May 29, 2013

2 MINGGU



'2 minggu'

nanti kalau semua nya sudah reda.
semuanya sudah bersedia.
semuanya sudah seperti sediakala.
dua jiwa pasti bertaut kembali.
kalau bukan sekarang.
siapa tahu nanti?

ada hati hati yang sedang merindu?
sampaikan dahulu pada si DIA.
kemudian baru sampaikan pada dia.
kalau belum halal titipkan sahaja doa pada-NYA
cepat punah kan rasa itu.
takut  nanti makan diri.
tapi indah . benar indah.

kalau rasa itu membawa kepada ketenangan.
kalau rasa itu membawa kepada kegembiraan.
silakan dengan perasaan yang indah tu.

Allah Maha Tahu.

katakanlah  (wahai Muhammad):  '(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. 
(Al-ikhlaas 112:1)




May 27, 2013

3 perkara.

Assalammualaikum.



Perkara yang paling saya nak buat dan saya memang akan buat.

beri makan pada 'homeless'
pergi rumah anak-anak yatim and 'happy-happy' dengan diaorang.
pergi rumah orang tua and buat diaorang senyum.

benda tiga ni. tiga perkara ni. saya nak buat. 
sebab saya selalu terfikir nak bawa belon banyak-banyak pergi rumah anak-anak yatim dan dalam belon tu saya akan selitkan satu doa untuk mereka. 
banyak perkara yang saya fikir sebenarnya.
bukan pasal ni sahaja.

kalau bukan saya pergi berseorangan. mungkin pergi dengan kawan-kawan. 
kalau bukan sekarang.
mungkin nanti.
tapi ini yang paling saya nak buat.
mana tahu boleh buat amal kebajikan dengan bakal suami nanti?
ehhh!

.impian saya.

p/s : Dulu saya pernah tanya mak saya. ' kenapa rumah kita tak ada pagar mak? sebab kawasan rumah kampung ke? ' Mak cakap. ' Tak pe la tak berpagar pun. Bagi orang jalan, senang untuk diaorang. dapat pahala kan. kalau kita pagar rumah ni? diaorang kena jalan ikot jauh. kesian mak cik pak cik nak lalu. :)'

buat la kebaikkan walaupun sedikit. 



May 25, 2013

Hati manusia.

Assalammualaikum apa khabar jiwa jiwa yang sedang bersedih? apa khabar iman mu?


Bawa hati dekat dengan DIA
Bisik dalam dalam cinta hanya untuk DIA
Rindu yang datang bersama hadirnya duka untuk DIA
Segala perasaan untuk DIA.
Pasti hari mu bertambah ceria kerana DIA.

' Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah '
- ibnu Qayyim Al Jauziyyah-









May 22, 2013

Doa kan :)


Assalammualaikum :)



speechless :)

Pakaian yang Mulia adalah untuk orang Mulia.
Bukan aku kata aku tidak Mulia.
Cuma aku tidak sampai ketahap itu lagi
Tak sampai.
Takut nanti cacat pula bila pakaian yang dipakai tidak sama seperti akhlaknya.
Benar, pakaian tidak menggambarkan akhlak seseorang.
Tetapi, bagi aku biar lah selayaknya begitu.
Masih banyak yang buruk dari yang lawa.
Masih lagi bertudung bawal bidang berapa entah.
Masih lagi belajar.
Malu benar jika ada yang berkata sebegini.
Tapi kalau benar ini seperti DOA.
Aku senyum.

:)

Doa ya rakan rakan :)

Salam ukhuwah cinta dari hati turun ke jiwa.
Jum perangi manusia dengan cinta kepada akhirat!

May 9, 2013

Dear Almost lover, Furure Lover and Future Husband :')

Assalammualaikum. Dear Almost lover, Future lover, and Future Husband :')


I'm waiting for you. :')
will you be mine someday?

fyy mokhtar love _______.

May 4, 2013

'Hidup ini bukan untuk puaskan hati semua orang, tetapi untuk mendapat redha-NYA'

Assalammualaikum bakal ahli syurga sekalian :')


'kau dah lain benar, dari pertama kali aku kenal kau, kau bukan lagi orang yang sama. banyak yang kau dah berubah' 

beberapa hari belakangan ini, ayat ini yang sering sampai ke telinga aku.
yang menyokong. dan yang menghina.
sungguh aku di caci.
sungguh aku di puji.
semua itu aku anggap sebagai satu ujian dari DIA.
kerana aku rasa sebagai tetamu yang berada di atas muka bumi ini.
singgahnya sebentar. tidak lama.
kemudian akan pergi meninggalkan bumi.
dah nama pun tetamu.
sebab aku takut benar.
aku tonton satu video kematian.
aku menangis.
sebab aku pernah kematian seorang kawan.
masa itu semestar pertama di UMP
aku tak pernah kehilangan orang yang rapat dengan aku.
sekejap benar kami kenal, kemudian Allah ambil dia pergi.
Sebenarnya titik tolak perubahan tu datang juga dari pemergian kawan aku tu.
Aku fikir. kalau semudah itu Allah ambil dia pergi. Aku yang jahil ini apetah lagi?
Sebab aku tak nak Allah ambil aku dalam keadaan aku begini. 
Jadi aku pilih untuk begini.
Tetap dengan pendirian aku.
Aku begini.

'Allah akan ambil orang orang yang rapat dengan kita, untuk pastikan sama ada kita sedar atau tidak yang hidup di dunia ini hanya sementara, jadi berbaktilah pada DIA'

'Hidup ini bukan untuk puaskan hati semua orang, tetapi untuk mendapat redha-NYA'

'Aku tidak meninggalkan mereka terumbang-ambing, tapi aku harap mereka akan mengikut jejak yang sama'

aku kata aku mahu syurga, 
tapi aku tidak kejar.
aku banyak helah.
aku banyak karenah.
aku bermalas malasan.
aku beri segala alasan.
tapi DIA tetap beri peluang.

p/s : post ini dah lama benar dalam simpanan, baru sekarang nak post :')