November 15, 2013

Saat itu baru nak jumpa Dia?

'saya serabut akak, saya perlu jumpa akak secepat mungkin. tarbiyah lah saya akak'

lantas aku tersenyum terima 'msg' berbau gusar itu.
untungnya bila seorang anak adam di uji sebegitu rupa.
kerana ujian yang diberikan umpama rindu dari-Nya kepada dia.
apa kamu tidak mengerti?
kadangkala, kita ini melupakan-Nya
merintih la dik, jika berat masalah itu
Allah lah solusinya.

seronok dengan dunia. 
hingga terkadang terlupa.
Dia yang setiap masa dengan kita.
saat kau bergelak ketawa dengan manusia
kau lupa Dia
saat kau pandang kosong alam.
Dia sedang memerhatikan kau.
tapi kau lupa.

saat kau lemah,
badan kau longlai.
iman kau dipijak-pijak
hati kau hitam pekat.

'saat tu baru nak jumpa Dia?'

dan saat itu juga, jangan di tanya, 
kenapa 

'Dia melupakan kau'

untuk perkara-perkara yang kadangkala kita lupa, 
dan bahawasanya
Dia sentiasa dengan kita.

Dia - السميع 

:)