February 5, 2014

moga baik baik sahaja.

bila keadaan abah begini
teringat kan 'mama' seseorang yang sedang berperang
dengan ujian yang lebih berat dari Allah.

walaupun sudah lama tidak bertanya khabar
cukup hanya Allah yang menjaga.
moga baik baik sahaja.
fi hifzillah.

teringat juga pasal cerita mak petang tadi
tentang mak cik di kampung sini
yang hidup merempat sekarang
anaknya, jual tanah
biarkan maknya hidup susah

kenal benar dengan mak cik itu.
sedih pula.
yang membesarkan
yang melahirkan
tapi di layan sedemikian

'kamu akan perolehi dunia, jika itu yang kamu minta dari Allah'

'Allah uji kita sedikit, kita rasa lemah, tetapi kita tidak sedar ada yang lagi hebat di uji'

'haramkan lah wajah kedua ibu bapa ku daripada api neraka'

Amin.





2 comments:

zacky786 said...

aminn :)
ujian mematangkan kita .

fyy mokhtar said...

takkan lahh Allah uji, lepastu Dia nak tgk kita jauh dari Dia :)