December 24, 2012

ENGKAU FIKIR NAMA ENGKAU PALING ATAS?

engkau rasa engkau sudah cukup hebat?
engkau angkuh dengan apa yang engkau ada
engkau fikir engkau segala tauladan, 
engkau tahu kata, tapi cermin pantul semula,
engkau fikir manusia itu seperti sampah,
engkau lupa? manusia itu punya emosi, perasaan, imaginasi?
engkau konklusikan apa yang engkau rasa sesuka hati,
engkau berbicara ikut suka,
engkau yang mana?
bukan sama sahaja?



jangan sama kan semua manusia sama seperti kau. aku rasa engkau patut tarik nafas dalam. kemudian hembus. mana tahu kau sedar? kita manusia mana ada yang sama. sempurna. jika kau sahaja yang nampak baik dan betul serta sempurna. yang mana kau rasa kau boleh maki sesuka yang kau rasa. habis kami ini apa? belum sempat pun kami kata 'aku rasa' kau sudah hentam kami bagai nak gila. mana hak kami? maksud aku hak bersuara. janganlah suka sangat hidup dalam dunia kau seorang. ni kan bumi pinjaman. kalau kau rasa diri kau sahaja yang betul. mana pergi kata kata diplomasi yang dulu kau agungkan. 'ya aku beri hak kamu' 'hak kamu untuk kata itu ini' palsu kata-kata kau. 

kau dengan kau punya diplomasi boleh  pergi jahanam. kbai.


No comments: