December 14, 2012

Atmosfera positif :)

Assalammualaikum.


'hidup ni kena saling melengkapi macam teh dan kopi. lain warna dan rasa. tapi saling memerlukan. tapi teh sedap lagi' -hehehe

sedang khusyuk menaip. kemudian saya disapa lembut oleh cik roomate. sakinah menepuk bahu lantas bertanya.

'fyka ok?' 'fyka ok, nape yongg?' ' alaa, macam la kita tak baca blog dia'

beberapa hari lepas saya terima coklat pengerat ukhuwah dari cik roomate yang lagi seorang. faezah. 

'ehh kenapa ada coklat ni ' 'faezah senyum'

mungkin kita selalu bilang kita ini letih , kita ini sunyi, kita ini hiba, walhal yang ada sekeliling kita ini cukup untuk buat kita tersenyum. dan gembira. hanya dengan mereka dan semestinya ALLAH. jangan kerana sedikit salah faham segalanya dipertikai. 

'manusia ini, bila dia nampak kejahatan kecil dalam diri kita, dia akan nampak kejahatan itu lebih besar dari kebaikkan yang dibuat oleh kita'

jom ubah benda ni. sebab saya selalu berfikir. kenapa aku perlu membenci seseorang itu hanya kerana kesalahan kecil. sedang kan selama ini kebaikkan yang dilakukan bersama aku terlalu banyak. jangan benci dia, benci kejahatan dia! - bentak hati

saya di kelilingi atmosfera yang sangat tenang dan aura positif itu kembali menjadi semangat. dan saya bersyukur kerana di kelilingi dalam keadaan yang begini! AMIN YA RABB :')

No comments: