July 2, 2014

wahai Allah

--

Bismillahhirrahmannirrahim

wahai Allah
kami tidur lena
sedangkan saudara kami berperang demi agama Mu
mereka terbunuh di segenap dunia
kami masih pejam mata

wahai Allah
kami penipu
kami kata kami cinta agama
sanggup korbankan harta dan nyawa
tapi satu pun kami tak lakukan untuk agama ini
kami makin jauh dari agama

wahai Allah
kami suka buang masa 
melepak tak tentu hala
sembang dengan perempuan dan lelaki macam tak ada apa-apa
kami rasa biasa biasa
rupa rupanya kami berdosa

wahai Allah
banyak nikmat yang kau berikan pada kami
tapi hampir separuh dari umur kami
kami gunakan untuk dunia
malunya kami ya Allah

wahai Allah
nabi kami menangis setiap hari untuk kami
tapi kami menangis untuk perkara yang sia sia
kami sedar dunia ni cuma sementara akhirat selamanya
tapi kami masih kejar bagai nak gila

wahai Allah
kami mohon keampunan dari Mu
ampuni lah dosa dosa kami yang terdahulu
antara kami sedar mahupun tidak

kami berdosa
kami hina
kami jijik

ampuni dosa kami ya Allah  ;')

--

orang-orang yang mencintai Tuhan itu
Tuhan akan pertemukan dia dengan orang yang mencintai-Nya juga

jaga iman.
kita masih punya masa untuk kembali kepada Dia

--

umur makin meningkat
moga digunakan untuk perkara yang baik
untuk perkara yang menambahkan pahala

bukan kepada diri sendiri sahaja
malah untuk keluarga tercinta

moga kita semua bertemu di syurga

--

P/s: manfaatkan Ramadhan sebaiknya. jangan lupa tadarus dan perkara sunat. moga kita semua istiqomah. 






No comments: