June 30, 2012

POHON RIMBUN.

***
jangan lah buat mak saya menangis lagi. jangan lah saya mohon. saya merayu. saya tagih. saya pinta.
saya tidak sanggup. saya menangis tidak mengapa. jangan mak saya.
saya hanya ada dia dan abah.
tolong lah :(

kalau boleh saya mahu jadi sepohon pokok yang besar. punya dahan yang kuat. daun yang merimbun. akar yang kuat dan utuh. saya mahu payungi KELUARGA saya. tetapi saya hanya sepohon pokok yang kecil, rendang, akar yang rapuh :(

saya ada simpan cita cita. saya ada simpan angan angan. saya ada simpan impian. 
tentang saya dan keluarga saya. hanya saya dan mereka.
bukan tentang kamu, tapi tentang mereka.
saya doa pada -DIA.
amin.

***
kamu tidak tahu apa apa.
kamu boleh mengata yang tidak dipinta.
kamu suka caci cela.
kamu bukan siapa siapa.
lagak seperti tahu segala.
walhal kamu manusia sampah!

fyy mokhtar.

June 23, 2012

KASAR TANGAN NYA.

Assalammualaikum sahabat alam maya , silent reader n yang dah memang kenal :D

pulang kerumah. sampai di destinasi. tiada apa yang berubah. peluk cium abah dengan mak. kemudian baru teringat nak salam. kerinduan tidak dapat dibendung.

*kasar tangan kedua orang tua ku. pasti kerja kuat.

hampir menangis ketika tiba disitu, rasa lain sedikit. bila sudah lama tidak ketemu. cuma ya. tangan yang tadi aku pegang, aku salam. aku kucup. rasa kasar benar, aku rasa seperti mahu menitiskan airmata. kuat abah dan mak kerja untuk kami adik beradik. aku mengeluh. hmm. seperti aku tidak sumbangkan apa-apa kepada mak dan abah. belajar di pahang , 7jam untuk sampai perak. jauh ke?? untuk aku yang tak pernah jauh dari abah dan mak. memang semua nya aku rasa seperti jarak berbatu batu. 

*abah, ayang rindu la dekat abah. maafkan ayang ye. mak sihat ke?

pertanyaan pertama. sememangnya kalau aku di pahang. kredit aku banyak dihabiskan untuk abah dan mak. kalau nampak aku cakap telefon lama lama. manja manja. sungguh aku katakan. aku sedang bercanda mesra dengan abah dan mak. bila dah jauh, jarak tu sebenarnya mematang kan aku. cara aku berfikir. cara aku bercakap. segalanya. untuk kesekian kali nya, result sem lepas tak menghampakan. cuma aku hanya mampu berdoa untuk semni. harap harap dapat apa yang diinginkan. tapi tidak mahu letak harapan yang tinggi. doa. tawakal. redha. tiga ni aku pegang lepas aku habis exam haritu.

*ayang jangan la bercinta ya, mak abah tak halang cuma. habis la belajar dulu. nak jugak merasa gaji anak mak.

ipoh tak banyak beza pun. sama je. tempat tempat nya tak pernah berubah pun. cuma yang berubah, dah banyak tempat belibelah. lepas beli sila belah ye. hahaha. aku tak eksaited sangat pun nak tengok semua perubahan tu. paling penting. nak jejak ke teratak kayu aku tu. maksud aku rumah aku. seharusnya muka mak dan abah dah hadap lama dalam kete. bebekas rindu ni. ohh ye. 


* ayang dapat apa pun keputusan. abah tak kisah. yang penting dah usaha. lagipun ayang tetap anak abah.

abah dan mak. ayang sangat bangga ada abah dan mak. terima kasih untuk segalanya. dari kecil sampai ke hari ni. sampai jejak kan kaki ke sana dan tiba hingga ke hari ini. kalau abah dan mak susah payah dengan tulang empat kerat tu, ayang akan cuba bagi yang terbaik untuk abah dan mak. 

p/s : aku bukan anak orang kaya macam kau semua, yang senang nak itu ini. yang mudah guna itu ini. tapi aku anak orang biasa. ada abah dan mak. keluarga. ada kasih sayang mereka pun sudah cukup. sekian

fyy mokhtar. salam dari sini.

June 10, 2012

semua tentang kita.

Assalammualaikum.

peringatan : ini adalah entri bergambar. hahaahaha. kemuntahan di tepi dan di atas adalah tangungjawab sendiri!!

entah kenapa masing masing sedih je nak balik ke kampung halaman masing masing. macam tak jumpa semula je dekat ump ni. hehehhe. *padahal dah nangis teruk aku ni. hahhahaa. sem ni lain sikit sebab macam banyak benda jadi. tapi tu tak jadi masalah. sebab aku ni kalau boleh nak kumpulkan semuanya macam sem satu. walaupun ada lainnya sikit. sayang korang semua. caya lah.


siha , Aku, wani

wani : nanti fyka dah duduk jauh. macam  mana ? kalau fyka demam susah la wani nak datang bilik fyka 
siha : fyka ni nakal. gila pun ye. ni duaorang ni nakal. hyper betul.

macam mana saya tak rindu dekat awak awak semua kalau awak semua selalu cakap macam ni? selalu caring dengan saya yang memang perangai macam budak budak ni? terima kasih sebab selalu ada. masa menangis pun korang jugak la yang kelam kabut bagi fyka tenang segala bagai. 

wani,  fyka sayang kamu. rasa macam wani kakak fyka. walaupun umur sama. masa menangis semalam. wani peluk fyka kuat. hehehehe. rasa macam sangat terjaga. wani marah diaorang, suh bawa fyka balik sekarang. sebab risau tengok fyka nangis kan? iloveyou wani. * lap hingus meleleh. srutt srutt


Sarah dan Aku

 sarah : kak fyka, kalau kak fyka jauh nanti sarah mesti rindu dekat kak fyka. sekejap ni pun dah rindu.

tipu la kalau tak rindu. tipu la kalau tak sayang. sape cakap kak fyka tak rindu? rindu, mesti rindu dekat sarah. dekat semua nanti kak fyka rindu. kawan kawan yang rapat dengan kita semua kak fyka rindu. yang lepak malam malam. yang masuk lubang pagar same same. kena kejar anjing pun ye jugak. jangan lah nangis. ye, kak fyka msg sarah nanti. bukan lama pun. tahan la rindu tu tau. tak dapat la kak fyka dengar sarah panggil kak fyka gemuk.tak dapat la kak fyka dengar sarah marah marah kak fyka suruh pergi makan. tak dapat la kak fyka dengar sarah cakap kak fyka ni macam budak kecik. hehehe. jaga diri ye. pergi sekejap, nanti jumpa lagi. bukan jauh sangat pun. beberapa negeri pun. sayang sarah * kesat air mata. sobs


Aku dan Eyuzz

eyuzzz : fyka nanti balik bagitahu tau. kita nak hantar kamu. sebab nanti rindu.

haa, yang ni lain sikit. sebab dia ni susah nak cakap rindu dengan aku. tapi dia cakap macam tu. rasa macam sebak sikit. nyampah beteeiii laa, asek asek nangis je. hihihi. eyuzz, rindu jugak la dekat kamu. jaga diri nanti ok flowless? hehehe. lepastu jangan nangis nangis. bukan lama pun tak jumpa sekejap je. nanti jumpa peluk cium tau :) love u. * sanggup dia beli tiket lambat sikit sebab nak hantar balik. why why why baik sangat semua ni? sobs


aceli dan aku

aceli : fykaaa, semua orang tanya nape kamu tak tego kite, kamu marah kite ke?? semua tanye ni

ehem ehem. sebenarnyekan aceli, sengaja je buat buat tak tegur kamu aritu sebab nak rancang sambut besday kamu. sebab tak sampai hati nak buat kawan macam tu. terus la tegur. sobs sobs. maaf ye. sebab memang dah rancang nak sambut. happy tak happy tak?? hehehe. jangan nangis nangis. jangan cepat merajuk. jangan dan jangan. ni dah jauh tak de sape nak pujuk dah :D wek.









Waktu terasa semakin berlalu 
Tinggalkan cerita tentang kita 
Akan tiada lagi kini tawamu 
Tuk hapuskan semua sepi di hati
Teringat di saat kita tertawa bersama 
Ceritakan semua tentang kita
Ada cerita tentang aku dan dia 
Dan kita bersama saat dulu kala 
Ada cerita tentang masa yang indah 
Saat kita berduka saat kita tertawa

paling di rindui. arwah. semoga tenang di sana :) doa kami mengiringi. Al-fatihah.


untuk semua yang tersayang.
 wani, eyuzz, sara, hasly, mislina, nasihah, kamilaini, aesyah, yen, ely, mimi, wani ganu,  dayah, ekin, ika, zura, wani kelate,wan aminah, kuganesh.


khaizol,hafifi hafiz, muh zhin, akram,  padil, wajie, yoi, yusrie, paan, ajim, syazrul, epul, affendi, hafizan, faiz.


dan semua yang same same susah senang. *kesat air mata. sobs.


jaga diri semua baik baik.




June 7, 2012

sudah bau Ipoh.

Assalammualaikum

lama lama duduk pahang, rasa macam bila tido pun boleh terbau ipoh. dher, rindu kemain dah ni.well aku dah 6 bulan tak pulang ke ipoh. chemor la tepat sikit. sat g hangpa kata lupa daratan pulaks. hahaha. tapi, ada lagi dua paper dan aku sedang bermalas malasan nak stdy. serious aku cakap ini adalah minggu study paling teruk. sebab tahap kemalasan aku boleh mengundang bahaya. perghh. macam karangan ayat nye punn. ahiks. padahal sem lepas lebih kurang je stdy. alhamdulillah, semalam jawab math muka berkerut-kerut sampai hilang sikit lemak dekat badan * sambil buat senaman lompat lompat. ahiks

mak : ayangg, balik cepat. along cakap tak sabar nak jumpa ayang. rindu dia kata!!
aku : ye ke mak?? cakap dekat along, ayang msg tak balas pun. tapi rindu jugak dia!!



i'm coming home. i'm coming home. i'm coming home tell the world that i'm coming home =')

saya sangat suka kehidupan yang sekarang. mak abah. setiap kali nak exam. even, setiap hari ayang call mak abah. ayang mesti akan cakap. 'iloveu' 'imissu ' 'rindu mak abah' 'sayang mak abah' , jaga diri dan semua la. bila cakap pasal exam. mak abah mesti cakap ..

* ape pun keputusan ayang. ayang tetap anak mak abah. yg penting buat yg terbaik. solat jangan tinggal!  * tak faham kenapa ayat mak macam keputusan nak kahwin, tunang ke? eyh nak tunang ke. WKAKAKAKA. cakap pasal result exam ok. kahwin hamende. single ni. * sambil makan laksa.

seriously, kalau cakap dengan mak abah mesti nangis tak ketahuan la. hahaha. saya nak balik cepat. nak balik cepattt. baru pahang, belum oversea kejadah ape semua. hahaha. saya dah jadi sangat manja dengan abah mak, lebih manja dari dulu :) dan saya happy.


tq ALLAH, betul lah. bila kita nak berubah. ALLAH akan hantar kita orang yang baik baik untuk bimbing kita.dan bila kita berubah, secara automatiknya orang sekeliling kita akan terima tempias nya. tq ALLAH! syukur.

p/s : kamu kamu dan kamu, yang tidak pernah rasa seperti celaka dahulu. kamu kamu dan kamu patut bersyukur. kerana aku pernah merasa itu. dan kini aku bersyukur. kerana perubahan sedikit ini bawa kegembiraan kepada mereka mereka yang aku sayang. 

fyy mokhtar.



June 4, 2012

demam dan exam = menangis.

Assalammualaikum.

saya demam panas dua hari. saya selimut penuh badan. tapi badan saya tak ok pun. esok saya exam. final exam. macam mana ni. saya sedih sangat, saya harap saya baca semua masuk. saya harap saya fokus esok walaupun demam. saya harap saya dapat buat yang terbaik untuk keluarga saya. saya belajar kerana ALLAH. saya dah tetapkan matlamat saya. saya redha jer dengan segalanya.

hari ini : 

saya demam teruk. rumate saya ija letakkan tuala basah dekat dahi saya. dia suapkan saya ubat. dia kejut saya minum air. sambil dia letak tuala basah dia cakap ....

* orang lain nak exam, macam mana boleh demam ni

saya nangis diam diam. terharu. :(

saya demam teruk. mak abah kol. lepastu saya nanges. saya kalau demam memamng selalu nanges. sebab saya memang macam tu. lepastu mak cakap ...

* nanti minggu depan ayang balik. mak masak kan ayang sambal tumis. ayang jangan sedih sedih. mak doakan ayang. cepat sihat tau ni mesti tak makan ubat lagi

lepas letak call, saya nangis. rindu mak abah :(

saya demam teruk. kawan baik saya datang bilik. semua la. mislina. masa tu saya tengah tidur. pagi masa tu. dia pegang dahi saya. panas. lepastu dia ambil tuala basah. dia lap badan saya. saya menangis lagi. sebab panas sangat badan. lepastu dia cakap...

* fyka tidur tau. nanti mislina datang tengok fyka ye. cepat sihat.

saya terharu. sangat.

saya demam teruk, wani merangkap kawan terpaling sayang datang bilik. dia tanya dah ok ke. dua kali dia datang bilik. sebab nak pastikan saya ok. tiapkali dia datang saya mesti tidur. hehehe..

* dia hantar msg kata fyka dah ok? 

saya sayang awak :(

saya demam teruk, adek sarah * sayang awak. terima kasih bagi surat cinta. dua kali datang. siap bagi msg tanya ok ke tak. selagi tak ok. selagi tu la dia msg supaya cepat sihat apa semua. sarah, kak fyka sayang kamu :(
dalam surat cinta sarah tu. dia cakap...

* kak fyka jangan lupa 24434 - solat 5 waktu, 
* berani berkorban dan berubah kejayaan adalah ganjarannya..

banyak lagi pesanan dia, tapi tak mampu nak taip pepanjang. nangis taip ni :(

saya demam teruk, aceli , eyuzz, wani, dan AWAK bawak saya pergi makan mcd. masa ni diaorang tahu kalau demam je. saya mesti nak makan bubur ayam. .

* eyuzz kata, makan tak habis, nanti macam mana nak sihatt
* aceli kata makan ubat, jangan tdo lewat. cepat sihat.

ok kenapa asek nak nangis ni. sobs

dapat banyak msg dari kawan kawan. ya ALLAH rasa macam sedih sangat. ok nangis lagi. terima kasih kawan kawan yang doakan tu. doakan fyka boleh jawab exam. 



p/s :  AWAK, maafkan saya :(  SAYA PESALAH.