December 29, 2012

Awak semuaaa ^__^

Assalammualaikum.

perempuan kan paling comel kan masa diaorang semua pakai telekung tau. kan comel macam ni :)



solat jemaah beramai ramai. masjid ump. ceramah bersama imam muda nazrul :)

apa yang saya rasa bila semua ni berlaku dengan cepat. dan saya sentuh hati saya kemudian saya berkata dalam diam. dalam nada yang paling senyap. dan hanya saya yang mendengarnya.

'biarlah orang nak kata apa pun pada aku lepas ni, biarlah mereka kata itu ini. aku mahu tetap begini' -senyum

December 24, 2012

saya nak stokin boleh?

Assalammualaikum.

saya tak nak hadiah macam orang lain.
dapat teddy bear.
dapat coklat.
dapat segala-galanya.

cuma saya nak stokin boleh? ^_^

p/s : malunya bila tahu kaki itu salah satu dari aurat perempuan. tapi yang tu paling susah nak tutup. Allah!

ENGKAU FIKIR NAMA ENGKAU PALING ATAS?

engkau rasa engkau sudah cukup hebat?
engkau angkuh dengan apa yang engkau ada
engkau fikir engkau segala tauladan, 
engkau tahu kata, tapi cermin pantul semula,
engkau fikir manusia itu seperti sampah,
engkau lupa? manusia itu punya emosi, perasaan, imaginasi?
engkau konklusikan apa yang engkau rasa sesuka hati,
engkau berbicara ikut suka,
engkau yang mana?
bukan sama sahaja?



jangan sama kan semua manusia sama seperti kau. aku rasa engkau patut tarik nafas dalam. kemudian hembus. mana tahu kau sedar? kita manusia mana ada yang sama. sempurna. jika kau sahaja yang nampak baik dan betul serta sempurna. yang mana kau rasa kau boleh maki sesuka yang kau rasa. habis kami ini apa? belum sempat pun kami kata 'aku rasa' kau sudah hentam kami bagai nak gila. mana hak kami? maksud aku hak bersuara. janganlah suka sangat hidup dalam dunia kau seorang. ni kan bumi pinjaman. kalau kau rasa diri kau sahaja yang betul. mana pergi kata kata diplomasi yang dulu kau agungkan. 'ya aku beri hak kamu' 'hak kamu untuk kata itu ini' palsu kata-kata kau. 

kau dengan kau punya diplomasi boleh  pergi jahanam. kbai.


December 15, 2012

senyum kunci kegembiraan.


'teruskan berlari, dan sentiasa positif'

bila ada orang kata 'saya makan hati dengan awak'

jangan la gopoh membenci dia atau ingin menangkan diri. tetapi cuba positif dan muhasabah diri semula.

mungkin ada yang kita buat tanpa sedar yang telah membuatkan dirinya tidak senang dengan kita.

sabar. dan senyum. mungkin ini ujian ALLAH yang kedua.

dalam hidup ini tiada benda dan perkara yang indah, kalau indah pun sekejap je.

kemudian ALLAH beri lagi ujian. sebab dia nak kita sentiasa ingati dia. 

manusia dengan masalah tak boleh larikan?

senyum ye fyka. kunci  kegembiraan kamu.

sabar ye fyka. kunci ALLAH sayang kamu.

muhasabah ye fyka. kunci untuk kamu sentiasa meningati setiap kesalahan kamu.

'bila kamu sentiasa menjadi manusia yang di benci, sebenarnya ALLAH sangat menyayangi kamu'

tahu kenapa?? kamu hanya dibenci oleh manusia biasa. manusia itupun ciptaan NYA, jadi siapa lagi berkuasa? sudah tentu ALLAH. apa sangat kebenciaan manusia yang sekecil kuman itu dibandingkan dengan sayangnya ALLAH kepada kita. -positif

fyy mokhtar.



December 14, 2012

Atmosfera positif :)

Assalammualaikum.


'hidup ni kena saling melengkapi macam teh dan kopi. lain warna dan rasa. tapi saling memerlukan. tapi teh sedap lagi' -hehehe

sedang khusyuk menaip. kemudian saya disapa lembut oleh cik roomate. sakinah menepuk bahu lantas bertanya.

'fyka ok?' 'fyka ok, nape yongg?' ' alaa, macam la kita tak baca blog dia'

beberapa hari lepas saya terima coklat pengerat ukhuwah dari cik roomate yang lagi seorang. faezah. 

'ehh kenapa ada coklat ni ' 'faezah senyum'

mungkin kita selalu bilang kita ini letih , kita ini sunyi, kita ini hiba, walhal yang ada sekeliling kita ini cukup untuk buat kita tersenyum. dan gembira. hanya dengan mereka dan semestinya ALLAH. jangan kerana sedikit salah faham segalanya dipertikai. 

'manusia ini, bila dia nampak kejahatan kecil dalam diri kita, dia akan nampak kejahatan itu lebih besar dari kebaikkan yang dibuat oleh kita'

jom ubah benda ni. sebab saya selalu berfikir. kenapa aku perlu membenci seseorang itu hanya kerana kesalahan kecil. sedang kan selama ini kebaikkan yang dilakukan bersama aku terlalu banyak. jangan benci dia, benci kejahatan dia! - bentak hati

saya di kelilingi atmosfera yang sangat tenang dan aura positif itu kembali menjadi semangat. dan saya bersyukur kerana di kelilingi dalam keadaan yang begini! AMIN YA RABB :')

December 12, 2012

saya ingkar.

Assalammualaikum.


'sesekali cuba kamu lihat, orang yang sentiasa bersedih itu punya senyuman paling manis di dunia'

perkara yang saya harapkan tidak berlaku telah pun berlaku.
kebiasaannya lepas habis kelas. saya dan kawan kawan yang lain akan makan bersama di kafe, kalau malas sangat pun. saya akan bungkus dan terus naik bilik. tapi kali ini saya jadikan rutin itu sedikit kelainan. sebab saya sedang serabut sangat. saya senyum kelat depan semua orang. untuk jaga hati kawan kawan saya, saya senyum dan kata mahu ke masjid sebentar.

'saya nangis puas-puas dalam masjid, sampai saya tertidur di situ untuk seketika, dan akhirnya tangisan itu di akhiri dengan senyuman'

saya jarang benar menangis begini kecuali untuk hal-hal tertentu, dan saya rasakan hal yang ini adakah patut saya menangis? dalam tidur pun boleh berfikir. mungkin rasa serabut sangat sampai semua perkara jadi tidak kena. lemah sungguh. walaupun hari ini terima tiga msg pujian dari kawan perempuan tidak cukup untuk buat saya senyum seperti biasa. semua nya seperti kelat. kelat. dan kelat. 

' hello ekmal, hang buat apa?' 'fyka hang nangis ke apa' 'nanti cakap lain, aku dekat masjid ni' -talian mati

talian di matikan seperti biasa. saya memang kalau bercakap dengan kawan kawan baik di perak sana, mesti  tak boleh di tahan air mata ni. habis di alirkan. sekuat mana saya cuba pendamkan kesakitan dan tangisan, sekuat itu juga kawan kawan di perak sana tahu. penipuan dan cubaan suara kegembiraan yang luar biasa pasti tidak berjaya. kerana akhirnya mereka akan kata 'hang kenapa ni fyka' . dan saya hanya mampu menangis dan matikan talian telefon seperti biasa.

'k.fyka jangan nangis, lap air mata tu' 'solat la, dah ada dekat masjid kan' 'k.fyka tak boleh :(' - berlalu pergi

kali ini saya terpaksa ingkar dengan arahan sarah yang itu walaupun apa yang dikatakan oleh sarah ada benar nya. sedih ubat nya ALLAH. dan saya ingkar. tak sempat pun nak buat solat dhuha. tahu kenapa? sebab saya tak gagah berdiri tadi. saya takut saya menangis ketika solat. memang saya tak gagah berdiri tadi saya risau jika saya solat saya rebah. saya hanya mampu dengar sarah mengaji di hujung sana. cukup untuk tenangkan saya seketika. saya baring. saya menangis. sayup sayup kedengaran sarah mengaji. kemudian saya hilang. mata terpejam.

secekal boleh saya cuba menjadi manusia tabah. dan hari ini saya gagal menjadi manusia tabah. hanya kerana sekecil masalah yang telah merebak menjadi parasit. saya letih. badan saya letih. banyak keja. saya nak habiskan sem ni, saya nak balik jumpa mak abah. mak yang paling saya sayang. 

semoga ALLAH permudahkan segala urusan kamu semua hari ini. jadilah manusia yang tabah menempuh segala ujian yang diberikan oleh-NYA. mungkin DIA rindukan kita. DIA rindukan kita menangis di atas sejadah sana :')

saya maafkan semua kesalahan kamu semua, saya harap kamu semua pun begitu :)


” la yukallifullahu nafsan illa wus’aha!”

Assalammualaikum.

” la yukallifullahu nafsan illa wus’aha!”

saya dah penat.
saya dah lelah.
saya dah nangis.
saya 'give up.

oleh itu saya menganggap ujian ini sebagai kerinduan Allah kepada saya :)

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)

p/s : saya nak tidur untuk dua jam sahaja. boleh ya? saya penat berfikir. mata saya nak pejam dah. saya tahu ALLAH datang kan pelbagai ujian untuk saya supaya saya sentiasa ingati dia. kerana saya tahu dia rindu akan suara saya merintih kepada dia. mungkin sudah jarang benar saya bangun lewat malam. mungkin ada yang saya leka. tapi saya tahu ujian ini untuk jadikan saya lebih baik dan matang dari kebiasaannya. supaya saya tahu. dia sentiasa ada di sisi. tiap masa dan ketika. tanpa perlu meminta. hanya menadah tangan. dengan aliran mutiara jernih di pipi. pelengkap kerinduan kepada ILAHI.