November 6, 2014

memori dosa

--


saya tidak tahu tentang orang lain
bagaimana cara mereka melupuskan memori tentang dosa mereka di dalam minda
dan ada sebilangan mereka yang merasa senang sekali dengan dosa yang dilakukan
seperti tiada apa apa yang berlaku, walhal dosa itu sedang membusuk dalam diri mereka
dan ada juga yang masih tidak sedar sehingga sekarang dan masih berbuat dosa yang sama.
bagaimana cara mereka melupuskan memori dosa itu?
adakah seperti berlari di tepian pantai kemudian boleh lupus segala memori dosa itu?
entah.
saya tidak tahu tentang orang lain.

tetapi saya,

hmm..

seringkali terimbas dengan dosa dosa yang saya pernah lakukan
antara dosa kecil atau besar yang sering buat saya menangis
dan memori tentang dosa itu sering berputar ligat dalam minda saya

'... Tuhan masih sayang' -pujuk diri

entah kenapa
mungkin ianya
adalah sebuah hadiah yang Tuhan berikan pada saya
yang mana Dia mahu saya tahu dan sentiasa ingat
tentang cerita dosa yang pernah dibuat

supaya nanti tidak kembali ke tempat itu.

'berubah sekarang untuk kelangsungan generasi (anak-anak) yang baik
masih tidak terlambat

terima kasih Tuhan untuk memori dosa yang ligat dalam fikiran ini.

syukur.

--

p/s : moga berkat kesabaran penantian ini membuahkan hasil. sedang berpenat lelah menyiapkan projek tahun akhir. dan untuk awak yang sedang membaca. doakan saya. :')

4 comments:

Liyana Zulkifli said...

doakan akak selalu.:)
sekarang pon yana busy sekarang

fyy mokhtar said...

tq adik :)

jaga diri ok.
mohon doanya.
supaya nanti kita dapat betemu.

tak dapat betemu di dunia.
bertemu di akhirat sana ok :)

Naziera Roslan said...

Assalam..

suke baca puisi ni...
manusia x lepas dari dosa...
sebab dosa tu ujian dari Allah untuk hamba Nya..samada hamba ini ingat Dia atau x..

smile...

ceriteranaziera.blogspot.com

fyy mokhtar said...

Wassalam akak :)

moga dosa dosa kita diampunkan Tuhan :)

smilee :))