September 2, 2016

perempuan lindungan Tuhan


' bagaimana ya kak fyy mengurus rasa itu?
bila tengok kak fyy, saya tak nampak macam kak fyy ada masalah pun '

Luaran sayang,
Dalam hati siapa yang tahu,
Bagaimana seseorang itu cuba bangun walau dalam keadaan parah,

Tiada siapa yang kuat andai diuji begini,
tapi selalulah fikir

ujian tanda Allah masih peduli
ujian tanda Allah rindu rintihan hambanya
ujian tanda Allah tak nak biar kita lama-lama tersasar

dan

ujian dari Ilahi itu setimpal dengan kekuatan diri.

:')

dan kenapa aku diuji begini?
kerana Allah masih sayang.

Shafika mohon kuat ya.

1 comment:

Redeemer said...

Luarannya, saya gagah. Seorang yang bisa memegang kuat cebisan-cebisan diri dengan teguh. Hakikatnya, saya sedang diasak ke bucu. Cebisan-cebisan diri saya sedang perlahan meruntuh. Namun masih ada perkara yang perlu dilakukan, yang memerlukan saya menjadi tonggak, ianya penting, kerana itu saya terus bertahan.

Saya turut dilanda ujian Tuhan, tetapi apa lah ujian ini jika dibandingkan dengan ujian orang lain. Maka bertahanlah. Pasti ada sesuatu yang baik di sebaliknya.