April 7, 2013

Pukul satu pagi.

Assalammualaikum.



Semalam aku baring menghadap dinding. mata hampir terpejam. tiba-tiba 'handphone' bergetar. Satu 'message' masuk. aku baca bait-bait ayat 'message' tersebut. Aku renung dinding. tembus mungkin. Sampai aku rasa, apa aku mahu nasihat dia ya Allah.  Aku turun katil. Aku buka Al- Quran. Aku cari bait-bait ayat yang boleh buat dia tenang.Pukul satu pagi. Ya, Aku berseorangan di bilik. Teman bilik semua sudah pulang ke kampung. Aku selak helaian demi helaian. Aku baca satu persatu. Aku nangis.

'Nape dia di uji macam ni? dia kecik lagi. budak lagi. dia nak mama dia'

'Jangan pernah persoalkan kenapa kita di uji sayang. Ada hikmahnya. Allah beri kita ujian bukan untuk kita mengalah, bukan sahaja dia mahu kita ingat Dia, tetapi sebenarnya ujian itu umpama pengalaman untuk kita mempersiapkan diri di masa akan datang. Ujian hari ini, untuk kita menjadi lebih matang. Sabar ya. Nanti ada kemanisannya, kuatkan diri mu untuk keluarga mu sayang :)'

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (Al-Baqarah 2:286)

kerana aku tahu kau, keluarga kau, dan dia yang sedang mengalami itu. sedang ditimpa ujian yang barangkali orang lain pun tidak mampu untuk tempuhinya. yang barangkali aku rasa orang lain pun tidak pernah rasa bagaimana ujian itu sendiri. bagaimana keserabutan ujian itu yang aku rasa lama-lama akan menjelma menjadi kemanisan yang sempurna. sedangkan aku sendiri sebagai hambanya seringkali mengeluh kerana hal-hal yang kecil. Ini kan kau yang sedang ditimpa ujian sebegini. Layaknya aku katakan kau lebih tabah dari aku. Tapi aku mohon. Kau jadi seorang yang 'extra' tabah. kuat. kental. ini ujian. usap lah dada kau. biar lah kau nampak kuat di hadapan mereka, dibelakang mereka kau menangis hiba. tidak mengapa. lepaskan. kerana aku manusia dan kau juga manusia. Aku faham itu. 

'pujuk lah hati sendiri, jangan menangis lagi, pejam lah mata, Allah kan ada :')'

Kenapa kena pujuk hati sendiri? sebab kadang-kadang hanya kita yang faham bagaimana sulitnya ujian itu. orang lain boleh beri nasihat. orang lain boleh beri pendapat. tapi yang hadapi nya kita sendiri. Jadi, pujuk lah hati sendiri. Peluklah hati sendiri. Pujuk sampai menangis pun tidak mengapa. Yang penting kita tenang. Ingatlah Allah, Sentiasa bersama Dia. Positif kan diri. Jum sama sama :)

'kerana sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan' (Ash-Syarh 94:5-6)

fyy mokhtar.