December 4, 2013

lantas langit pun menangis kerana terpaksa menanggung beban

lantas langit pun menangis kerana terpaksa menanggung beban
dosa dari penduduk bumi
tanpa henti
dan berterusan

penduduk bumi tanpa henti
merintih
merayu
menghantar das-das tembakan berbentuk 'doa'  kepada Tuhan mereka
pinta keampunan berulang kali
pinta langit menangis ini dihentikan

'ampuni kami ya Allah, kami ini hamba-Mu yang alpa!'

hmm
seandainya titisan-titisan yang jatuh dari langit ini
umpama penyucian dosa yang terpalit sekian lama
yang menjadi amarah dari Tuhan kepada hambanya
aku terima.

titisan titisan ini
antara kegembiraan dan kebimbangan
dan
kedua-duanya adalah Ujian

Ujian yang hadirnya bersama nikmat :)
jika bukan sekarang. mungkin nanti.
rahsia rahsia yang datangnya dari Tuhan
yang tiada siapa pun tahu.

seperti mana titisan titisan yang hadir sekarang ini :)

Tuhan - ya Hafiiz

jangan lupa senyum.







5 comments:

Zinedine Zaiddin said...

Semoga titisan titisan yang jatuh ini menjadi rahmat dan pengampunan buat hamba-hambaNya.

Kenapa bila klik Post Comment, ada popup keluar lepas tu bukak tab baru untuk komen jugak?

From: Bila Karipap Boleh Bercakap

fyy mokhtar said...

Amin :) semoga sahaja ianya menjadi pengampun kepada dosa. penyucian dosa.

memang buat pop out. kenapa? rasa menyusahkan atau apa? ke tak sesuai/

fyy mokhtar said...

Amin :) semoga sahaja ianya menjadi pengampun kepada dosa. penyucian dosa.

memang buat pop out. kenapa? rasa menyusahkan atau apa? ke tak sesuai/

Zinedine Zaiddin said...

Okay je nak buat popout tu, cuma I think something wrong in your layout coding kot. Sepatutnya bila kuar popout, takde kuar lagi satu tab yang display ruang utk post comment jugak macam dalam popout.

Cuba cek.

From: Bila Karipap Boleh Bercakap

fyy mokhtar said...

rasanya memang setting blogspot begini. sebab dari awal dulu mcm ni. maksudnya nak terus direct comment di entry la kan?