February 23, 2013

If you don't, then who will, sayang? :)

Assalammualaikum.


'don't lose hope, there is a way. believe in yourself. ALLAH know the best'

kita seringkali mencuba dan mencari untuk menjadi yang terbaik.
menjadi yang terbaik yang  kadang-kala kita tidak tahu kesudahannya.
dan adakalanya kita alpa kerana terlalu ingin menjadi terbaik.
terlalu ingin menjadi yang terbaik sehingga memakan diri sendiri.
sehingga diri sendiri berasa terlalu tamak, sombong, kepunyaan, dan gagal.
kenapa menjadi terbaik dikaitkan dengan gagal?
pernah kamu lihat individu yang menjadi terbaik itu tidak gagal?
gagal itu yang mana sakit sebentar yang beri pengalaman.
kemudian ia diganti dengan senyuman. kegembiraan.

aku begitu juga.
jatuh kemudian aku bangun.
jatuh lagi aku bangun dan berlari.
jatuh lagi aku bangun , berlari dan usaha.
walaupun semua itu aku dapat bukan dari kadar yang cepat.
tapi aku berpuas hati dengan segala yang diberikan.
kerana aku alami satu tahap dari ke satu tahap.
dan aku sangat serius dengan segala yang aku buat.
matlamat.

semua ini  akan buat aku kamu dan kita semua 'jatuh'
kerana kita semua punya matlamat dan kesungguhan yang berbeza.
berbeza tetapi ada dua perkara yang boleh buat kita semua berjaya.
gagal dan jadi terbaik.
itu yang selalu aku pegang. 
kerana tidak semua yang berada di atas akan selalu diatas.
menangis la kalau itu yang mahu. kerana emosi kadang-kala beri kepuasan.

sebab aku postif.
bila aku gagal. aku selalu ingatkan diri sendiri. 
aku boleh.
aku pasti boleh.
biar mulut aku mengeluh sebentar tetapi sebenarnya.
aku selalu kata ' kasi langgar je'
kalau tidak cuba kita tidak tahu. 
kalau belum mula kita ketinggalan.
cuba dan mula.

don't give up before you win.

till then assalammualaikum people :)

p/s : keep trying to hold on. and always, always, always believe in yourself. because if you don't, then who will, sayang? :)



February 22, 2013

TEKANAN DARAH RENDAH

Assalammualaikum


'aku perlu belajar mencintai pencipta awan sebelum aku jatuh cinta dengan keindahan awan' 


semua sihat ke? dah lama tak update jadi hari ini nak kongsi sesuatu yang bermanfaat sedikit. hihiihi. kira macam pengetahuan untuk semua. walaupun ramai je yang dah tahu. kenapa tiba-tiba nak update pasal tekanan darah rendah pulak kan? ye. memang nak update pasal ni sebab diri sendiri merupakan penghidap tekanan darah rendah. dan memang selalu pengsan, so, ini untuk maklumat semua sebab mana la tahu ada kawan atau keluarga yang menghidap penyakit ni. kena ambil tahu ok? :)


Apa itu tekanan darah rendah?

Tekanan darah rendah atau (hipontasi) biasanya akan diambil perhatian apabila seseorang itu mengalami masalah terhadap tubuh badan mereka sendiri. contohnya penghidap penyakit ini seringkali pitam lalu jatuh atau pun pengsan tidak sedar kan diri. ya, memang benar tekanan darah rendah lebih susah diubati kerana untuk menaikkan darah kepada paras yang normal amat sukar dan hampir tiada ubatnya.


 Perkara yang boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

  • dehidrasi- kurang minum air, demam, muntah dan sbgnya.
  • pengambilan ubat yang tidak sepatutnya - ubat darah tinggi, ubat jantung, dan sbgnya.
  • terlalu lama berada di bawah suhu yang panas atau pun berdiri terlalu lama di bawah sinaran cahaya matahari. 
  • mengalami anemia, infeksi berat, gangguan jantung dan sbgnya.

Jika anda penghidap hipontensi apa anda perlu buat?

  • Jangan berdiri terlalu lama
  • Jangan terlalu lama berada di bawah cahaya matahari
  • diet rendah karbohidrat
  • banyak minum air putih
  • jangan ambil alkohol
  • melakukan aktiviti senaman secara teratur -senaman ringan
  • tambah sedikit pengambilan garam

sebenarnya kalau google banyak je maklumat boleh dapat tentang tekanan darah rendah (hipotensi) ni. yang ni just sedikit maklumat sebab ni yang selalu diri ini kena buat dan memang selalu pitam masa dulu. jadi untuk mengelakkan penyakit ini daripada teruk nak bagi semua orang tahu dah 'ALERT' yang sebenarnya penyakit tekanan darah rendah ni kalau diikutkan lagi bahaya daripada penyakit darah tinggi. sebab nya tekanan darah rendah tak punya ubat berbanding dengan tekanan darah tinggi. walhal inisiatif sendiri amat diperlukan oleh penghidap tekanan darah rendah untuk memastikan darah mereka sentiasa normal. dan yang paling penting jangan jadi macam aku sebab pengsan dan pitam merata. sampai kawan-kawan sendiri yang panik :)

selain itu, penghidap tekanan darah rendah perlu juga amalkan pemakanan yang sihat cthnya banyak kan makan benda yang berdarah macam kerang, daging, bayam, tambah garam dalam badan juga ya. pentinggg. Macam aku sendiri dah lama tak jaga makan sebab ingatkan dah ok sebab dah tak pitam atau pengsan lama dah. last pengsan masa sekolah menengah, kalau teruk sgt pun pitam masuk bawah meja kat rumah tu pun nasib baik mak ada. HAHAHA. last2 haritu pitam jugak :) 

ok lah sampai sini je. terima kasih kepada dyla, yana n wahida yang tolong pimpin n angkat masa TERpitam dalam shopping mall. mampu? HAHAHAHA. Harap bermanfaat untuk semua.

p/s : kalau rasa ada maklumat yg salah. atau yang bercanggah dengan apa yang korang faham n nak kongsi sila tinggal pesanan :D ok tataaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

p/s : sakit tu penghapus dosa <3





February 4, 2013

PERNAH TAK? KE AKU JE?

Assalammualaikum.

sebenarnya sedang bersenang lenang di rumah. cuti sem kali ni lebih banyak bersama keluarga, rindu punya pasal. satu sem sekali je balik. mampu? so, dengan cuti yang panjang sgt macam ni dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

korang pernah tak ada kawan yang selalu beri korang nasihat, dia selalu ada dengan korang masa korang perlu kan dia. walaupun korang tak pernah jumpa dia. n dia tu sangat baik. tapi tiba-tiba orang tu hilang, bukan hilang cuma masa tidak mengizinkan. pernah tak? pernah tak? ke aku sorang je? hmm.

so, malam ni aku teringat la dengan seseorang. pernah jadi org penting. sebab dia pernah beri semangat yang sangat bernas untuk aku masa mula-mula aku buntu nak sambung study atau tidak. tapi, sekarang ni, entah kenapa semuanya jadi macam suram. kelam. pitam *tetibe. huhuuhu. Disebabkan aku ni suka fikir positif, so aku anggap dia pun busy ataupun dia busy dengan seseorang. ye la, aku ni je yang single sebab tu banyak masa terluang. sampaikan ada orang cakap 'fyka rajin update blog eh'. huhu. saya memang suka menaip kak, atleast saya akan post sesuatu. ni kan blog saya :)

pernah tak? 

bagi aku, cukup lah aku titipkan dia di dalam setiap doa aku. kalau dia dalam keadaan baik. itu dah cukup membahagiakan aku :)

p/s : nonoi dah balik rumah. yeayy boleh buli. semoga semuanya dirahmati. esok nak pi teluk batik.