January 28, 2014

lantas diri ini terus tersenyum

tadi.
ada seorang kakak datang ke rumah.
dia duduk di kerusi kecil dan  berkata

'kamu tak panas ke pakai labuh labuh ni?' -sinis pandangannya

sungguh, ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk.
dulu bukan pertanyaan sebegitu sahaja yang aku terima.
malah lebih teruk dari itu.
perlian. makian. dan macam macam lagi.
cuma pertanyaan kakak ini.
mengingatkan aku kepada seorang perempuan.
lantas diri ini terus tersenyum.

'tak panas kak' -senyum

banyak benar bezanya.

percayalah
kadang-kadang hidayah dari Allah tu sudah lama ada
cuma antara kamu membenarkan atau tidak.
pujuklah hati.

' Jangan benarkan hati jauh dari Allah lagi ' - shafika

2 comments:

Anonymous said...

semoga shafika terus istiqomah dan terus kental menghadapi ujian ujian yang mendatang. :)

fyy mokhtar said...

istiqomah dan kental berpisah tiada :D ehhehehe

Amin ya Rabb :)