May 23, 2015

Seringkali menipu.

Cepat-cepat telefon di capai.
Nombor tertera dengan nama 'Mak ku sayang'  di dail. Cubaan pertama gagal. Hati mulai resah, lantas di dail semula dengan harapan panggilan tersebut diangkat.

'Assalammualaikum mak, buat apa?'

Belum pun sempat aku menyambung ayat, mak membalas dengan nada suara yang agak lemah.

'Mak tak sihat ni. Mak baring je'

'Mak ok tak ni, maaf mak. Kalau mak tak larat. Mak rehat lah ya.'

Dan ayat yang dituturkan oleh mak selepas itu sangat menggetarkan detak jantungku.

'Tak pe, cakaplah. Mak nak sembang dengan anak mak'.

---

Bagaimana ya menjadi ibu itu,
aku bingung juga kadangkala.
Seringkali menipu.

Masih mampu melayani anaknya yang sibuk dengan dunia.
masih berpura-pura sihat, sedangkan suaranya hampir saja tenggelam timbul dek menahan kesakitan.

Marahkan saja anak mu yang sering lupakan mu,
Khabarkan saja yang engkau sudah penat bertahan dengan sikap endah tak endahnya.

Mengapa mak,
mengapa sekuat itu engkau bertahan.
Disebalik mata mu itu, tersimpan satu pandangan yang lemah.

mak,

rindu :')

Air takungan di mata ini,
mulai pecah
Merembis keluar tanpa henti.

--

Puan Maznah Binti Muhammad.
cepat sihat ya.

--

:)


No comments: