January 22, 2014

macam Abah

teringin benar nak cerita
hari itu masa pulang ke perak tercinta
duduk di  atas bas sambil pegang tafsir Al-Quran
terbit dalam hati
rindunya pada abah dan mak

kemudian
nampak seorang pakcik dari atas bas
hujan renyai renyai ketika itu
lagaknya, caranya, benar benar serupa abah
rindu.

kulitnya yang hitam pekat menampakkan peluh-peluh di dahi
tanda kuatnya pak cik persis abah ini buat kerja
uratnya yang tegang berselirat ketika memunggah muatan kedalam bas
tanda usaha kerasnya untuk mencari rezeki anak anak di rumah
misai dan rambut nya yang kusut masai
tanda dia tiada masa nak kemaskan diri kerana sibuk risaukan anak anak

Allah

macam abah
kulitnya
usahanya
titik peluhnya

bas berlalu pergi.
aku masih melihat pak cik itu.
saat itu.

'syukur Allah, sebab pinjam abah pada aku :)

5 comments:

Anonymous said...

mesti abah fyka bangga dengan fyka. :)

fyy mokhtar said...

siapa pun kamu yang komen di sini.
saya doakan Allah beri rahmat pada kamu :)

tersenyum untuk setiap ujian yg diberikan.

tiada perkara yg boleh gembirakan saya selain duaorang tua itu :)

Anonymous said...

sentiasa bersangka baik.
tak ada ujian yang tak mampu kita tempuh.
setiap ujian pasti bisa kita tempuh.

semoga fyka terus kuat dalam mengemudi kehidupan. :)

fyy mokhtar said...

Allah beri Ujian yang boleh ditanggung oleh hambanya kan?

:)

tq datang sini komen.

Anonymous said...

betul itu. Allah tak akan menguji kalau hambaNya tak mampu. Sebab mampulah Allah menguji. sentiasa bersangka baik.

Sama sama. :)