September 27, 2011

tuntutan.

assalammualaikum.

makhota band - terakhir

semua mungkin akan cakap, kau nampak tabah. kau nampak ceria. kau nampak menarik.

hati sendiri berkata :

mudah manusia berkata begitu sedangkan hakikatnya hanya tuan badan yang tahu.
mudah mereka memperkotak-katik kan hati wanita. bukan mahu jadi insan yang suka meraih simpati. tapi realiti nya.

'saya shafika, seorang yang sangat sensitif'


sehingga ada yang kata aku seorang yang manja., dan mempersoalkan kenapa perempuan berumur 20 tahun punya sifat yang wajib diperolehi perempuan yang berumur 10 tahun ke bawah.

tidak, ini memang sifat aku. aku memang suka begitu. kenapa manusia ingin menjadi manusia lain apabila berada di negeri orang lain?? jadi diri sendiri tidak boleh??  tahu berkata bila sudah terpalit pada diri sendiri baru kau tahu.

di sebabkan aku terasa tekanan itu. aku telahpun deactive mukabuku. 
itu hanya sementara.
lepas semua ini hilang. aku akan kembali.
rindu kawan blogger yang lain.

'fyy jangan deactive fb lama sangat"



kawan pahang tidak sama seperti kawan perak.
tapi mereka merupakan
kekuatan baru.

p/s : aku rindukan seseorang yang tidak mungkin aku dapat.

September 26, 2011

tidak boleh.



Saya nak senyum tapi saya tidak boleh :(
  

September 25, 2011

menangis bukan jalan pintas.

Assalammualaikum.


peterpan - semua tentang kita


‘along excident’


maifuza mokhtar

Dah sampai Pahang semua benda pun jadi.  Jujur aku katakan aku tak pernah berjauh dari family. Kira sepanjang aku masih bernafas ni aku tak pernah berenggang dengan family aku. Benda-benda macam ni yang aku takut sebenarnya. Aku takut aku tak de disamping keluarga aku bila mereka memerlukan aku.

Menangis bukan jalan pintas

Semalam aku menangis. Menangis sebab sedih. Aktiviti yang dijalan dekat universitti ney pun aku rasa macam dah tak  best. Masa aku tengah sedih semalam, aku cuba call kakak angkat aku. Kak naqiah dia juga yang bagi semangat. Ohh terima kasih. Terima kasih juga kepada kawan tersayang liyana zakaria yang sibuk message aku Tanya aku ok ke tidak. Terima kasih abg naz zan sebab bagi nasihat yang panjang lebar sampai ada entri. Terima kasih untuk feeza macho sebab angkat juga call aku walaupun dia tengah busy. Sygg kau. Kawan-kawan satu university yang turut risau sampai sanggup turun bilik dari tingkat tiga tu juga terima kasih. Terima kasih dekat sape sape yang text dekat fb and phone. Sorry memang tak larat nak reply. Dan kepada  awak, terima kasih juga untuk kekuatan. Kembali senyum.

Betul lah orang kata bila kita dalam kesedihan  hanya dengan berdialog dengan  ALLAH sahaja yang mampu menenangkan kita.  Doa itu penting. Masa macam ni juga kita akan sedar sape kawan dan sape lawan.

Bila kita mula kembali senyum bila kita tahu ramai yang sayang kan kita dalam tidak sedar. Syukur


with love 
fyy mokhtar :)

September 23, 2011

langit biru jadi hitam.

Assalammualaikum.

St12 – jangan pernah berubah

Hari ini awak boleh kata awak sayang saya
Esoknya awak telah pun membenci saya
Hari ini awak kata awak cinta saya
Esoknya awak telah pun pergi meninggalkan saya

Sebentar sahaja. Tapi itu bukan penyebab nya. Manusia berubah kerana sudah bosan sudah rasa perasaan yang berada di dalam hatinya sudah hilang. Sudah pergi. Sudah tidak sanggup menunggu insan yang di tunggu lama-lama.

‘Saya sayang awak. Jika awak hilang saya akan cari awak sehingga saya jumpa awak semula dan saat itu akan saya bisik kan semula “saya cintakan awak”’

Pernah dengar ayat keramat?? Percaya lah. Manusia itu sedang menipu diri awak. Dusta di hadapan awak tanpa awak ketahui. Atau awak sudah tahu???  Cuba fikir mungkin kah ada manusia seperti itu?? mungkin ada, tapi segelintir sahaja. Atau memang tiada langsung?? Jangan dusta perasaan yang kau pernah rasa, percaya lah perasaan kau dahulu sebelum kau percaya perasaan manusia lain. Perasaan jangan dipaksa. Paksa diri untuk kenal dunia dahulu.
                           
 ‘ Tinggalkan saya jika awak ingin permainkan saya’

Berani berkata begitu?? Kau memang hebat. Kita sebagai manusia harus berani mengambil risiko walaupun risiko itu kita tidak tahu baik buruk nya. Tapi bagi aku tidak salah kalau dalam hal sebegini. Awak tidak rugi awak tinggalkan seseorang yang awak rasa tidak berbaloi dalam hidup awak. Allah itu maha adil, percayalah. Dia akan temukan awak dengan pendamping yang lebih setia.

Hati jangan kau menangis lagi, hati jangan kau luluh lagi.



Fyy mokhtar.

September 22, 2011

ini karma.


Assalammualaikum.

Karma ini sering terpalit pada diri aku, mungkin ada yang tidak percaya. Entah kenapa aku sering punya satu perasaan di mana aku ingin rasa di sayangi seperti insan lain.

Ya allah bantu hamba mu.

Adil kah bagi aku, mencintai seseorang dalam diam tanpa aku sedar yang mungkin semua ini tidak akan terjadi.

Dia mungkin sama tapi bukan orang yang sama. Perwatakan. Gaya. Cara. Renungan. Aku rasa kan ini tidak adil. Kenapa harus semua nya berlaku di dalam masa yang sama, di saat aku sudah bersedia untuk menjadi seorang individu yang berani berdiri di atas muka bumi ini tanpa seorang lelaki. Adilkah??

Kenapa harus perasaan ini hadir??
Aku tidak mahu. Tidak adil bagi nya. Dan semestinya tidak bagi aku.


fyy mokhtar :)

Ya allah izinkan aku mencintai dia, jika engkau izin kan perasaan ini berada di dalam diri ini. 


blogger baru :
http://aidasyafiqa.blogspot.com/

September 20, 2011

pusing dunia.

Assalammualaikum.

Semakin hari di negeri orang semakin mendewasa kan diri yang serba kekurangan ini. Mula bergaul dan mengenali dengan pelbagai ragam manusia. Mungkin semuanya tidak seperti yang aku harapkan.  Aku masih lagi mencari adakah ini hala tuju yang aku mahu, bersendirian . melihat awan yang berarak tanpa hala tuju,  aku diam.

Tidak semua manusia sempurna.

Bila kita tidak tegur orang, mudah mereka kata kan kita ini sombong. Bila kita mula lantang bersuara mereka mula buat cerita yang kita ini terlalu banyak memperkatakan hal yang tidak sepatutnya. Manusia di atas muka bumi ini hanya tahu menilai luaran , tapi dalaman nya. Adakah mereka tahu?? Adakah mereka punya mata batin yang bisa melihat dalaman seseorang  tanpa mereka ketahui reality yang sebenarnya??

Cantik luar cantik dalam.

* Ya allah, aku semakin rindu kepada mu. Dan rindu ini tidak dapat aku cantas. Seperti rindu           kepada manusia.

September 16, 2011

terus melangkah.

Background music  : menghapus jejakmu - peterpan

Assalammualaikum.

Bila kita punya masalah. Kita mula rasa sedih, mula rasa kenapa perkara ni terjadi dalam hidup aku. Kenapa tidak jadi pada orang lain?? Simple. Ini karma. Terpalit pada dahi kau semula dan pada masa itu kau jangan sibuk kata dan monolog dalaman kenapa semua ini harus terjadi. Dan apa yang terjadi pasti bersebab. Tapi jika kau seorang yang setia dan kau ditinggalkan oleh sesiapa sahaja yang pernah ada dalam hidup kau. Itu bukan masalah kau, itu bukan karma kau. Tapi itu masalah dia dengan tuhan. Kau percaya?? Jika dia buat kau sekali akibat yang dia akan terima lebih dari apa yang kau rasa.


single is not a status :)




hello im fyy mokhtar.


joker face.













September 13, 2011

dongak langit.

Assalammualaikum,

subuh.


Subuh sangat indah. Kali ini tidak mahu pejam mata lagi. Mahu menaip dalam suasana yang dingin dan terasa mahu kan kesunyian ini hilang dalam subuh dingin. Menaip dalam suasana gelap sambil lampu tertutup supaya tiada sesiapa pun yang boleh hadir dan menampak kan diri ini yang sedang mengalirkan air mata jernih tanpa diri sendiri sedari.

Mendongak ke langit dan masih terfikir masih adakah ruang dan masa untuk aku lakukan ini. Masih adakah insan yang sudi menjadi seseorang dalam hidup ini. Seseorang yang bisa aku katakan dia seorang yang rapat dengan aku. Yang boleh berkongsi segla duka, gembira, kaasih, sayang, rindu. Ya aku mahu itu. Perasaan yang telah aku buang jauh, kini kembali dalam diam. Mahu menolak atau lebih tepat aku katakan padam kan sahaja perasaan itu. 

Takut dengan rasa yang dahulu kini telah kembali. Aku diam membisu.
Realitinya, aku tidak mahukannya. Perasaan tolong pergi. Jangan pernah kau hinggap di ruang ini. Walau kau Cuma mahu datang sebentar. Aku tidak mahu.

Semalam lepas class datang seorang lelaki bersama dengan sekuntum senyuman.

‘ hye fyka. Sesat ke??’

Mane entah dia tahu nama. Entah ada terpahat di dahi atau tidak. Saya tidak balas senyuman dan pertanyaan itu. Saya cepatkan perjalanan. Hilang dalam kekaburan.

p/s : saya penakut lelaki. 

September 11, 2011

lewat petang.

Assalammualaikum.

Lewat petang.

Duduk berseorangan di dalam bilik, mungkin sudah menjadi rutin. Jangan salah sangka. Bukan mahu menjadi  anti-sosial atau apa sahaja. Cuma mahu privasi kali ini untuk update blog lebih terjaga.

Sudah lama tidak cerita tentang kehidupan diri sendiri. Masih mahu mendongak ke langit dan mahu bernafas di atas bumi yang nyata ini. Teringat kan mak dan abah yang berada di perak. Sedang kan anak perempuan nya berada seorang diri di pahang. Hello pahang , saya orang baru di sini.

Baru dua minggu lebih kalau tak salah saya, saya telah berada di pahang. Jumpa ramai orang. Tapi paling tertarik dengan loghat negeri masing-masing. Kawan bilik saya orang terengganu dan melaka. Gaya percakapan saya pun sudah berubah sedikit. Alaaa. Nanti kalau balik perak mesti ada yang bahan sampai muka nak benam dalam tanah. Hahahhaa.
Setiap hari pun saya cuba sesuai kan diri dengan keadaan di pahang. Panas di sini. Cuaca tidak menentu. Saya rindu mak dan abah. Hampir setiap malam saya mahu on call dengan mak. Tapi selalu tidak sempat busy di sini. Entah pape je kan?? Tak nak la nanti orang kata ‘anak melupakan ibubapa nya’ . mak dan abah, ayang rindu.

Perubahan demi perubahan berlaku. Kalau dahulu tidak bertudung sekarang sudah mula bertudung. Sedikit demi sedikit saya cuba berubah. Ada orang kata ‘jangan kenang kisah lalu, biarkan ia pergi’ alhamdulillah saya telah berani dengan segala situasi. Semakin matang dalam mengharungi hidup ini. Dialog di antara saya dengan abah akan terpahat sampai bila-bila dalam ingatan

Ayang : abah, nanti sampai pahang nak pakai tudung ke tidak??
Abah : kamu kan islam . pakai lah tudung.

Terima kasih abah. Assalammualaikum.

Fyy mokhtar.



p/s : jangan fikir jika kamu tidak punya pasangan kamu sunyi. ingat bila kamu berseorang kamu tidak akan kesunyian. kerana ada DIA yang menjaga kamu :)

September 9, 2011

perasaan.

assalammualaikum

Kita pernah rasa sayang pada seseorang yang kita baru kenal. Walaupun kita baru sahaja mengenalinya. Kadang-lkadang kita tidak sedar bahawa si dia adalah milik kita. Puas dia memberi pelbagai cara untuk lebih dekat dengan kita tetapi banyak alasan juga kita beri. Malah ada yang kadang-kadang sanggup berterus terang tentang perasaan nya kepada kita. Kita bukan manusia yang boleh sewenang-wenang nya menerima individu di dalam hidup kita. Bukan seperti buah yang hanya boleh di petik sesuka hati. Perasaan indah hanya untuk seseorang yang indah. Indah bukan dari paras rupa. Tapi dari segi peribadi nya. Dari segi tutur katanya. Bagaimana kita mahu menjdai dan mempunyai dan memilih individu di dalam hidup kita sedang kan kita sendiri tidak tahu sama ada dia benar milik kita. Tidak kira lah. Sama ada dia adalah individu yang sekrang ini telah lama bertakhta dalam hati kita atau pun baru sahaja menjadi sesuatu dalam hidup kita. Cuba fikir? Yang sudah punya hubungan yang lama juga boleh berpissah inikan yang baru sahaja.
Kalau aku di beri pilihan, aku mahu menunggu apa sahaja yang telah di tentukan oleh ALLAH untuk aku. Kerana, bagi aku segala yang telah di tentukan oleh NYA semuanya terbaik.

Bercinta dengan islam.

Lewat.

Assalammualaikum.

Sudah tepat pukul 1.17 pagi sekarang. Aku masih tidak tidur. Risau kan rakan-rakan yang berada di sana. Sudah ada yang mula kecundang. Sering kali mereka pesan dan ada yang masih lagi tidak jemu nasihat.

Kepada Kawan :

aku harap kau bersabar di sana. Jangan runsing kerana setiap yang terjadi pasti bersebab. Mungkin dia bukan jodoh kau. Cuba kau muhasabah diri semula. Fikir kan kenapa perkara sebegini terjadi. Mungkin petunjuk?? Aku pernah melalui nya. Kau tabah bukan?? Nanti aku balik kita peluk cium ok??

Salam sayang, fyy mokhtar.

entri lama. mungkin kau patut baca ini kawan :)
tekan dekat link di bawah.


KAWAN JANGAN.


BILA SI POLAN MULA BERI NASIHAT


September 8, 2011

pesan.

Assalammualaikum.

Malam sahabat dan teman.

Satu pesanan  dari mak tersayang :

 nanti ayang balik sini mak nak tengok ayang gemok. makan biar banyak sikit!

Jawapan pesanan :

Kepada ibu tersayang maaf kerana lewat akhir ini anakmu tidak sempat menjawab panggilan telefon mu dan balasan pesanan dari mu. tetapi percaya lah anakmu di sini sihat sahaja. bukan jauh mana. Pahang dengan perak dekat sahaja bukan?? Pertama kali melihat air mata mak mengalir, mungkin air mata kegembiraan kerana menghantar anaknya yang tidak pernah berada jauh dari keluarga. Air mata yang berbeza dengan air mata sebelum ini. Sayang itu masih kuat. Biar jauh mana kita, pesanan mak tak pernah aku lupakan.

gambar lewat ini :


p/s : mungkin selepas ini entri akan lebih kepada personal life. boleh macam tu?? hehhee