August 7, 2013

betul ke awak nak pergi tinggalkan saya?

Bismillahhirrahmannirrahim.

Masa mula mula nak jumpa awak.
hati saya berdebar-debar
entah kenapa saya rasa macam tu.
macam kali pertama nak berjumpa dengan sesuatu yang amat bermakna.
Oh, hati sangat rindu.

Walaupun saya tahu awak akan hadir tiap tiap tahun.
untuk saya. malah untuk semua
dan saya tahu awak tak pernah hampa kan saya.
malah awak beri bermacam-macam hadiah untuk saya.
pahala yang berlipat kali ganda.
tanpa henti. malah setiap hari.
diberi dengan pelbagai rahmat-Nya.

hmm.
Entah kenapa
Saya sudah mula rasa rindu.
baki hari masih saya hitung.
betul ke awak nak pergi tinggalkan saya?
Ramadhan? betul ke?

belum puas.

Ada yang rasa, bila Ramadhan pergi.
Mereka gembira.
kerana penat lelah mereka berpuasa.
sudah selesai.

Tetapi.

Bagi sesetengah pula ada yang mula merasa.
Ramadhan itu umpama bulan 'kesayangan'.
Bilamana, pembuangan hati yang kotor dah digantikan dengan hati baru.

dan

Akan ada ramai yang bersedih atas tarbiyah dan anjakan yang dilakukan sendiri.
Ramadhan bertamu sebentar. dia sudah mahu pergi.
tapi akan Kembali.

semoga bermakna Ramadhan tahun ini untuk semua :)
seperti apa yang Aku rasa.

Ehh, hati masih yang lama berkulat atau sudah di ganti baru?
semoga rahmat dari Rabb itu sentiasa untuk kamu dan kamu!!
Amin.

Moga Allah Temukan kita lagi Ramadhan :)

No comments: