Anonymous said...

semoga fyka tabah dengan ujian yang mendatang. hadapi dengan penuh ketenangan. apa apa pun. fyka mesti cool. selesaikan dengan cara yang cool. study smart. jangan study hard. semoga Allah mempermudahkan urusan fyka disana. percayalah. doa doa ibu fyka mesti dimakbulkan Allah. fyka akan berjaya suatu hari nanti. yang penting. berusaha. berusaha mengapai segulung ijazah. bukan untuk orang lain. untuk diri fyka sendiri. =)

fyy mokhtar said...

saya sedang sentiasa tabah. mungkin banyak kerja dan tambah dengan hal remeh punca jadi nangis, tak pe la. allah nak ujikan. doakan saya ya. siapa pun kamu. saya pun doakan kamu berjaya tak kira apa pun yg kamu lakukan sekarang ni. saya janji. saya kuat. :)