March 23, 2013

JANGAN GIVE UP FYKA

saya tak sangka saya macam ni sekarang. saya fikir macam ni sekarang. Maafkan Aku Allah 

bila ada bisik bisik yang sampai ke telinga mengatakan 'kami suka tengok fyka macam ni'
saya tak buat apa-apa. saya hanya mampu senyum.
bila ada bisik bisik yang sampai ke telinga mengatakan 'kenapa kamu macam ni'
saya tak buat apa-apa. saya hanya mampu tersenyum lagi.



yang selalu dengar dan beri nasihat tiap kali rasa seperti di tengah lautan kemudian arusnya bawa entah ke mana hanya dia. lantas berkata-kata dalam hati mungkin ini yang dia mahu aku lakukan. berdoa dan terus berdoa. supaya dia dapat dengar luahan suara kecil ini di setiap kali solatku. kemudian aku berfikir kenapa aku sentiasa diuji dengan ujian yang sebegini rupa. ujian yang aku rasa yang selalu bermain dengan emosi perasaan manusia. dan kerana itu aku hampir tidak mampu berfikir. ujian ini sebenarnya tidak lah berat mana jika dibandingkan dengan orang yang kematian anak, kematian ibu bapa, walhal bumi palestine yang sedang berperang hebat. tapi bila melibatkan perasaan dan emosi manusia seringkali tersungkur hebat. syaitan syaitan. cepat benar kau rasuk jiwa aku untuk terus putus asa.

'fyka aku tak nak kau give-up, aku tak nak kau kembali kepada fyka yang dulu. aku takut tu. kau kena tabah. ni ujian sikit dari dia. senyum fyka!' -sahabat

'cuba kita fikir, kenapa kita dipertemukan dengan dia. kenapa kita kawan dengan dia. kadang-kadang Allah hantar dia untuk ubah kita' - sahabat

dah terasa banyak sangat lukakan hati ramai pihak. entah kenapa bila mahu begini banyak pula ujian nya. banyak pula rintangan nya. banyak pula masalahnya. semoga terus tabah fyka. kerana Allah bersama kamu. kerana Allah sentiasa mahukan yang terbaik untuk kamu. kerana Allah tak nak kamu yang dulu. 

'kadang kadang saya cemburu dengan kamu. sebab Allah bagi kamu banyak ujian. syukur lah' -sahabat

'kerana cinta dan sayang tu terpaut tatkala kita berdua bersama untuk sentiasa berada di jalannya' -sahabat

mana ada manusia yang sempurna. kita bukan malaikat yang sedia sempurna tidak pernah lakukan salah. tambah-tambah yang seperti saya ini masih lagi banyak perkara yang perlu ditambah. jangan jangka dan anggap dan berharap kita ini sempurna dan tidak buat salah. kamu silap sayangg :) kerana saya ini masih pendosa di bumi pinjaman ini. sama seperti kamu. saya bukan baik mana. tapi saya cuba jadi baik. saya nak upgrade diri saya untuk keluarga saya.

'mislina, fyka minta maaf. dulu fyka tak de untuk mislina masa mislina berada di tempat yang sama fyka rasa ini. dan fyka faham kenapa Allah tu jarakkan kita. sebab dia nak temukan kita semula dan hikmahnya yang sama. dan rasa itu kembali kepada yang asal. sama sama mahu kan yang itu'

'jangan cakap putus asa ye'

' kadangkadang Allah pisahkan kita. jarakkan kita. kerana ada hikmahnya. dia mahu beri kita perubahan itu'

semoga persahabatan ni kekal sampai bila-bila. sayang awak semua kerana Allah.Maaf kerana salah dan silap.

fyy mokhtar



2 comments: