January 24, 2014

syukur. senyum. sedekah.

syukur.

"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah". (Al-Baqarah 2:172)

mulakan hari dengan bersyukur kepada Allah.
orang yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah.
dialah orang yang paling rugi.
bangun pagi.
tadah tangan.
'aku bersyukur ya Allah dengan nikmat yang engkau berikan'

"Apa gunanya Allah mnyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmat-Nya) serta kamu beriman (kepada-Nya) Dan (Ingatlah) Allah sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka)". (An-Nisaa' 4:147)

senyum.

"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah". (HR Tirmizi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi)

selalunya terfikir untuk setiap hari senyum pada semua orang.
tapi hampir lupa untuk diri sendiri.
jadi. mulakan hari dengan positifkan diri sendiri terdahulu.
kemudian sebarkan kuasa positif dengan senyum kepada semua orang.
senyum ibadah tanpa duit.
pahala pun bertambah.

sedekah.

"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil), dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha) dan perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya". (Al-Baqarah 2:195)

selalu kita fikir kenapa Allah tak beri apa yang kita pinta
tapi pernah kita terfikir apa yang kita beri kepada Allah?
apa amalan kita cukup untuk apa yang kita pinta?
atau sekadar sambil lewa?
rajin-rajin kan diri untuk bersedekah. 
bila kita mula beri satu, Allah akan beri dua.
bila kita tak beri apa-apa, jangan marah jika Allah tidak memberi kita apa-apa juga.
tapi percaya lah, Allah itu Maha Pemurah.
'tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima'
berilah apa yang termampu mengikut kemampuan.

syukur, senyum. sedekah.

tiada apa yang lebih indah selain mengalunkan Asma-Mu.