June 24, 2014

...untuk setiap masa, menghambakan diri kepada Dia

--
apa khabar jiwa?
adakah asma' itu masih menggetarkan jiwa mu.
atau bisa sahaja ia sudah hilang

jangan lelah
jangan pernah menyerah
kerana asma' nya Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu
kita masih menjadi tapisan Tuhan untuk teguh menempuh
hari hari yang penuh dengan ujian

bersedia atau tidak
saat yang ditunggu-tunggu
untuk bulan itu telah tiba

moga sahaja nanti
kita masih bisa kutip kekuatan
untuk melaluinya

dan

moga sahaja
kita juga punya impian
untuk berubah dan kembali ke pada Tuhan
bukan untuk bulan ini sahaja

tapi,
untuk setiap masa, menghambakan diri kepada Dia
dan bersyukur untuk setiap hela dan nikmat yang diberikan

dan

aku yakin.
kamu punya kekuatan itu.
kerana kita ini semua sama
pendosa.

Tuhan,
hamba-Mu yang hina ini pulang.
moga masih terjaga tarbiyyah ini.
moga istiqomah semuanya.

'As-sidiq seperti Abu Bakr, tegas seperti 'Umar, Pemalu seperti Uthman, Gagah seperti 'Ali'

moga kamu tetap begitu.
--

jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong kamu
(Muhammad 47:7)

:)




No comments: