April 25, 2013

Rindu

hati ini merindu. 
rindu sebenarnya. 
rindu.

hmm.

Peganglah hati ini Ya Allah.
tidak mahu lagi bermain dengan emosi.
cukuplah.

hmm.


April 16, 2013

Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih,



Assalammualaikum.



Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, “Siapakah yang paling luar biasa imannya?”

Para sahabat menjawab, “Malaikat, ya Rasulullah.”

Balas Rasulullah, “Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah.”

Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi, “Para nabi, ya Rasulullah.”

Rasulullah berkata, “Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah.”

Para sahabat mencuba lagi, “Kalau begitu, kamilah yang paling beriman.”

Jawab Rasulullah, “Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman.”

Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, “Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui.”

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, “Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku.”

Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, “Sesungguhnya, aku rindukan mereka….”

Sollu ‘alan nabi..

****

tiba tiba aku terfikir, berapa kali aku menangis untuk Rasulullah.
berapa kali aku katakan aku rindu pada Rasulullah.
berapa kali aku aku katakan aku sayang pada Rasulullah.
berapa kali? berapa kali?
alpa nya aku.
lalainya aku,
ini semua pinjaman .

*air mata laju mengalir*

fyy mokhtar.

April 7, 2013

Pukul satu pagi.

Assalammualaikum.



Semalam aku baring menghadap dinding. mata hampir terpejam. tiba-tiba 'handphone' bergetar. Satu 'message' masuk. aku baca bait-bait ayat 'message' tersebut. Aku renung dinding. tembus mungkin. Sampai aku rasa, apa aku mahu nasihat dia ya Allah.  Aku turun katil. Aku buka Al- Quran. Aku cari bait-bait ayat yang boleh buat dia tenang.Pukul satu pagi. Ya, Aku berseorangan di bilik. Teman bilik semua sudah pulang ke kampung. Aku selak helaian demi helaian. Aku baca satu persatu. Aku nangis.

'Nape dia di uji macam ni? dia kecik lagi. budak lagi. dia nak mama dia'

'Jangan pernah persoalkan kenapa kita di uji sayang. Ada hikmahnya. Allah beri kita ujian bukan untuk kita mengalah, bukan sahaja dia mahu kita ingat Dia, tetapi sebenarnya ujian itu umpama pengalaman untuk kita mempersiapkan diri di masa akan datang. Ujian hari ini, untuk kita menjadi lebih matang. Sabar ya. Nanti ada kemanisannya, kuatkan diri mu untuk keluarga mu sayang :)'

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (Al-Baqarah 2:286)

kerana aku tahu kau, keluarga kau, dan dia yang sedang mengalami itu. sedang ditimpa ujian yang barangkali orang lain pun tidak mampu untuk tempuhinya. yang barangkali aku rasa orang lain pun tidak pernah rasa bagaimana ujian itu sendiri. bagaimana keserabutan ujian itu yang aku rasa lama-lama akan menjelma menjadi kemanisan yang sempurna. sedangkan aku sendiri sebagai hambanya seringkali mengeluh kerana hal-hal yang kecil. Ini kan kau yang sedang ditimpa ujian sebegini. Layaknya aku katakan kau lebih tabah dari aku. Tapi aku mohon. Kau jadi seorang yang 'extra' tabah. kuat. kental. ini ujian. usap lah dada kau. biar lah kau nampak kuat di hadapan mereka, dibelakang mereka kau menangis hiba. tidak mengapa. lepaskan. kerana aku manusia dan kau juga manusia. Aku faham itu. 

'pujuk lah hati sendiri, jangan menangis lagi, pejam lah mata, Allah kan ada :')'

Kenapa kena pujuk hati sendiri? sebab kadang-kadang hanya kita yang faham bagaimana sulitnya ujian itu. orang lain boleh beri nasihat. orang lain boleh beri pendapat. tapi yang hadapi nya kita sendiri. Jadi, pujuk lah hati sendiri. Peluklah hati sendiri. Pujuk sampai menangis pun tidak mengapa. Yang penting kita tenang. Ingatlah Allah, Sentiasa bersama Dia. Positif kan diri. Jum sama sama :)

'kerana sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan' (Ash-Syarh 94:5-6)

fyy mokhtar.




April 1, 2013

Jika saya tenang banyak perkara yang boleh di selesaikan tanpa mengeluh

Assalammualaikum :)

kadang kadang saya rasa nak pergi memancing.
sebab saya rasa orang yang suka memancing tu.
kesabarannya tinggi.
sanggup berhujan berpanas untuk dapat kan ikan.
kalau rasa dah sampai ke tahap itu.
saya rasa saya kena 'check' semula hati saya.
tahu kenapa?
Jika saya tenang banyak perkara yang boleh di selesaikan tanpa mengeluh.
tapi saya pilih jalan untuk keluh dahulu.
manusia kan. tak lari dari perkara kecil kecil macam ni.
perlu uji kesabaran diri sendiri.
sebab kadang kadang saya rasa.
benda kecil pun saya mengeluh.
macam tak bersyukur dengan nikmat Allah.



'orang yang bersabar itu, orang yang disayangi Allah, Jum sama sama bersabar'

macam mana nak bersabar? 
yang selalu saya buat ialah macam ni.

sekarang ni. semua senyum. kemudian.semua ambil tangan kanan letak dekat dada. baca Al-fatihah. usap usap. sekarang semua cakap

'bersabarlah sayangg, Allah kan ada' -sayang merujuk kepada diri sendiri ye :)

pujuk hati sendiri. supaya lebih tabah untuk hadapi hari hari dengan ujian yang diberi. berat mana pun, susah mana pun. 

yang masih belajar.

fyy mokhtar.