August 26, 2013

Untuk mereka yang rela DIA adalah kekasih

Bismillahhirrahmannirrahim.

kerana Dia,
aku kukuh dengan prinsip yang sudah bertahun aku sematkan dalam hati.
aku sudah bersiap sedia untuk tumpah kan kasih sayang cinta rindu pada Dia
mendambakan cinta yang aku rasa sungguh sukar untuk perolehi.
yang aku rasa, yang selayaknya mampu perolehi.

hingga air mata mengalir deras.
merayu tanpa henti henti hampir setiap malam.
hingga kering air mata ini.
sampai aku jadi manusia paling lemah.
kerana mendambakan cinta Dia.

cinta hakiki.
tiada bandingan.
hanya Dia.

aku merelakan diri aku menjadi hamba cinta kepada Ilahi.
aku rela.
serela-relanya aku.

Ya Rahman , Ya Rahim,
Di saat aku tidak punya siapa-siapa.
Engkau yang paling dekat.
Dekat dalam hati ku.

'Aku mahu mati dalam gembira, gembira bertemu dengan MU'

cinta Ilahi :)

2 comments:

eetiey said...

Assalamualaikum kak .. ni et , ingat lagi ?? akak ada dapat email et tak ? kalu tak dapat boleh bg email akak tak ? ada mnde nk ckp .. hehe

fyy mokhtar said...

ingatttt, haiii. ni email :) fyy_mokhtar@yahoo.com