October 23, 2014

'turning point'

--
Aku masih ingat lagi bait-bait kata kakak itu ketika kami berbual di dalam kereta berdua. kebetulan lampu isyarat merah dan perbualan itu hingga saat ini masih segar di ingatan. kakak itu kata..

'budak budak ni selalu heboh kata rindu arwah.' 

'betul la tu kak, rindu pada seorang sahabat yang hebat menyampaikan dakwah'

'betul dah tu rindu arwah sebab cara dia sampaikan kan dakwah, tapi kalau betul diaorang semua rindu, awat tak sungguh-sungguh ikut cara arwah tu sampaikan dakwah? ni tak. pergi program pun malas. Arwah tu, masa tengah 'intern' dulu sanggup tu dari rumah dia datang program. Muhasabah juga dekat akak yang cakap ni. kita ni konon je rindu. kalau sungguh rindu, kita ikutlah mana yang baik arwah buat. mana tahu tu pun asbab untuk kita raih sorga, mana tahu dapat jadi macam arwah. sampai sekarang nama dia disebut-sebut sebab kebaikkan dia. kita heboh nak sorga tapi subuh jemaah pun malas turun masjid. habiss laa gini.'

'err. gulppp!..'

--

kadang - kadang
setelah hilangnya sosok indah itu
barulah kita sedar dia meninggalkan sesuatu yang tak disangka-sangka
dia meninggalkan kisah kisah hebat nya.

dan kehilangan itu
mungkin saja buat kita menangis kerana sudah terlewat untuk menghargainya
atau kita akan tersenyum kerana telah menghargai dia dengan sebaiknya.

yang mana?

yang pergi sudahpun semai pahalanya di dunia
untuk pahala berterusan di sana

kita ni?

hmm. 
mungkin dah tiba masa kita buat satu 'turning point'
dalam  hidup masing-masing

'kembali hidup ber-Tuhan'
dan
'sedar diri'

hidup dah tak lama.

--
















No comments: