July 2, 2013

'tudung pertama'

Bismillahhirrahmannirrahim.

Allah itu adil.
bila dia campak seseorang itu kedalam lubang hitam.
dia ambil semula. untuk beri kesedaran.

hari ini, aku telah memakai tudung pertama ini.
setiap langkah yang aku langkahkan.
aku bisik dalam hati.

'fyka, mata-mata itu sedang melihat kamu'

mereka yang mengenal aku,
memeluk erat.
ada mutiara kecil di mata mereka.
ada senyuman yang tidak putus-putus dari mereka.

'akak suka tengok fyka sekarang. semoga istiqamah dek'

aku percepatkan langkah.
sampai sahaja dibilik.
mutiara kecil yang ditahan dari tadi.
merembis keluar.

terima 'message' bertubi-tubi
dan message itu bukan sahaja menguatkan malah.
mutiara kecil ini makin laju mengalir.

'sayangnya Allah pada awak. dari fyka yang dulu, dia telah menjadikan fyka yang sekarang'
'Alhamdulillah hidayah milik Allah. semoga k.fyka istiqamah'
'cemburunya saya pada awak, bila awak di celup ke dalam lubang hitam, kemudian dia ambil semula menjadi cahaya'
'seronok tengok fyka sekarang'

Allah. sungguh hebat aturan mu.

'adik pakai tudung pertama ni, tudung kedua ada tak?'
'kalau nak tahu ni la tudung pertama saya, tudung kedua tak da lagi, inshaallah akan beli tudung seterusnya'
*senyum*

hari ini, 2 julai 2013.
tudung ' labuh '  pertama di sarung.
istiqamah fyka!

p/s : mimpi itu jadi kenyataan. semoga mimpi mimpi yang baik yang hadir seterusnya adalah mimpi-mimpi yang menjadi kenyataan dan terus menjadi semangat menegakkan syariat islam. Allah :)

13 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah. semoga awak menjadi pembimbing dan penguat pada insan yang memerlukan awak. semoga awak terus di redhai Allah ye. :senyum

fyy mokhtar said...

Alhamdulillah :) amin. semoga awak juga diredhai oleh NYA :) : senyum

Anonymous said...

terima kasih awak.

fyy mokhtar said...

sama sama :)

Afiq said...

alhamdulillah ya Allah. sungguh hebat aturanMu. sesungguhnya setiap yg baik itu datang dariMu, dan yg kurang baik tu datang dari kelemahan diri kami sendiri. syukran ya Allah. moga Kau sentiasa tetapkan hati kecil hamba Mu ini dalam mencari redhaMu. amin ya rabbal alain

fyy mokhtar said...

Amin ya Rabb :) semoga Allah tetapkan hati-hati kecil ini :)

Afiq said...

Saya bangga dengan awak noor shafika ^_^

fyy mokhtar said...

:O tahu nama penuh :O kikikiki. pujian tu hanya layak untu Maha Pencipta. saya hanya mampu senyum. aritu ada orang kata, kalau ada orang puji kita kena cepat cepat istighfar. hihihihi.

Afiq said...

mesti la saya tau. saya nie kalai selvam kalau awak nak tau ^_^

fyy mokhtar said...

-_____-

fyy mokhtar said...

^__^

aiehasan said...

Ganbatte :)

fyy mokhtar said...

aie : alamak. maluuuuuuu ^_^