July 5, 2013

Saya terharu.

Bismillahhirrahmannirrahim.




Dari sekolah menengah sampai lah semua nya sudah bergelar 'dewasa'
Mereka ini adalah insan insan yang tidak pernah putus-putus bagi semangat.
Mereka ini adalah insan insan yang tidak pernah jemu nasihat.
Kalau masalah pelajaran, kalau rasa hilang fokus.
Mereka ini adalah pemberi semangat.

Sebenarnya, setibanya di perak 'chemor' , saya rasa satu perasaan rindu yang barangkali semua pun pernah rasa. saya rindu bagaimana rasa angin meniup pipi, bunyi ayam berkokok di pagi hari, suasana kampung disini. cuma kali ini agak pelik, sebab saya tidak beritahu sesiapa pun terutama sahabat-sahabat baik saya disini yang saya sudah berada di sini. bukan saya lupa. tidak. cuma agak 'rushing' kerana banyak perkara yang terjadi. sahabat yang disayangi kerana Allah. Sungguh Saya baru tiba dari pahang semalam.  perjalanan 7jam yang memenatkan tetapi di tepis dengan perasaan rindu yang membuak-buak terhadap keluarga dan semestinya sahabat sahabat 'geng ipoh'.

On je twitter semalam. bual kosong dengan mereka. lantas rasa macam ada sesuatu yang pelik. seperti sudah tahu apa yang mereka ingin katakan. dan hanya mampu tersenyum dengan kata-kata semangat tersebut. Allah, engkau hadirkan mereka bersamaku. Aku sayang mereka :)

Bila berbual panjang dalam 'DM' ada terbit perasaan terharu dan rasa tidak mahu kehilangan mereka. betapa memahaminya seorang sahabat bila tahu sahabatnya yang ini sedang membuat langkahan kedua dalam hidupnya :) Saya terharu kerana mereka ini tidak pernah persoalkan kenapa saya begini, tidak pernah mengata apa yang pelik. Mereka terima saya seadanya. 

mereka ambil tahu tentang perkara- perkara kecil yang mungkin buat saya rasa tak selesa. Walhal saya tak terfikir pun tentang perkara tu. kalau betul ada sahabat-sahabat kamu yang sedang menjalani proses perubahan. saya harap, kamu-kamu yang lain jangan lah meninggalkan dia. dan janganlah mengganggap yang dia meninggalkan kamu. kadang-kadang dia bukan meninggalkan cuma situasi yang berada di sekeliling kamu itu. cari lah sahabat yang sentiasa memahami kamu, sentiasa tidak persoalkan kenapa sekarang begini dan kenapa dahulu begitu. sahabat yang baik akan sentiasa membawa kamu ke arah kebaikkan tidak ke arah maksiat.

saya bersyukur, sebab sahabat saya 'geng ipoh'

faham situasi saya.
beri semangat.
Nasihat saya.
Ada sentiasa dengan saya.
Mereka terima saya seadanya.

Terima kasih Allah :)

P/s : Ekmal hang tetap sahabat kitaorang jugak. cuma hang lain jantina. :p *larikkkkkkkkkkkkkk



4 comments:

Anonymous said...

mereka kawan yang sejati...alhamdulillah... :)

fyy mokhtar said...

:) sahabat yang tak pernah persoal. tapi memahami :)

Gucciey Lavender said...

susah untuk mencari seorang sahabat yang saling memahami ..

fyy mokhtar said...

gc : tak susah. cuma kena selalu doa dalam solat. supaya allah dekat kan kita dgn org2 mcm tu :)