November 29, 2014

'iloveumak'

hari ni,
perempuan dengan ketinggian 155 sentimeter itu
mimpi sambil menangis
iya,
benar.

dia mimpi sambil mengalirkan air mata.
sedar-sedar sahaja.
mata nya bengkak.
pipinya basah.
keliru.

apa benar yang aku mimpi tadi?
mukanya berubah.
risau. sedih.
terus bangun, capai fon.
nama dalam 'contact'  fon terus di 'scroll'

'iloveumak'

--tidak di angkat.

sekali lagi di tekan nama yang sama.

'iloveumak'

tutt tutt tutt.

'Assalammualaikum mak, pergi mana? tadi kol tak angkat. mak, baru jap ni mimpi mak meninggal. mimpi sampai nangis-nangis. lepastu bila bangun je pipi basah. menangis betul-betul. mak sihat kan? mak ok ke? mak buat apa? 

'mak ok. mak ada je ni'

'nak cakap dengan abah'

'helo, abah. tadi mimpi mak meninggal. abah, jaga mak betul-betul. maaf tak dapat jaga mak dengan abah sebab belajar lagi'

'tak pe, jangan risau. tu tanggungjawab abah. mainan tidur je tu. dah dah. semua ok ke kat sana?'

'.........'
--

mak abah.
rindu.

sebulan je lagi dekat sini.
nanti nak balik sana dah.

'Tuhan, haramkan wajah kedua ibubapa ku daripada api neraka'
Amiin.