May 23, 2012

BERPURDAH, BIAR BERNILAI SOLEHAHnya.

Assalammualaikum. 

Entri perkongsian bersama :) semoga sama sama dapat manfaat. semoga ALLAH sentiasa mendorong diri KITA sentiasa berada di jalannya. sentiasa istiqamah. Sama sama menjadi hambanya yang lebih baik. INSAF DIRI. INSAFKAN HATI :)


Ramai wanita yang mengimpikan diri dinobat wanita solehah, tapi malang dalam ia mencari solehah ia tersilap langkah.Sedang ia berusaha memperbaiki diri sendiri, tanpa disedari ia sedang melumurkan najis pada hati sendiri.Kadang-kala hati bergelora inginkan perubahan, namun malangnya kerana kaki yang masih belum mahir berenang, akhirnya lemas di lautan dalam.Sebenarnya kenapakah anda berpurdah?cuba teliti, mungkin ada salah satu jawapan dibawah :

Mungkin kalian ingin menunjukkan pada orang lain bahawa kalian adalah solehah
Mungkin kalian ingin menawan hati lelaki yang beriman
Mungkin ingin dianggap sebagai seorang seorang gadis cantik, kerana kebiasaannya wanita berpurdah di kaitkan dengan seorang yang berwajah cantik
Mungkin ingin lebih menonjol berbanding kawan-kawan  yang tidak berpurdah
Atau mungkin juga hanya kerana takut dirogol

Andaikata salah satu jawapan diatas adalah selari dengan apa yang tersemai di hati kalian, tahniah! kerana nafsu kalian telah berjaya menumpaskan iman.

Solehah Bukan Di Mata

Lelaki bukan memandang solehah seorang wanita pada purdah yang dipakai, atau labuhnya jubah yang digandal.Namun solehah itu terletak pada hati.Ramai dikalangan wanita yang memakai purdah, tetapi apabila berbicara dengan lelaki, MasyaAllah! jauh sekali dengan penampilan, hanya indah khabar dari rupa, hidup hanya untuk sedap di pandang mata.Sahabat, bukan begitu caranya mejadi wanita solehah.

Tak kurang juga yang memakai sarung lengan, sepatutnya bila kalian memakainya, cubalah kalian sembunyikan menggunakan lengan baju dengan semampunya.Inikan tidak, lengan baju yang elok kalian sinsingkannya(lipatkan untuk menampakkan sarung lengan).Untuk apa?untuk menunjuk-nunjuk?.Kalau begitu sama sahaja kalian dengan Mami Jarum yang suka menunjukkan perhiasannya.Dan kalian akan bersama-sama golongan seperti mereka menghirup azab api neraka.

Bukanlah bermakna saya menafikan kebaikan berpurdah atau tidak menyukainya, namun peringatan agar dalam melakukan sesuatu keharusan kita tidak menambahkan lagi dosa.Biarlah sucinya hati itu sesuci pakaian yang ada di tubuhnya, walaupun kita mengerti bahawa begitu sukar untuk mendapatkannya, tapi kita mesti teruskan usaha.Sesungguhnya Allah senantiasa bersama sangkaan hambanya.

Ikhlas Menutup Pintu Fitnah,

Pemakaian purdah sebenarnya bertujuan untuk menutup pintu fitnah, bukan menambahkan lagi kuantiti wanita yang bergelar solehah hanya di wajah.Sekalipun kalian berpurdah, belum tentu kalian memakainya semata-mata kerana Allah,renungkanlah apakah sikap dan sifat  di bawah adalah kelakuan kalian :

  • Suka mengupload gambar berpurdah/berpenampilan solehah di Facebook
  • Menampakah wajah tanpa purdah kepada lelaki bukan mahram yang dicintai melalui Yahoo Mesengger atau sebagainya
  • Memakai purdah hanya di tempat-tempat tertentu
  • Memberikan gambar yang berpenampilan solehah kepada lelaki muhrim

Andaikata salah satu atau lebih daripada ciri-ciri yang saya berikan adalah wujud dalam diri kalian, maka muhasabahlah dan bertaubatlah kepada Allah memohon keampunan.Sesungguhnya mereka yang berpurdah itu hakikatnya mereka ingin menutup pintu fitnah pada diri mereka, tidak ingin dilihat oleh lelaki sekalipun wajah itu adalah ruangan halal untuk di zahirkan.Apatah lagi untuk dikongsi-kongsikan.Saya sebagai lelaki tahu untuk memikirkan, kenapakah kalian tidak pernah terfikir di benak fikiran?

Maksiat Di Sebalik Tudung

Fenomena yang tidak asing lagi mewarnai wanita bertudung, ada sebahagian wanita yang mengambil kesempatan bertudung untuk melindungi dirinya daripada disangka buruk bila bersama-sama dengan lelaki, sehingga tudung itulah yang dijadikan penutup wajah lelaki yang bersembunyi di sebalik tudungnya, membenarkan teman lelaki memuaskan nafsu serakahnya, bahkan ada yang jadikan tudung sebagai pakaian untuk mengaburkan mata manusia daripada mengetahui bahawa ia sedang hamilkan anak luar nikah.Kalau pakai tudung, orang takkan nampak ada dua tangan jantan yang sedang memegang "tombol" api neraka di badannya.Wanita inilah yang menodai kesucian mereka yang benar-benar memakainya kerana mematuhi syariat Allah.Demikianlah wanita yang bergelar calon ahli neraka yang akan menerima azab siksaan hari akhirat nanti.Ambillah nasihat yang baik daripada bicaraku ini.

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri” (Al-Baqarah [2]: ayat 222)

COPY DARI BLOG INI, KREDIT UNTUK AWAK :)

4 comments:

BidadariBesi [SYAA] said...

Moga dijauhkan sikap seperti itu dalam diri ini. Amin..

Fariz Reza [FR] said...

Memang dah jadi trend skang ni fyka.......berpurdah di dunia maya kat luar tak dan kat dalam laman tertentu tak ambil kira bile bersembang video...betul tu....

inilah akhir zaman.....

walaupun berpurdah itu bonus tapi kalo boleh biarla dengan istiqamah...jangan hanya sekadar menempel wajah berpurdah di laman2 FB dan lain2 sedangkan kita buat sekadar nak menunjuk atau

nak menunjukkan kita beriman...
baik atau jahat kita seharusnya kita sorok...biar saja ALLAH dengan kita yang tahu....

biar saja kita berpurdah di luar , di FB atau dimana pun biarla identiti kita tak deketahui bahawa kita seorang yang baik ataupun ape...

nawaitu itu penting . . .
=pesan buat diri juga---

p/s: okey entry ni , memang realiti zaman skang camni fyka , ramai main tebar semacam je mengenai ni

Fariz Reza [FR] said...

*ayat jahat tu salah.....


baik dan budi kita seharusnya kita sorok...biar saja ALLAH dengan kita yang tahu....

Qawiyy Zulkifli said...

Salam.

Syukran. moga dijauhkan lah nafsu2 yg sebegitu..

tp semua ni atas nawaitu. kalau org tu berpurdah kerana Allah tp kita salah tafsir, judge org tu sje menunjuk2, berdosa juga. Hal ini antara kita dan Allah. Bukan atas kita dgn orang. Malah pakai profile pic yg berpurdah pun boleh datangkan kesedaran pd wanita yg lain yg melihat, yg tak tutup aurat dgn sempurna. Mungkin dari situ mereka dapat peroleh hidayah. Dan ia tak menjadi masalah atas lelaki coz kalau dah purdah, mmg dah tutup sempurna lah tu, nampak mata je.

Tapi saya setuju dengan cara pergaulan tu. kadang2 nampak org pakai purdah selamba je bercakap dgn lelaki, ketawa kuat2. tp pakai purdah :( Itulah manusia kadang2 cuai. kadang2 lupa akan niat sebenar dia berpurdah. Tak apalah, itu antara dia dan Allah. Biar Allah nilaikan.

apapun, nasihat ini bagus. kerana kadang2 orang yg niat dia betul pada mulanya pun boleh berbolak balik. Iyelah, hati kita ni mana ade wajah, so senang je hati ni nak berubah. Dan syaitan sentiasa nak menyesatkan org yg berniat baik. Teruskan usaha, moga2 hal ini dijauhkan dari si penulis juga. Ameen :)