October 17, 2014

kakak pembantu fellow

--

selesai tadarus surah Al-Kahfi semalam
kakak itu hadir perlahan.

'Assalammualaikum. boleh akak join?'

'waalaikummussalam. boleh kak masuk lah :)'

'akak pembantu fellow sini, boleh tak kalau ada usrah macam ni lagi. adik panggil akak?'

'boleh kak :)'

--
selama satu jam berbincang dan bertukar pendapat dalam bulatan gembira itu.
selesai bacaan doa rabitah dan bersalaman antara satu sama lain.
tiba-tiba kakak itu dekati aku.
dia peluk hangat.

'fyka, doakan akak boleh jadi macam fyka' - nadanya sedikit bergetar, butiran jernih mula terlihat

'saya ada tersalah cakap masa bagi pengisian tadi? maaf kak kalau apa yang saya  kongsikan tadi. buat akak terasa. Alhamdulillah. Allah sentuh hati akak' - senyum penuh makna

'akak nak jadi macam adik, doakan akak. doakan Allah ampunkan akak. akak nak berubah' - air matanya makin laju.

'akakkk .....'

--
saat kakak itu beri salam
dan masuk ke dalam bulatan itu dengan senyuman
aku nampak sesuatu tentang dirinya

ya.

aku nampak diri aku yang dulu dalam diri kakak itu
bagaimana dia mula mencari
dan dahagakan sesuatu yang telah lama hilang.

saat umurnya 25 tahun
dan Allah masih beri peluang pada dia untuk berubah
benarlah,
cinta Allah meliputi segalanya

pintu taubat masih terbuka.
cari dan terus mencari.
belum terlewat.

Allah masih sayang!
--

:')




2 comments:

Liyana Zulkifli said...

*senyum*

*sapu airmata

rindu sentuhan tarbiah pertama dariNya

Allahu.

fyy mokhtar said...

.. yang tidak merasa pasti tidak mengerti.

:')