January 14, 2013

Mereka tidak tahu situasi ini bagaimana


Assalammualaikum.



Andai kehadiranku punca goyahnya imanmu maafkan aku
Andai kehadiranku punca hatimu merana, maafkan aku
Andai kehadiranku punca lalinya hatimu, maafkan aku
Andai kehadiranku punca lemah dan berkurangnya semangat mujahadahmu
Maafkan aku.

sunnguh itu bukanlah niatku

'ya Allah, ku akui kelemahan dan kesilapanku, andai pernah diriku punca jauhnya seseorang hambamu daripadamu, ampunilah aku ya Allah'

***

kerana aku hanya manusia biasa yang sama seperti kamu. cuma beda nya perempuan dan kau lelaki. jika ini yang terjadi. maafkan aku. jika puncanya aku. jauhi aku. aku manusia biasa. jika kita bersahabat dan aku ini punca kepada kejauhan sahabat yang lain terhadap dirimu. maafkan aku. aku sering alpa. mungkin aku ini hanya pinggiran tidak terpalit nama ku walau sedetik dalam hatimu. tapi yakinlah. aku bersahabat kerana Allah. biarlah Allah yang menjaga hati aku. kerana lelah ini sudah sampai bergenang di tepi mata. tiba masa nanti akan lancar butiran air mata jernih mengalir. 

bersabarlah wahai hati.
'mereka itu tidak tahu situasi ini bagaimana'

fyy mokhtar.