December 28, 2013

Pelukan angin untuk dua muka tua :)

angin tiup deras tudungnya.
seumpama mengerti apa yang dirasa di dalam hatinya sekarang.
dia hanya mahu berada di ruang itu.
bersama mereka yang dipanggil sayang.
yang mengerti sakit perih jiwanya.

walaupun dia tahu
yang dia mungkin akan kecewa dengan setiap balasan layanan.
cukup sekadar dapat melihat kedua muka tua itu.

'tak seperti yang aku inginkan'

melangkah longlai di kampus ini.
merindui dua muka tua di perak sana.
hati ini.
jerit perih dalam hati ini.
anakmu rindu.

musafir dan jihad
walau dalam negara
aku tetap rindu.

pelukan angin untuk dua muka tua di Perak sana.
mak dan abah.
cinta yang kadang kala tak perlu di lafaz kan melalui bibir.
cukup sekadar Doa yang ditembak melalui Ar-Rahman.
kasih yang tiada bandingan.

rindu. senyum. :)




No comments: