April 12, 2015

betapa sukar untuk kita setia kepada Dia

betapa dekatnya Tuhan pada kita
betapa kasihnya Tuhan pada kita
betapa sayangnya Tuhan pada kita

disaat kita resah
disaat kita hilang arah tuju
disaat kita tercari-cari erti hidup sebenar

hadirnya ujian 
hadirnya hidayah
hadirnya nur
hadirnya hikmah

tanpa lokek Tuhan memberi
tanpa lokek Tuhan disisi
tanpa lokek Tuhan berkata

'Aku disini'

dan untuk tiap saat 
dan untuk tiap detik

kita jugalah yang sering mengadu domba pada Tuhan

tapi..

betapa sukar untuk kita setia kepada Dia
sedang kan Dia sedikit tidak pernah jauh dari kita.

setiap nafas dan segala waktu yang telah di tetapkan
untuk mengadap Dia
kita sia-siakan satu persatu.

sedangkan mahu bernafas sahaja perlu izin dari-Nya
mahu melangkah keluar sahaja perlu izin dari-Nya
semuanya dengan izin-Nya.

mahu angkuh lagi?
mahu bongkak lagi?
mahu sombong lagi?

cakap pada diri

'sedarlah, kau masih pakai pakaian hamba'

---

Tuhan untuk setiap detik yang telah aku sia sia kan, aku mohon ampun. 
Tuhan untuk setiap waktu yang tersisa, aku mohon peluang untuk menuju kepada Mu kembali.
Tuhan untuk setiap hela nafas yang dipinjam ini, aku mohon pergantungan hanya pada Mu.
Tuhan untuk setiap campakan ke tempat yang menyesakkan itu, aku mohon pimpin aku kembali.

' tiada daya dan upaya hanya dengan kekuasaan-Mu '

---

yang masih bernyawa dan berdosa 
shafika.

No comments: