bismillahhirrahmannirrahim. assalammualaikum :)
aku menulis dengan hati berdebar kerana itu yang selayaknya aku lakukan sekarang. kalau sudah jauh dari family memang aku rasakan kawan yang paling dekat dengan aku. kredit telefon habis aku guna kan untuk telefon mak dan abah. mengalah kan belajar di luar negara kan?? tapi memang itu yang aku lakukan setiap hari. kalau boleh mahu telefon setiap satu saat dan mahu berbual lama dengan mak dan abah. dan seperti biasa perkara yang selalu aku tanya kepada kedua orang tua aku ' rindu ayang tak? ' dan aku akan menunggu balasan rindu mereka dengan senyuman. malah, mereka lah kekasih aku yang azali sekarang. kalau dahulu aku rasakan sayang aku kepada mereka terabai, bila dah jauh ni sayang tu bertambah. biasa la jiwa muda mudi dahulu kala, pakwe jadi keutamaan. sekarang apa-apa pun mesti mak dan abah. mak dan abah, ayang sayang sangat sangat.
terlanjur bercerita panjang hari ini nak luah kan sikit apa yang rasa dan telah lama tersimpan dalam hati mungkin untuk beberapa hari ini, maaf la ya, aku tahu tak ramai yang baca blog aku tapi aku rasa menulis di alam maya sudah sinonim dengan aku. sejak akhir ni, kawan kawan kampus di pahang ini sering suruh aku lakukan istikharah. mereka kata , mereka mahu lihat aku bahagia. ohh lupa aku mahu nyatakan yang aku bersyukur kerana punya kawan kawan yang sangat ambil berat tentang aku. bertuah punya mereka.
balik kepada istikharah, patutkah aku lakukan istikharah sekarang?? hmm. kalau di ikutkan hati separuh jiwa mengatakan ya, separuh jwa mengatakan tidak. bagaimana?? perlukah?? kalau anda semua punya sepuluh pilihan di depan mata? sepuluh jejaka yang baik, alim, yang boleh menjaga kamu, siapa yang harus kamu pilih?? orang kata sedar diri sebab aku tahu aku bukan perempuan alim bertudung labuh. tetapi aku sedang berubah ke arah yang lebih baik :) dari free hair dan bertudung insyaAllah akan aku kekalkan.
siapa sahaja jodoh aku, aku terima dengan rela hati. dengan senang hati. tak payah handsome pun tak pe. janji hati tu agama tu dan boleh buat aku ni senyum selalu :)
siapa sahaja jodoh aku, aku terima dengan rela hati. dengan senang hati. tak payah handsome pun tak pe. janji hati tu agama tu dan boleh buat aku ni senyum selalu :)
tetapkan pendirian aku ya ALLAH :)
mak abah, kawan kawan di perak, kawan kawan di ump pahang, kawan kawan blogger :)
thanks sebab banyak nasihat.
arjuna : ' awak, perempuan solehah kena banyak bersabar tau, nak jadi perempuan solehah tak?? '
i should call my mom right now :D
i should call my mom right now :D




