seseorang pernah kata pada saya
'kata-kata kau disini, seringkali mengingatkan aku pada Tuhan'
*mata berkaca
dan kerana Tuhan jugalah
jari jemari ini bebas menekan aksara yang diilhamkan
andai tiada Tuhan di hati
mungkin sahaja akal tidak dapat berfikir dengan baik
mungkin sahaja aksara yang terpamer disini
adalah aksara aksara palsu terhasil dari pemikiran songsang
dan aku mahu hindar semua itu
kerna yang aku mahu
Tuhan sentuh hati kamu yang membaca
jika diizinkan Dia
aku mahu benar.
'akak tahu, Tuhan ada dihati fyka' - kak shazliani
Tuhan ada di hati mereka yang benar benar Cinta Dia.
Istiqomah kan aku mencintai-Mu Tuhan seluruh alam.
moga ruang lingkup dalam hati ini penuh dengan Cinta kepada Ilahi.
moga sahaja nanti aku masih bisa berbagi.
Ameen.
No comments:
Post a Comment