October 15, 2012

Darling Allah :)

Assalamuualaikum.


kamu baru jatuh, belum lagi tersungkur, janganlah putus asa, mesti bangun ya? mari saya tolong kamu :)

Saya hampir menjadi sangat 'down' untuk tahun ini. bilamana saya rasa sangat susah untuk saya fahami apa sebenarnya yang saya mahukan. mungkin kerinduan terhadap mak abah semakin menebal. setiap hari saya bangun pagi, saya bukan kejar toilet untuk mandi , tetapi saya kejar cermin dahulu. bukan saya tengok muka saya cantik ke tidak, tetapi saya bagi dorongan untuk saya sendiri 'hari ni aku, fyka mesti berjuang habis habisan untuk diri sendiri, aku belajar untuk bantu keluarga, beri kegembiraan kepada mak abah dan terutamanya kerana DIA' ini saya tak tipu. memang saya buat kalau ada masa. kalau buat depan rumate saya malu. tunggu rumate pergi kelas baru saya buat. hihihihih.

saya mungkin bukan perempuan baik di mata kamu. saya cuba sebenarnya. mungkin gaya saya, cara saya tidak seperti apa yang dilihat. tetapi saya cuba. tipu kalau saya kata saya tidak cemburu dengan orang lain. siapa tidak mahu jadi baik? semua perempuan mahukan itu. tetapi saya sudah cuba, dan terus mencuba. kamu pandang serong saya, saya tetap pandang baik kamu. tak apa lah, mungkin saya hanya mampu post benda benda baik di mukabuku. mungkin saya hanya mampu update entri begini di diari alam maya. kerana saya hanya mampu lakukan yang ini beruntunglah kamu kerana kamu boleh lakukan lebih dari apa yang saya lakukan. saya hanya mampu buat kamu senyum. ketawa. rasa bahagia dengan saya. ya, saya ulang saya hanya mampu lakukan ini.

saya mungkin bukan perempuan baik, tetapi saya harap saya dapat jadi 'Darling Allah' dengan setiap apa yang saya buat ini.

p/s : untuk saya, awak, kamu, hang, kita, hangpa semua woi, selamat berusaha :)


2 comments:

Anonymous said...

semoga apa yang anda lakukan mendapat hasil yang baik yakni memperolehi kejayaan didunia dan akhirat. kami sentiasa mendoakan anda.

fyy mokhtar said...

anonymous, sape awak ni eyh. kawan saya atau orang lain?? saya dah kompius dah ni. sebab saya dah kompius. so saya dah serabut. muahahaha. terima kasih :)