April 28, 2014

sod ba ro

--

''fykaa, saya teringin nak jadi mcm awak dengan sarah
bukan saya tak pernah ada niat tu
saya ada''

''..cuma saya tak mampu''

dan dia terus menangis.

--

saat itu.
sepatah pun tak terkeluar dari mulut
tak berdaya rasanya
bila melihat sahabat menangis teresak esak

aku pernah begitu
perasaan memberontak ingin tinggalkan jahiliyyah
tetapi tidak mampu

dan kerana itu
saat sahabat itu berkata sedemikian
aku faham benar perasaannya.

betullah tu
hanya yang faham
bagaimana hati ini meronta-ronta
ingin keluar dari jahiliyyah itu
bila terasa dosa sudah berkoyan

jerit dalam hati selagi mampu
'aku nak berubahhhhh'
yang faham saat itu hanya Tuhan.

--

Tuhan,
aku mohon pada-MU jagakan mereka yang aku sayang
jatuh bangun mereka
jerit perih mereka
moga dalam lindungan-MU

sungguh aku tak terdaya

Tuhanku,
pilih lah mereka sepertimana Engkau memilih aku
di saat aku tercari-cari di mana dan apa sebenarnya
yang aku mahu dalam hidup ini

di saat Engkau berkata,
''hanya dengan mengingati-MU hidup ku akan tenang''
dan jalan ini yang aku pilih
maka limpahkanlah rahmat mu Tuhan,
kepada mereka yang benar-benar mahu Tuhan

dan untuk mereka yang hilang arah
aku mohon
moga Engkau beri jalan
untuk setiap lencongan yang akan mereka lakukan
moga Engkau pimpin mereka semula
dan ada tangan tangan yang diilhamkan
dari Engkau untuk tarik mereka semula.

sod ba ro.











No comments: