mesti tekujat kan , kenapa aku yang suka buat entri jiwang melara bila baca pun air hingus kuaqq tetiba buat entri seram bagai. ini contest dari syaf, dan aku telah di tag oleh feeza meroyan. dah lama tak join contest cenggini eksaitedd rasenye. nak naipp pun rase geli-geli je dekat jari jemari. ahakss~~
cerita seram geli satu :
kalau nak tahu , aku ni first time duduk jauh dari family. kiranya aku study jauh la jugak dari negeri aku. pui pui pui. aku study dekat pahang je pun. rumah aku tudiaaaaaaaa dekat perak. jauh ok untuk orang secomel aku melangkahkan kaki. korang ape tahu. wek. sebenarnya kalau korang nak tahu kejadian ni baru jer berlaku dua hari lepas. masih tersemat dalam ingatanku.
masa tu nak subuh dah, pukul 6 lebih cam gitu. entah kenapa perut aku masa tu boleh meragam tak tentu pasal . nak ke tandas malas sangat, kalau boleh aku nak membuang dekat tepi tilam je. tapi fikir balik malas jerr, nanti kena basuh cuci bagai. lalalalala~ jadi aku buka mata aku pelan-pelan dan masa tu aku tengok rumate aku tidoq kemain lena. so, tanpa melengah kan masa dah memang tak boleh handle sangat dah rasanya. aku bingkas bangun dan terus menuju ke tandas yang berdekatan.
lepas selesai segala proses, aku terus masuk bilik. tetibe aku tengok rumate yang katil atas aku tu. duduk statik. tak bergerak. jadah ape woiii tetibe duduk statik jerk. sebelum aku keluar tu dia tidoq lena. ni ape hal tetibe duduk statik. masa tu aku dah fikir bukan bukan. takut dah sangat . meremang segala bulu yang ada dekat badan. aku buat tak tahu jer dengan dia, terus lompat atas katil. aku pejam mata padat padat. dengan berkata dalam hati
' tak pela JOYAH (bukan nama sebenar), hang nak statik ke berdiri ke hape. esok je la tanya'
krohhhhhhhhhhhhhhh
esok tu aku tanya si JOYAH (bukan nama sebenar), kenapa JOYAH (bukan nama sebenar) tetibe bangun gitu ? jawapan nye entah. tak lama lepastu aku cite dekat rumate aku lagi sorang, dia kata si JOYAH memang suka ngigau. beragak la nak ngigau tetibe bangun. nasib baik i ni kuat iman * muka suci.
cerita seram geli geli dua :
' duduk bilik diam diam jangan keluaq ada orang minyak'
sumpahan orang minyak? bukan bukan. ni dialog paling femes antara awal bulan lepas. kecoh dekat tempat study aku ni kata ada orang minyak bagai. woi takut ok. ye la orang minyak kan rogol orang. takut sangat. malam tu sebenarnya, ada satu pengemuman yang di buat dekat kolej kediaman aku ini. kata di minta siswi jangan kuaq bilik, sebab di khuatiri ada lelaki yang tidak dikenali masuk kediaman siswi. so aku dengan rumate aku semua ni. duduk je la dalam bilik. nak keluar pun kemain takut. berteman bagai siap kalau ada orang ketuk pintu siap interview dari dalam lagi.
semua pakat takut malam tu. so macam kena kuaranntin la kan. sebab tak boleh keluar bilik ape semua. tak lama lepastu dah pukul 12 tengah malam cam gitu. tetiba ade ornag ketuk pintu. macam biasa kitaorang akan tanya soalan soalan untuk tahu sape yang dekat luar pintu tu. yang rumate aku lagi sorang SENAH ( bukan nama sebenar) ngintai la dekat celah pintu kot kot boleh nampak sapadia yang ketuk pintu without bagi salam tu. lepastu SENAH ( bukan nama sebenar) terus kata dekat aku dengan muka serius.
' woi tapak kaki dia besor, jangan bukak !! ni mesti lelaki tu " -muka ketat
aku terus deborrrr. takut dah. tapi aku pelik, takkan tengok kaki jer dah tahu tu lelaki ke perempuan. amboi, kalau perempuan tu badan chubby tak ke kaki dia pun besor? so, aku assume untuk tanya semula dekat pintu. sape tu? lepas tu orang yang dekat depan pintu tu jawab. ni KIAH (bukan nama sebenar).
T__T
so kepada SENAH ( bukan nama sebenar) sila lah minta maaf kepada KIAH ( bukan nama sebenar) hang dah la kata tapak kaki dia besor. dia perempuann woiii!!
tapi esok tu kawan kawan semua pakat dok cerita la, yang memang ada orang minyak. budak lelaki yang kejar orang minyak tu pun kata cam gitu. diaorang kata tu orang minyak sebab nampak orang minyak tu berlari-lari atas bumbung. kalau fikir logik mana ade manusia yang boleh berlari lari atas bumbung tengah tengah malam kan. so aku ni pun percaya je la.
esoknye lagi , dari sumber yang boleh dipercayai, sebenarnya bukan orang minyak yang berlari-lari tu. sebenarnya ada orang india yang masuk kolej kediaman kitaorang. dia telah meninggalkan seliper dia di tempat dia panjat bumbung tu. amboi macam sinderellaaa. tinggal seliper bagai.
orang minyak = orang india?
beza tu woi. tak baik dah ni. isu perkauman betoi. har3
tq tu je dari aku.
p/s : sebenarnya aku tak pernah alami papepun cerita seram. aku pun bersyukur sangat aku tak alami benda benda pelik. semoga ALLAH SWT lindungi aku :)
TAG :





