Assalammualaikum sahabat alam maya , silent reader n yang dah memang kenal :D
pulang kerumah. sampai di destinasi. tiada apa yang berubah. peluk cium abah dengan mak. kemudian baru teringat nak salam. kerinduan tidak dapat dibendung.
*kasar tangan kedua orang tua ku. pasti kerja kuat.
hampir menangis ketika tiba disitu, rasa lain sedikit. bila sudah lama tidak ketemu. cuma ya. tangan yang tadi aku pegang, aku salam. aku kucup. rasa kasar benar, aku rasa seperti mahu menitiskan airmata. kuat abah dan mak kerja untuk kami adik beradik. aku mengeluh. hmm. seperti aku tidak sumbangkan apa-apa kepada mak dan abah. belajar di pahang , 7jam untuk sampai perak. jauh ke?? untuk aku yang tak pernah jauh dari abah dan mak. memang semua nya aku rasa seperti jarak berbatu batu.
*abah, ayang rindu la dekat abah. maafkan ayang ye. mak sihat ke?
pertanyaan pertama. sememangnya kalau aku di pahang. kredit aku banyak dihabiskan untuk abah dan mak. kalau nampak aku cakap telefon lama lama. manja manja. sungguh aku katakan. aku sedang bercanda mesra dengan abah dan mak. bila dah jauh, jarak tu sebenarnya mematang kan aku. cara aku berfikir. cara aku bercakap. segalanya. untuk kesekian kali nya, result sem lepas tak menghampakan. cuma aku hanya mampu berdoa untuk semni. harap harap dapat apa yang diinginkan. tapi tidak mahu letak harapan yang tinggi. doa. tawakal. redha. tiga ni aku pegang lepas aku habis exam haritu.
*ayang jangan la bercinta ya, mak abah tak halang cuma. habis la belajar dulu. nak jugak merasa gaji anak mak.
ipoh tak banyak beza pun. sama je. tempat tempat nya tak pernah berubah pun. cuma yang berubah, dah banyak tempat belibelah. lepas beli sila belah ye. hahaha. aku tak eksaited sangat pun nak tengok semua perubahan tu. paling penting. nak jejak ke teratak kayu aku tu. maksud aku rumah aku. seharusnya muka mak dan abah dah hadap lama dalam kete. bebekas rindu ni. ohh ye.
* ayang dapat apa pun keputusan. abah tak kisah. yang penting dah usaha. lagipun ayang tetap anak abah.
abah dan mak. ayang sangat bangga ada abah dan mak. terima kasih untuk segalanya. dari kecil sampai ke hari ni. sampai jejak kan kaki ke sana dan tiba hingga ke hari ini. kalau abah dan mak susah payah dengan tulang empat kerat tu, ayang akan cuba bagi yang terbaik untuk abah dan mak.
p/s : aku bukan anak orang kaya macam kau semua, yang senang nak itu ini. yang mudah guna itu ini. tapi aku anak orang biasa. ada abah dan mak. keluarga. ada kasih sayang mereka pun sudah cukup. sekian
fyy mokhtar. salam dari sini.



6 comments:
fyka ni macam kawan ss sorang kat sini. hari2 call mak dia. pastu borak2, gelak2 tetiba boleh nangis sbb rindu. yela orang kesayangan jauh di mata kan.. hehe.. jaga mereka selagi ada ya ;)
be strong, fyka :) belajar jauh2 buat kita matang, buat kita lebih pham pengorbanan mak ayah. dok dekat2, rasa mcm terkong2 n xboleh pk semua tu kan? :)
ss : ye ahdek. ahkak selalu macam ni la dekatg ump. hehehe. lepas cakap sikit terus rindu balik. hahaha
akmar azmi : yeah. that's true. sedang berfikir jugak sebenarnya. kalau dekat mungkin rindu tu kurang, jauh ni pun ah rindu kemain :) thanks awk !!
dugaan belaja mmg cmtu..selalu rase homesick kan? same la cam mira.hehe
hehhee. terlalu homesick problemo jugak. hahahaha
Post a Comment