May 4, 2013

'Hidup ini bukan untuk puaskan hati semua orang, tetapi untuk mendapat redha-NYA'

Assalammualaikum bakal ahli syurga sekalian :')


'kau dah lain benar, dari pertama kali aku kenal kau, kau bukan lagi orang yang sama. banyak yang kau dah berubah' 

beberapa hari belakangan ini, ayat ini yang sering sampai ke telinga aku.
yang menyokong. dan yang menghina.
sungguh aku di caci.
sungguh aku di puji.
semua itu aku anggap sebagai satu ujian dari DIA.
kerana aku rasa sebagai tetamu yang berada di atas muka bumi ini.
singgahnya sebentar. tidak lama.
kemudian akan pergi meninggalkan bumi.
dah nama pun tetamu.
sebab aku takut benar.
aku tonton satu video kematian.
aku menangis.
sebab aku pernah kematian seorang kawan.
masa itu semestar pertama di UMP
aku tak pernah kehilangan orang yang rapat dengan aku.
sekejap benar kami kenal, kemudian Allah ambil dia pergi.
Sebenarnya titik tolak perubahan tu datang juga dari pemergian kawan aku tu.
Aku fikir. kalau semudah itu Allah ambil dia pergi. Aku yang jahil ini apetah lagi?
Sebab aku tak nak Allah ambil aku dalam keadaan aku begini. 
Jadi aku pilih untuk begini.
Tetap dengan pendirian aku.
Aku begini.

'Allah akan ambil orang orang yang rapat dengan kita, untuk pastikan sama ada kita sedar atau tidak yang hidup di dunia ini hanya sementara, jadi berbaktilah pada DIA'

'Hidup ini bukan untuk puaskan hati semua orang, tetapi untuk mendapat redha-NYA'

'Aku tidak meninggalkan mereka terumbang-ambing, tapi aku harap mereka akan mengikut jejak yang sama'

aku kata aku mahu syurga, 
tapi aku tidak kejar.
aku banyak helah.
aku banyak karenah.
aku bermalas malasan.
aku beri segala alasan.
tapi DIA tetap beri peluang.

p/s : post ini dah lama benar dalam simpanan, baru sekarang nak post :')

No comments: