June 29, 2011

JATUH.


fyy mokhtar

Aku berjalan.
Berjalan tanpa henti.
Sampai satu saat.
Sampai satu ketika.
Aku takut untuk berdiri semula. 
jatuh bukan bererti malu.
jatuh bukan bererti aku kalah.
Aku tunduk ke bumi.
Kerana takut.
Kerana ini realiti nya.
Realiti di mana. 
Dimana aku telah jatuh longkang masa ontheway datang kerja.
demmmmmmmmmmmmmmmm!
T___________T

June 27, 2011

Sebab CUTI yang TAK BOLE BLAH.


ASSALAMMUALAIKUM.

Semoga hari ni semua sehat belaka la hendaknya. Semalam ade seorang blogger perempuan ni dia ni  rapat la dengan aku, dia tanya bila aku nak update entri pasal ABAH aku. dia cakap entri  pasal abah aku lagi best. Kuangg asam pedas betul. Dia kata la kan bukan aku yang kata bukan juga orang lain yang kata tapi dia yang kata!  sejak akhir-akhir ni aku asek update entri pasal perasaan je. Ye la dek, mane ahkak tak update pasal perasaan dah jiwa ahkak tengah bergelora. Muntahhhh~ 
Kiranya entri aku yang sebelum ni tak best la ye ?? 
sentap tau gegel. Ahaks~

Ok, tadi aku check email. Lepas check email tu aku pun fax la borang permohonan cuti staf aku yang lagi satu. Sebab itu memang kerja aku. fax mengefax ni memang aku suka la kan. Lepas dah fax tu aku simpan dalam satu fail. Tetiba aku terjumpa la satu borang permohonan cuti doctor kat tempat yang aku kerja ni. Kira macam adil la, kalau doctor nak cuti pun dia buat borang permohonan dan kalau staf nak cuti pun kena buat borang permohonan juga. 
Kamon la wey, benda basic kan takkan tak tahu.

Nak tahu ape alasan doctor aku nak cuti??

Nama :

Doctor sipolan b. sipolan

Tujuan pengambilan cuti :

MENENANGKAN FIKIRAN

Mase aku baca tujuan doktor aku tu nak cuti aku rase macam nak smack down je dia. Hehehhe. Tapi nasib baikk dia boss kat sini. Doctor sila la guna alasan lain ok.

P/s : selamat hari jadi doctor untuk semalam. Terima kasih untuk isteri doctor yang bagi saya makan spegeti dengan kek coklat tu. Sedap ok!!

June 26, 2011

semalam ahkak nampak FAIZAL TAHIR.

ASSALAMMUALAIKUM.

Semalam kan sabtu?? Memang la sabtu tak kana had pulak kan. Kalau sabtu memang aku tak lekat kat rumah. Aku akan kuar dengan kawan aku. ye la ahkak kan tak de pakwe. Sobs. Jum la kapel woi. Hahahha. Disebabkan ipoh ni tempat yang best adalah lokasi yang same. Jadi tiap-tiap sabtu memang korang akan Nampak aku di tempat yang sama. Cuma  jangan terkejut pulak. Ye la ingat aku hantu ke. Tapi memang ipoh tempat tu je yang ade. 
Alaaaa demmm nya!!


pejal tahir 

Semalam ahkak jumpe faizal tahir. Bukan seorang. Tapi ramai orangg!!! 
Ahkak terkesima ok tengok ramai sangat si pejal tahir lalu lalang je depan ahkak. Nak cakap hensem pun ade. Tapi tu la. Ahkak tertipu ok. 
Ahkak tak tahu la kalau ahkak seorang je tertipu atau kawan ahkak lagi duaorang pun tertipu. Tapi yang pelik ade sorang pejal tahir ney tegedik-gedik  kat tempat yang ahkak lepak. Tegedik-gedik dengan seorang adek gegel ney. 
Boboi tak suke tau!! Adek gegel tu pegang anak patung anjing mainan ok dalam shopping complex.
Anak patung ke ape ahkak tak perasan. 
Pelik ahkak. Wakkakakakaka~

Sebenarnya semalam ramai sangat lelaki pakai spek mata hitam dalam shopping complex. Pelik sangat. Ape yang panas dalam shopping complex pun tak tahu la. Sebab tu ahkak tengok macam pejal tahir :D. 
kepada tempat wayang yang ahkak tengok cite KL GANGSTER semalam sila wat laluan VIP untuk ahkak. Sebab semalam ahkak hampir tersepit di celah pintu sebab ramai sangat orang. Terima kasih juga kepada kawan ahkak iaitu peah dan kiah yang tinggalkan ahkak sambil bawak air minuman. 
Lemas ok !! :D

Dear bestfriend, thanks for everything.
Much love. Fyy mokhtar :)

p/s : sorri la bosan sangat ni. Sesiapa ada nombor aku sila msg dan call :D

June 24, 2011

SETENGAH TAHUN.

ASSALAMMUALAIKUM~

Genap enam bulan aku berdiri sebagai shafika mokhtar. Sebagai seorang yang berdikari. Sebagai seorang perempuan yang tidak punya adam di sisi. Ramai yang tertanya-tanya adakah aku tidak punya rasa ingin bercinta. Tipu kalau aku katakan aku tidak punya rasa sebegitu. Cuma aku perlu masa.

Dalam masa enam bulan ini, pelbagai ragam manusia yang aku kenal. Ada yang baru kenal aku tiga bulan dah ajak kahwin. Bila fikir balik, rasa macam lawak. tapi itulah realitinya. Ramai yang menunggu tapi aku abaikan mereka begitu sahaja. Tidak punya perasaan mungkin. Dulu ada yang kenal aku sebulan pun ajak aku kahwin , katanya takut aku terlepas di tangan orang lain. Aku bukan milik sesiapa. Aku hanya menunggu insan  yang bergelar adam yang benar-benar dapat menjaga hati ini . Lagipun aku terlalu muda untuk terikat dengan sesiapa.


Aku 20 tahun. Usia mematang kan aku. Baik dari segi percintaan mahupun dalam berkawan.

Semalam :

Kawan : Fyy dah lame tak jumpa kau, mata kau semakin bulat :)

Aku : rindu kau :)






p/s : bagi aku kawan dan keluarga aku adalah segala-galanya sekarang.

Kau mahu aku. kau harus berdepan dengan kenyataan.

June 23, 2011

SERONOK NYA SYGG PELUKKK !!!

Assalammualaikum~

Hai sehat kah semua??  Bosannya hari ni. Jum couple?? Tetiba pulak kan. Hahahahhaa.  Kenape entri macam gatal je kan, jangan salah faham ok. Aku saje buat tajuk entri cam tu, kalau tak korang mesti tak nak bace kan,  sentap ok :D hehhehee. Lagipun tajuk entri memang ada kaitan dengan apa yang aku nak share dengan semua orang hari ni. Apa yang aku nak focus hari ini adalah pasal PELUK. Entri ni untuk pasangan suami isteri. Kalau sesiapa yang belum kahwin nak bace pun boleh. 
Tapi praktis lepas kahwin tau :)

Semua nak tahu tak kalau suami memeluk isteri sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan memanjangkan umur si suami! Fakta ni boleh dipercayai sebab penyelidikan yang telah dijalan kan di jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan kasih sayang.
Kalau suami memeluk si isteri, tubuh akan mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorphin yang baik untuk kesihatan. Hormon ni merupakan sejenis kimia semulajadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan KERESAHAN.  Contohnya mcam ni.

Contoh situasi : Sedang  gaduh

Suami : Yanggggg, awak ni asik masak makanan yang same jer hari-hari?!!!

Isteri : ( cepat cepat lari dan peluk suami supaya suami hilang marah. )

Suami : ok best =,=’

Selain itu, Kajian dekat amerika pun ada menyatakan yang kalau suami kerap memeluk isteri  akan mengurangkan kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Jadi kalau rase nak isteri yang fit dan kekal sihat nanti sila –sila lah peluk isteri masing-masing ok. Mesti terbaik punyaa laaa. Alaa, suami pun mesti suka bab-bab peluk ni. Wakakkaakaka

Jadi disini, aku cadang kan korang semua praktis lah peluk bantal bushuk dulu ok?? Untuk kesenangan bersama :)

p/s : kepada suami masa depan saye, sila peluk saye hari2 :D

June 22, 2011

JANGAN MENANGIS FYKA.

ASSALAMMUALAIKUM.

bila awak tnye saya
"rindu ke ta?"
saya rindu
bila awak ckp awk syg saya, saya xpernah ckp sy syg awak.
tapi sy sayang.
1 bnda yg awak tak pernah taw,
sy xckp smua tu sbb sy xnk awk lagi sakit.
maafkan saya.
ada orang yg lbh baik utk awak kt luar sana.
setiap apa yg awak buat, smua saya amk taw.
blog awak, fb awak, tiap2 hari saya tengok.
hmm
tengok je la.
maybe smpai cni.
sy dah nampak banyak.
t.care.
jge diri.
awak baik.
pesan awak, saya xlupa.
bye.
jgn mudah jatuh cinta.
please.
=,)

'SATU HARI NANTI KITA AKAN BERJUMPA DENGAN JODOH KITA. SAMA ADA KITA YANG MENCARI DIA ATAU DIA YANG AKAN MENEMUI KITA'

MISSING F.


June 20, 2011

ANTARA DIA DAN KAU, SIAPA YANG HARUS KU PILIH??

ASSALAMMUALAIKUM~
Semua sihat ke? Harap sihat hendaknya. Sebenarnya entri ini adalah permintaan dari seorang blogger. Malas cerita panjang terus kepada tajuk entri.

Aku, dia dan kau? Siapa yang harus aku pilih?? Mungkin masa sahaja yang menentukan. Aku dan dia telah lama menjalinkan hubungan atau lebih tepat lagi sebagai pasangan kekasih. Disebabkan hubungan aku dan dia merupakan hubungan jarak jauh tapi aku kuat kan hati untuk terus kan. 
Kerana apa?? 
Kerana SAYANG.

Dia berada di luar Negara. Masih lagi menuntut di salah sebuah UNIVERSITI terkemuka. Jadi hubungan ini mungkin terlalu lama bagi seseorang perempuan seperti aku, kerana kepercayaan dan kesetiaan Alhamdulillah hubungan aku dan dia masih kekal sehingga hari ini.

Tanpa aku duga, selama aku menunggu dia pulang ke tanah air untuk menghabiskan pengajian nya, dugaan dari ALLAH tiba. Abang sepupu aku datang kerumah menyatakan hasrat nya untuk mengahwini aku. 
Dugaan yang amat berat sekali.

Aku mendiamkan diri buat beberapa ketika, sehinggakan si dia yang berada di luar Negara resah dengan ketiadaan aku. Selalunya aku dan dia berhubung melalui facebook. 
Siapa yang harus aku pilih?? 
Dia atau kau?? Aku sayangkan kau jujur aku katakan.

Ayah : dia tu lambat lagi nak abes belajar, sampai bila kamu nak tunggu??

Berat hati aku mendengar bila ayah sendiri berkata begitu. Tidak faham kah dia hati seorang anak?? Aku bukan ingin menjadi anak yang pentingkan diri sendiri. Anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya. Aku Cuma mahu pertahankan hak aku! Bagaimana aku ingin hidup bersama insan yang tidak aku sayang sama sekali? Dan melepaskan insan yang telah lama aku sayang? Mungkin ada yang mengatakan sayang dan perasaan cinta itu akan hadir setelah berkahwin. Tapi bagaimana?? Sayang dan cinta kepada abang sepupu sendiri?? 
TIDAK!
Siapa yang harus aku pilih??
DIA ATAU KAU?

P/s : harus aku ingatkan watak dalam entri ini bukan AKU. Tapi seorang blogger. Aku hanya ikut permintaan si perempuan. Dan jika aku sebut sape blogger perempuan tersebut pasti ramai yang kenal. Jadi nama si dia terpakse di rahsia kan . sekian.

June 19, 2011

MASA SEKOLAH DULU AKU SUKA BUAT-BUAT PENGSAN OK!!



ASSALAMMUALAIKUM~

Entri hari ni aku nak mengimbau kembali ke zaman aku sekolah. Macam biasa semua pun boleh baca. Rindu aku tak?? Confoim ramai yang tak rindu!! Aku tahu sangat dah. Sobs sobs. 
Nampak tak yang aku sedang syok sendiri??
 Hahahhaa

Kes aku suka pengsan ni masa bila kan?? Kalau korang nak tahu masa sekolah menengah. Aku memang suka buat-buat pengsan terutamanya masa perhimpunan sekolah. Kalau pengsan je tak payah diri lame-lame dekat tapak perhimpunan tu, sebab cikgu akan bagi aku kelonggaran untuk duduk di kantin. 
Paling ketara aku suka buat-buat pengsan adalah masa aku tingkatan enam.

Ye la, mana la aku tak suka buat-buat pengsan cikgu kat atas pentas tu bebel lame gilaa. Mengalah kan ceramah ape entah. Dulu ade satu cikgu ni name dia CIKGU M, dia memang DIVA kat sekolah tu. DIVA ke?? Hahhaha. Aku bukan tak suka dia. Cuma perwatakan dia buat aku nyampah sikit. Macam orang suka aku sangat. Hehehehe.

CIKGU M tu memang suka bebel lame,  ade satu hari tu aku buat-buat pengsan. Tapi tak menjadi.

Aku :  (siap sedia nak pengsan)

Member sebelah : fyy nak pengsan da, siap sedia semua.

Aku : dah pengsan tapi pengsan sambil senyum.

Semua orang : pelik tengok aku pengsan sambil senyum

Sejak hari tu, aku tak buat-buat pengsan lagi, tapi mungkin ALLAH tu marah dengan aku, aku memang betul-betul pengsan.

Kesimpulan nya : jangan tiru cara aku ok?? Tapi bila fikir balik lawak sangat. Hahaha. Korang ade cite best tak ?? :)

June 17, 2011

LELAKI KACAK sama dengan GAY!!



Assalammualaikum~


lelaki kacak

Korang sehat tak?? Malas da nak buat entri lawak. Bila aku buat jer. Ramai je kate dah pernah bace. Memang la aku bace dalam buku lawak tu semua tapi Korang pura-pura la tak pernah bace :( 
majuk dengan semua~~
sentap mak noks.


ok berbalik pada tajuk entri, betul ke haa?? 
Tapi aku rasa macam betul je.

Ok kenapa aku cakap lelaki KACAK tu sama dengan GAY?? Bukan semua la, tapi bole dikatakan separuh nya adalah gay.  Korang pernah Nampak GAY yang tidak KACAK?? Setahu aku, lelaki GAY ni kebanyakkan nya KACAK belaka.
Bukan setakat kacak je, tapi badan ala-ala the rock gitu. Kau ade?? 
Haaaa. 
Sila muntah. 
Habis tu macam mane kan?? Nak cari lelaki yang betul-betul tulen pun susah sekarang ni.

Aku tak nak la nanti bila aku dah kawen tetiba suami aku cakap

Suami : yanggg, titeww terpakse putus sebab I GAY.

Aku : ASAL DARI DULU JER TAK CAKAP KAU GAY, PENAT BUAT ANAK DENGAN KAU.

Haaaa. Boleh pengsan aku cam tu. Habis cam ner?? Kepada kaum wanita sila 
Tanya bakal suami tu GAY ke tak. 
Hahaha~

( Taip entri sambil call mak aku)

'Hello mak, ayang ni, mak carikan ayang bakal suami yang muka ala-ala kuih karipap tau.'

p/s : terima kasih kepada sesiapa yang cakap nak kejut aku sahur tapi tak kejut. uwaaaaaaaaaaaa~

Ok. bye

June 16, 2011

nasib baik CUCU KALAU TAK DAH SEPAK DAH !



Assalammualaikum~

Semalam jari aku dah rase geli-geli sebab nak update entri hari ini. Hahaha. Hari ini nak update entri lawak juga la. Tapi tak tahu la korang gelak ke tak. Sebab aku yang taip ni pun bole gelak sambil taip. Kalau korang tak tahu la pula korang gelak ke tak kan. 
" syok sendiri ingat entri lawak sangat " 
Hahahaa

Ade seorang atok ni, bawak cucu dia pergi pejabat pos. atok dia nak pos surat kat pejabat pos tu. Memang la pos surat tak kan beli ikan ye tak? Lepas tu dah sampai pejabat pos tu. Atok tu pun masuk kan surat ke dalam tong merah pejabat pos tu untuk di pos. tetibe je cucu dia tanye.

Cucu :  atok buat ape tu?????

Atok :  atok bagi surat kat kawan atok cu!!

Cucu : ape  bodoh  sangat  kawan  atok  duduk  dalam  tong  merah  tu?!!

Atok :  erk ?? naseb baik cucu aku, kalau tak aku dah sumbat dalam tong ni sekali dengan surat
 T____T

Lawak tak?? Jangan kate ade yang pernah bace cerita ni. Penat tau ahkak taip 
:D
Hahahahhaha~

TOLONG GELAK


p/s :  esok sape ade number aku sila kejut aku sahur lagi :) !

June 15, 2011

SAYANGG!! NAK PELUK MACAM TU JUGAK!!





Assalammualaikum ~

Entri kali ni biasa-biasa je. Hmm. hari ni aku nak buat entri gelak sikit. Tapi tak tahu la korang baca gelak ke tak :P aku teringat yang aku pernah bace satu cerita ni. Kasi berdarah sikit hidung bace entri ni ok :D

Ada la sepasang suami isteri ni , memang la sepasang tak kan dua pasang pula kan. Suami isteri ni sedang duduk lepak-lepak dekat ruang tamu. Tanpa diduga si isteri Nampak jiran sebelah rumah punya suami sedang peluk dan cium kedua pipi si isteri nya. Jeles leteewww~~ hahaha. 
Ok lepas tu si isteri terus cakap kat 
suami dia.

Isteri : abangg tengok suami jiran sebelah rumah ni romantik la. Peluk cium isteri dia. Cium pipi kiri dan kanan pula tu. Kenape abang tak buat  macam tu??

Suami : memang abang pun kalau boleh nak buat macam tu juga. Tapi abang tak berani sebab abang tak kenal isteri dia.

Isteri : TENGKORAK HIDUP PUNYA SUAMI! Sayang suruh peluk cium sayang 
la!! Bukan jiran sebelah punya isteri.



Tak lawak ke??
 Lantak la ~~


p/s : Esok sesape ade nombor aku sila kejut kan aku bangun. Sebab nak sahur :D  

June 14, 2011

Wow! ABANG MAT REMPITTT seksi you!



ASSALAMMUALAIKUM~

Abanggg mat rempitt!! Tergoda tau. Korang nak tahu kenapa tak?? Macam biasa entri ini boleh di baca sesiapa sahaja. Entri berstatus UMUM, mat rempit nak bace pun tak pe. Tapi ada ke ?? hehehe~ dan entri ni ada kaitan dengan abah aku. Sape penah baca entri aku yang sebelum-sebelum ni mesti tahu aku memang rapat dengan abah. ayat mengalahkan ramai je baca entri aku. Hahahaha. Tak tahan mak noks~

Semalam kejadian nya. Masa nak balik kerja, abah ambil aku naik moto. Entah mane abah campak kereta. Kata abah, berangin sikit bila naik moto. Aku pun tak kesah sangat sebab naik dengan abah aku kan.

Selang beberapa minit lepastu ada traffic light, datang dari mane entah tetiba ada abang mat rempit remp moto tepi abah aku. Gila kau, Abang mat rempit memang dah main gila dengan abah aku, macam nak racing je. Ok lampu hijau dah. So aku dan abah wat relax je. Jalan macam biasa je. Yang abang mat rempit tadi kemain lagi bawak moto bagai nak gila sampai kan baju dia terangkat di tiup oleh angin kus kus~ dengan selamber nya abah cakap kuat-kuat kat situ

Abah : Dah la bawak moto laju-laju sampai baju terangkat!! BOXER KALER
 PINK BUNGA-BUNGA!!

Aku ni haa, terus tengok. Memang kaler PINK ==’ alahaiii~ muka ganas boxer kaler PINK. MUNTAHH AKUUU!!

Aku tak faham kenapa ada sesetengah lelaki suka bawak moto duduk belakang sangat kalau boleh nak dekat sampai ke tayar belakang. Pelik aku. Dan ada juga lelaki yang bawak motor kaki kepit?! Selalunya yang bawak motor scooter kan?
 Alahai. Apa yang dikepit pun aku tak faham. 
Sorry, aku tak tergodaa ok dan korang tak Nampak comel pun dan tak seksi langsung~


Kesimpulan nya : 
jangan bawak moto laju-laju ingat lah orang tersayang.


p/s : Entri tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun. HARAP MAKLUM.
.