Pernah suatu ketika aku diuji,
Kemudian aku menangis,
dan Tuhan menghantarkan ini untuk memujuk aku kembali,
Dan janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita ( At-Taubah :40)
Dan janganlah kamu berputus asa dan bersedih hati sedangkan kamulah orang paling tinggi jika kamu beriman. ( ali Imran : 139)
aku tutup
Kemudian aku kembali menangis.
,
Tuhan mengajarkan aku tentang erti kecekalan dan kematangan dalam sebuah kekecewaan.
Tuhan mengajarkan aku tentang erti kekuatan dalam tiap kelemahan diri ku sendiri.
disitu aku melihat bagaimana cantiknya aturan Tuhan tentang bagaimana sebuah kejatuhan akan menjadikan manusia lebih berusaha.
kau tahu apa yang lagi seronok tentang ujian?
..tentang pedulinya Tuhan pada kau, berbanding hambanya yang lain!
--
Pernah rindu orang yang kau tak pernah jumpa?
aku, selalu.
3 comments:
"Bagaimana kamu katakan bahawa ksmu beriman sedangkan kamu belum diuji"
dan dengan ujian lah antara titik permulaan untuk kembali kepada-Nya. :')
Nak jemput join GA saya :)
http://www.dayanazahari.com/2015/06/dayana-and-durratunkhayla-surprise.html
Post a Comment