April 26, 2011

ENTRI MENGEJUT ABAH :D

ASSALAMMUALAIKUM~

 hai semua sihat tak?? harap sihat hendak nya. kenapa entri macam tu?? pelik kan. aku pun tak pasti. tapi yang pasti ada berita gembira untuk abah di pagi hari.

ABAH :  AYG, CEPAT TENGOK NI.
AYANG : AMENDE NYE ABAH??
ABAH : TENGOK LAH APA NEYH.
AYANG : OK NAK BUAT GORENG.
ABAH : JANGAN!! NI KELAHIRAN PERTAMA. BIARKAN JE.
AYANG : ERK?? ( amende enta kelahiran pertama, mengalah kan anak betul plak) <-- berkata dalam hati
ABAH : KAMU MENGATA ABAH LA TU?
AYANG : TA DE LAH, HANDSOME ANAK ABAH KAN
 -_____________-

korang nak tahu amende kelahiran pertama nya?? 
ayam ternakan abah aku da bertelur
 8___8



bengang je aku, tapi ta pe la, aku seronok tengok abah bergembira di pagi hari  ini.
 tapi kegembiraan abah tu tak lame aku rase. 
sebab kelahiran pertama tu mak aku dah amek tadi. 
wkakakakkakakakakakkakaaka~
kesian my daddy :D

P/S : entri neyh sambungan untuk entri  AYAM DAN ABAH 

April 25, 2011

INGAT AKU TAKOT?? MEMANG AKU TAKOT PUN :(

assalammualaikum semua :)

ape hal la entri aku tajuk kemain lagi kan?? sebenarnyakan. aku ada satu rahsia ni. nak share dengan korang semua. aku takot dengan satu objek neyh. nak cakap objek bukan.. tapi dia bernyawa. setiap ari aku kena lalui benda neyh ,
aku fobia dan takot ok. ok merepek
 -___________-
semua senyum macam biasa. hehehe

aku takot dengan seseorang neyh
 dia nampak menakot kan. setiap hari kalau aku nampak dia. mesti aku nyorok cepat-cepat. memandang kan aku neyh keje kat klinik. jadi aku kena hadapi la makhluk allah neyh setiap hari. aku siap bagi gelaran kat makhluk neyh tao. weyh takot tahu??
 ngerii je rasa nya. 
tapi aku wat cam tak takot.biasalah aku kan superman :D 

aku takot dengan sorang mamat india neyh
 -_________- 
yang aku gelarkan

 INDIA WOWOT BOLAT,


takot ok dengan india tu. kalo aku nampak india tu. aku memang akan nyorok cepat-cepat.
 macam nampak hantu lah. sebab aku takot :(
 aku nampak pewot dia pun aku takot ok 
mata aku boleh terus jadi nombor lapan macam neyh
8_________8
damn betul!

kesian india tu, tak tahu pape tapi jadi punca masalah kat aku la kan :D 
hahahahha. tapi yang pasti kan aku takot dher.
wowot dia besa lain macam :( 
wa bole nanges kot!


p/s : wowot = perut

April 24, 2011

GA UJANG AKU JOIN, KAU ADA?


assalammualaikum, 

OK SAYA DENGAN RASMI NYA TELAH MENYERTAI GA UJANG.
HARAP SAYA MENANG.

saya sertakan slogan kata :

GA UJANG MERUPAKAN SATU GA YANG BAGUS UNTUK ANAK-ANAK MUDA SEKARANG.
MAJU LAH GA UNTUK NEGARA 


aku tag kau :
feezaaa
aisya


sekian.

KAWAN JANGAN!

Assalammualaikum semua :)

Dia : kenapa dia buat aku cam ni fyy??
Dia : ape sala aku kat dia fyy??
Dia : fyy nape dia tinggalkan aku fyy??
Dia : nape baru sekarang dia buat aku cam ni fyy??
Dia : fyy!! Aku sayang dia fyy.

Kawan, aku pun sedih bila kau Tanya semua tu kat aku. aku pun tak tahu nak jawab ape. Walaupun aku pernah melalui situasi yang sama dua bulan yang lepas sama seperti yang kau rasa sekarang . Aku pun pernah Tanya soalan yang sama  dekat kawan aku. Patut lah diaorang biarkan aku nangis dahulu bila aku buat perkara yang sama seperti kau lakukan sekrang. Sebab tu aku biarkan kau menangis. Biar kau luah semua. Tapi kau tak boleh macam ni. Sabar lah, setiap benda yang jadi pasti ada hikmah nya. Mungkin Allah nak temukan kau dengan  insan yang leagi hebat dari dia. Kalau bukan sekarang mungkin nanti.

Kawan, kau tahu ikatan persahabatan kita kuat, malah kukuh. Kau tahukan?? Aku sayang kau. Kau pun tahu tu. Aku tak nak kau rasa ape yang aku rasa. Kau tak sepatut nya lalui apa yang aku pernah rasa. Sebab kau terlalu baik bagi aku. Dan aku pelik kenapa perempuan sebaik kau di permain kan sebegitu rupa?? Apa ini memang agenda seorang lelaki?? Mencipta percintaan dan melepaskan begitu sahaja??

Kawan, selagi aku di sini aku sedia menjadi mata, telinga, dan bahu untuk kau. Ingat kita sahabat. Sampai bila-bila ikatan tu kekal. Aku ada bila kau perlukan aku. Macam tu juga dengan kau :) kau harus move on. macam aku buat, macam tu juga aku nak kau lakukan. jangan membenci lelaki tapi cuba beri diri kau peluang. peluang untuk diri kau hidup tanpa sebarang ikatan.

Adam dan hawa diciptakan untuk saling melengkapi. Itu satu kemestian.tapi, bagaimana  untuk mengetahui siapa jodoh kita? Benarkah, kita akan tahu, dia untuk kita melalui rasa dan gerak hati?? 

jodoh dan pertemuan di tangan NYA kita tidak boleh melawan tapi boleh mengubah. semua nya terletak pada diri kita. mungkin apa yang terjadi ada sebabnya kerana Allah maha mengetahui.

 fav song aku :) 

April 21, 2011

WAH HEBATNYA CINTA :)

Asalammualaikum~

sejak akhir-akhir ni aku rasa sunyi walaupun ada yang cuba mencuri hati aku. tapi macam biasa aku buat tak tahu. macam dia kata " awak hati batu " . 

semalam aku bosan , jadi aku buat blogwalking. aku terjumpa satu entri ni. dia cerita pasal kehidupan dia. macam mane dia pernah jatuh dan bangun semula dalam melayari hari-hari dia. bagaimana seorang secret admire boleh mencuri hati dia. secret admire tu hanya baca blog dia dan jatuh cinta. wah, hebat nya. tapi nasib tuan punya blog tu sungguh baik sebab secret admire dia seorang doktor dan sekarang ni diaorang dah menetap kat australia. aku memang tertarik dengan cerita yang sebegini rupa. sebab aku suka baca novel. 

dan aku tertarik dengan bait-bait ayat entri tersebut 

  • Ianya sebuah kisah cinta yang benar-benar magik dan datang tanpa disangka.
  • Kisah cinta ini adalah lebih laju daripada bullet. 
  • Cinta boleh dipupuk. Bukan dikira dari sifat masa, tapi dikira dari kekuatan hati.
  • Istikharahlah. Istikharahlah untuk mendapatkan petunjuk dan kekuatan hati dari yang Maha Esa.
  • Bercintalah dengan jalan yang benar. Allah pasti redha.
  • Pertunangan hanya satu ikatan. Bukan acara yang menghalalkan perhubungan. Kami pernah lalui cinta jarak jauh. Ianya indah.
  • Perkahwinan bukan sebuah happy ending. Ia adalah permulaan kebahagiaan yang hakiki. Hargailah perkahwinan. Sayangilah suami anda sepenuhnya sebaik sahaja beliau sah bergelar suami. Kerana ketika itu, bermulalah letaknya syurga wanita di sisi suami.
  • Jodoh itu rahsia Allah yang begitu indah. Jangan tidak percayakannya. Jangan pernah menafikan jodoh.
  • Fairytales itu wujud. Dalam pelbagai cara dan untuk bahagian masing-masing.
  • Semua manusia itu akan mendapatkan bahagian masing-masing. Cuma dalam keadaan dan masa yang berbeza. Istikharahlah.
  • Perkahwinan menjadikan anda sebagai seorang insan yang baru. Yang lebih baik, jika anda inginkan kebaikan. Yang mungkin lebih buruk, jika keburukan yang akan pupuk.

SATU YANG AKU PASTI BILA AKU BACA ENTRI-ENTRI NURULISM AKU RASE HEBATNYA CINTA DIA. WAH. KALAU KORANG SEMUA NAK TAHU DIA BERCINTA LAMA DI UNIVERSITI ALIH ALIH DIA KAWEN DENGAN ORANG LAIN. KALAU TAK SILAP LAH :) HEHEHE. DENGAN HANYA PENULISAN BLOG DIA BOLEH BUAT ORANG JATUH CINTA. Hebat!

April 20, 2011

AKU ADA HATI BUKAN KAYU

Assalammualaikum ~ 
hmm. kenapa aku buat entri macam tu?? entah lah. semua orang cakap aku ni jual mahal. ye ke?? aku pun tak tahu. bila aku fikir balik ye la kut. mungkin pengalaman yang dulu mengajar aku supaya berhati-hati dengan LELAKI. kenapa kau cakap macam tu?? ye la, aku pernah bercinta pung pang pung pang selama lima tahun. tapi akhirnya dia tinggalkan aku macam tu je.

tak lame lepas tu, ada sorang lelaki ni datang sekejap dalam hidup aku. kalau aku sebut sape dia mesti ade budak blogger yang kenal. tapi aku pendam. memang aku suka simpan perasaan aku. tapi aku rase dia pun tahu yang aku sayangg dia. aku pun tak pasti sayang aku dekat dia macam mana. sayang lebih atau hanya sekadar kawan. bila fikir balik, nape skejap sangat aku suke dan boleh sayang dia. mungkin sebab dia macam kayu. aku jentik pun dia tak pernah nak goyah. kaw lelaki macam tu?? aku suka lelaki yang macam ni. melawan apa yang aku mahu. degil. sebab aku rase lelaki macam ni adventure. kau lelaki macam tu?? mari dekat dengan aku.

tapi tu lah, dia selalu stalk aku punya blog dan facebook aku. dalam kayu-kayu dia setiap benda yang aku buat dia tahu. dia sayang kah?? aku pun tak tahu. biar lah dia. semalam dia siap tahu berapa jumlah komen kat blog aku. wah,, prihatin sungguh dia kat aku. tapi aku malas nak duga dia. sebab dia mulut macam HARAM,. selalu bagi aku marah. tu yang aku suka. pelik kan aku ni. 

"saya masih sayang kan EX saya"

nape dari dulu je kau ta cakap perkara ni?? ta de lah aku semai perasaan ni. dan kau pun tahu tu :)

P/s : saye tahu awak akan bace entri ni. awak. saya rasa saya nak diam dari hidup awak :) anggap je lah saya ni umpama angin yang singgah sebentar dalam hidup awak dan pergi tanpa khabar berita :)

April 18, 2011

BANGLA MINTAK KAKI :D

Assalammualaikum ~

hye semuaa~ macam da rase lame ta update plak :) maaf yee. alah, korang semua bukan kisah sangat pun kalau aku tak update blog. hahahaha~ 
ok senyum semuaa
 -___________- 
wah wah. semua handsome :D

kenapa tajuk entri aku cam tu eyh? mesti pelik kan? alahai, kalau korang semua nak tahu. aku bengang sebenarnya dengan seorang mamat BANGLA ni. alaaa, bangla kat kedai mamak. bengangg gilaa. secara jujur nya, aku tak makan makanan mamak kalau setakat nak minum minum tu boleh lah. even, roti canai pun aku tak pernah makan. aku rase macam geli. kalau orang cakap rugi pun aku tak kisah. tapi memang aku tak makan roti canai pun. hahahha. pelik ke?? alahh. tak mati pun kalau tak makan roti canai. ok dah lari tajuk. wahahhahaha~
 kenapa aku je yang gelak
 T________T

nak di jadikan cerita, aku nak minum air horlick ais. ye lah aku suka air horlick, jadi macam biasa aku dengan abah apergi beli dekat satu kedai mamak ni. dah siap order apa semua. aku pun nak bayar kat sorang mamat bangla ni
 ( +__+ )

BANGLA : ok adek manis, ini dia sudah siap horlick ais.
AKU : berapa ye??
BANGLA : 013XXXXXXXXX ?
AKU : hah? biar betik?
BANGLA : Ohh saya sudah silap , itu nombor tepon saya. :D
AKU : halo bro,  wa tanye berapa harge air ni, ta mintak nombor tepon lu pun. pecah pecahh kangg!
BANGLA : adek manis banyak garang T___T



aku cakarmuka kau sat g bangla
warghhhh~


P/s : jangan gedik dengan aku mat bangla. kau silap orang. tampo kang diam kat situ gak. tak pun aku suruh je JAIP datang. sebab kau menggatal dengan aku.
AKU WARNING NI 
macam bangla tu baca je blog aku. 
damnnn!!! lallalalalla~
 -____________-

April 14, 2011

JANGAN BAWAK ABAH TENGOK WAYANG :D

Assalammualikum semua ~


kenapa entri aku macam tu?? haa, ari ni macam biasalah aku nak bahan pasal abah aku lagi. ade je hal abah aku ni dan ade je yang suruh aku update entri cepat siket sebab diaorang nak bace entri entri aku yang latest. wah wah~~ mengalahkan artis. wahahahaha. ok senyumm semuaaaa.
 -_________-. 
ok i like.
 hehehhee~

macam ni sebenarnya. selalu nya kalau aku ta keluar. aku akan lepak kat rumah je dengan mak dan abah tersayang. jadi, lepas aku letih balik kerja. aku saja teman mak aku tengok cite sinetron indonesia. cite ape entah. aku pun layan je. tetiba abah aku pun tengok sekali. kalau cite indon tak sah pasal cinta , mati , kena bunuh. tu je lah, aku pun dengar je lah abah aku membebal dengan mak aku =='

abah : ni ape hal ni, skejap mati skejap hidup.
abah : ni ape hal ni, tak makan dua tiga hari pun bole lari sane sini. nampak bebnor nipu cite ni.
abah : ni ape hal ni, lepas da kawin bole plak becerai, pastu kawen dengan orang lain?
abah : ni ape hal ni, da kena tangkap bole lepas, pastu kena tikam plak
abah : ni ape ni, asek iklan je!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ok stop. kenapa dengan abah aku ni. aku dengan mak tengok sinetron indon tu relax je. abah yang tepekik sane sini. kena rasuk ke apa.
 =='
dengan selamber nya mak aku cakap kat abah .


mak : abang ni diam le!!! , kalau abang ni pegi tengok WAYANG mesti dah kena baling dengan burger kat kepala tu. jangan tanya nape air coke tumbuh atas kepala :D

tu diaaaaaaaa~~ amboi~~ da gadoh dah mak dengan abah. kan aku dah cakap. aku dah tahu mane datang nya perangai tak betul aku  =='

 GAMBAR HIASAN JE *

aku malas masuk campur. so, aku hanya diamkan diri je tengok mak dengan abah gado. gado manjesss gitu. 
aw aw aw~~
 i like :D

p/s : lepas jer tengok sinetron indon  tu kan. adek aku bagitahu kat abah. yang anak baru dia iaitu TUPAI dah mati
 -___________________-

April 12, 2011

ABAH DAN TELURNYA :D


assalammualaikum semua :)

haa, asal tekejut?? macam biasa korang semua buat relax jer. tajuk entri macam panas bukan? jangan fikir bukan-bukan. aku smackdown sorang sorang nanti!! ok senyum semuaa -________- ok aku suka. semua nampak comeyy wahahahhaa ~~

macam ni sebenarnya, benda ni jadi dua tiga hari yag lepas, masa aku dalam kereta dengan abah dan mak tersayang. aku ni beria sangat nak telur ayam. wakakaak~ haa, nampak. aku ta melucah ok. heheheh. telur ayam tu aku nak sebab aku terbaca satu entri pasal khasiat putih telur ayam tu. kunun  nya sihat untuk kulit muka la kata kan.  ye lah, kulit aku ta licin cam korang. wuhuhuhuhu~~

aku pun bising-bising lah dekat abah, nak telur ayam. kebetulan kat rumah telur ayam dah habis. ayam belaan abah aku tu pun ta bertelur lagi. ciss~~ jaga kau ayam. panas je hati aku. dah lame aku membebel dalam kereta sebab nak telur ayam pastu abah pun beli gak telur. kiranya, memenuhi keinginan anak dia lah :D wah wah happy :!!

abah : ok, ayang nak telur ayam ye??
ayang : haa, abah beli dua biji tau! cepat sikit abah. tapi nape beli kat kedai mamak??!
abah : kedai mamak pun ada jual telur ayam lahhhh!!! sabar jap.
ayangg.: ok abah.
abah : nah telur ayam. dah jangan bising. 
ayang : ok maseh :)

sampaii jer rumah. aku seronok gila la kan nak pecah kan telur ayam tuh. ye lah, nak try petua letak kat muka  putih telur tu.

ayang : asal tak bole pecah telur ayam ni abah!
abah : abah lupa nak bagitahu, mamak cakap telur ayam da habis, abah beli lah TELUR REBUS. 
ayang : erk?? -____________-




uwaaaaaaaa~~ kenapa la abah aku ni. bole gila aku dok lame-lame dalam rumah cam ni 
=,='

p/s : abah saje nak tipu aku sebab tak nak hampa kan keinginan anak dia yang sorang ni. tapi penipuan yang melampau -_- warggggghhhhhhh!!

April 10, 2011

ABAH BAWAK PULANG ANAK BARU :(

Assalammualaikum semua :)

Ape hal korang tekejut dengan tajuk entri aku tu?? Korang semua wat relax jer. Sebab aku pun wat relax. Adat lah. Seorang bapa bawak pulang anak barunya ke rumah. Nak tak nak kita kena terima la kan :) senyum tu biar lebar sikit. Jangan nak sedih je
 -______________- 
ok comey,  I like~~ wakakkakaa

Macam ni lah. Mula mula aku tak sangka gak. Sejak aku buat entri pasal ayam tu, aku ingat ta de pape yang akan jadi. tapi tu lah, tuhan jer yang tahu macam mana perasaan aku sekarangg. Bertambah pulak orangg dalam rumah aku. Aku tak pernah marah abah. Malah aku sentiasa senyum tengok abah dengan anak baru dia. Macam biasa aku rase sangat tersisih. Aku yak melawan takdir. Aku redha dengan ketentuan yang maha esa 
:)

Nak tahu tak anak baru abah aku tu sape??

ni la dia =='
tupai.
Wakakkakkakaa~~ nape korang tak gelak?? Plss gelak. Gelak lah weyh. Penat tau buat entry nak bagi korang semua senyum. Ciss~~

Ni lah anak baru abah, mane entah abah jumpa. Abah aku ni memang suka binatang ke ape ==’ mungkin la kot.  Kalau korang semua nak tahu, sepatutnya ada dua ekor anak baru abah. Tapi tu la seekor da mati. Aku tanye abah nape mati, pastu selamber je abah cakap.

Ayang : abah nape tinggal seekor je anak baru abah tu?? da mati ke?? :D
Abah : mati?? Ohh, tinggal seekor  je.
Ayang : tahu lah, tapi nape mati??
Abah : mati sebab perut dia kembung. Abah da cek dah perut dia tadi. Mati sebab perut kembung.
Ayang : macam mane abah tahu??
Abah : tahu lah, da Anak abah. Mesti abah tahu sebab dia mati :D
Ayang : -______________-  ok bye.




p/s : faktor persekitaran mungkin menjadi punca kenapa abah suka kan binatang. dan aku rase abah mungkin nak jadi kan rumah aku sebagai tempat penjagaan haiwan
tettttttt.
-________-

April 8, 2011

SUNTIKAN HPV



SUNTIKAN HPV

Assalammualaikum semua. Hari ni saje nak sentuh pasal isu ni. Pernah dengar tak Pasal HPV?  HPV MERUPAKAN SEJENIS VIRUS YANG BERLINDUNG DI BAWAH KULIT HUJUNG ZAKAR DAN DIPINDAHKAN KEPADA WANITA SEMASA MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM.

Virus HPV ni semakin menular kat Negara barat sana nun. Dan sebelum ni hpv ni dikatakan sebagai punca serangan kanser serviks dalam kalangan kaum wanita. Tapi sebenarnya tidak BENAR sekali.  Sebabnya  HPV hnya tersebabr melalui hubungan jenis .

Kuman HPV merupakan Antara penyebab  kepada kanser serviks di kalangan wanita bukan punca ya.  Seperti mana yang aku BOLD kan kat Atas tu kuman ni didapati berlindung di bawah kulit hujung zakar dan dipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan. Dan kuman ni mudah sangat menular kalo masing-masing asek tukar pasangan.

Tapi, korang semua jangan tak tahu risiko untuk mengelakkan dari dijangkiti kuman ni dapat dikurangkan melalui  ‘BERKHATAN’.  Contohnya, kalau semua lelaki berkhatan dapat kurangkan 20 % kadar kejadian kanser serviks . nasib baik orang melayu  berkhatan. Dan ini telah menyebabkan bangsa yang paling ramai dijangkiti oleh kuman ini ialah cina, kedua india dan ketiga melayu. Disebabkan  mereka yang bukan islam ni tidak berkhatan telah menjadi penyumbang kepada masalah pelbagai  jangkitan.

Oleh itu, suntikan vaksin ini tidak terhad kepada perempuan sahaja, tapi kepada kaum lelaki juga. Contohnya  suntikan vaksin HPV-16 yang dianggap bertanggungjawab unutk kanser pada kaum lelaki. Contohnya, kanser leher, kanser kepala dan dubur yang semakin meningkat kat seluruh Negara disebabkan peningkatan dalam seks oral dan Anal :)

P/s : ini Apa yang aku paham berdasarkan apa yang Aku baca. Senang sembang la kan. Masing masing jaga kebersihan masa melakukan hubungan kelamin. hehehehe


'Sama sama kita Atasi nya '
Pesanan khidmat Masyrakat  :) 

April 6, 2011

AYAM DAN ABAH




Assalammualaikum semua.
Hah, nape entri aku cam tu kan? Mesti pelik. Meh sini nak cite sikit pasal abah aku. Disebabkan aku ni tinggal di kawasan yang agak kampong. Abah aku ni telah bercadang untuk membela ayam. Mula-mula tu aku tak setuju sebab aku dah tahu mesti aku yang kena tolong abah buat ape yang patot nanti. Tapi disebabkan aku ni anak yang baik . wakakkakaka~ aku pun ikut kan je kemahuan abah aku.
Tapi aku rase abah aku dah jadi something sejak membela ayam ni. Risau aku.

Something yang pertama : Mula bercakap dengan ayam dia.

‘Hai, anak-anaku sihat tak semua hari ni?? Hari ni abah bawak dedak ayam yang sedap”

Ok, aku sedih kot, abah tak pernah cakap cam tu dengan kitaorang. Sejak abah dah membela ayam ni, rajin pulak dia tegur anak-anak baru dia. Aku tersisihhhhhhhh~ tidakkkkkkkk.

Something yang kedua : beri nama pada ayam dia

‘baby jage anak elok-elok tao :) bagi telur banyak-banyak t abah bole jual’

Amboi~  bukan main lagi abah aku, panggil ayam dia ‘baby’ bengang je aku dengar. Kalau kitaorang ni, kasar jer dia panggil. Ok,  ’KAMI SENTAP ABAH’ ~ lalalala

Something yang ketiga : mula gaduh dengan mak

“awak, tak bagi ayam saya makan ker tadi? Tadi semua ayam tu ngadu kat saye. Dia cakap “ kenapa isteri abah kedekut sangat”

Yang ni paling aku tak paham, agak lah, pasal ayam pun nak gaduh dengan mak. Panas jer hati aku. Agak-agak ayam tu da psiko abah aku kot? Eleh, mati kau ayam aku kerjakannn~ wkakakaka

Something yang keempat : lebih risau keselamatan ayam berbanding anak kandung

“ayam-ayamku, masuk kandang cepat, helangg kat atas tu, nanti dia makan”
“abah tu bukan helang, tu burung biasa je”
“ish, pandaila kamu, helangg tu, dia makan kamu tak pe. Jangan makan ayam”
“ -__________-“

Abah ni da kritikal aku rase, selambe je cakap cam tu. Tersentap mak noks  ==’

Something yang kelima : panggil nama aku dah macam panggil ayam

‘ayammmm, meh sini  jap”
“ abah panggil ayangg ker”
“abah panggil ayam , bukan ayangg”

Uwaaaaaaaa~~ sedih aku. Sampai ke tahap itu abah melayani aku. Hoh, tak per. Ada ubi ada batas ada hari aku balas kat ko ayam.

P/s:  tunggu raya lah nasib kau ayam, akan ku abadikan dalam perot ku ini. Hoh.  Patot lah ramai cakap aku tak betul. Aku dah tahu mane datang nya genetic gila tu. Wkakakakak~


                                                                 tunggu lah :D

April 5, 2011

lembut dan ganas?? personaliti :)


fyka lembut dan ganas??
tidakkkkkkkkkkkk -_-
 
fyy : woi aku smackdown korang sat lagi!!!
fyy : hye, awk sihat? dah makan? :)

assalammualaikum :)
hari ni saje nak kongsi dengan semua orang tentang kecelaruan personaliti. sebab ada orang cakap aku ni 'orang gila' ye lah, sikap aku asek berubah-rubah. sesedap rase jer cakap aku gila. aku jadi gila betul-betul sat lagi baru tahu. ape itu  kecelaruan personaliti?

Kecelaruan personaliti :
kecelaruan personaliti adalah penyakit psikiatri. Dan antara penyakit jiwa yang serius. Antara tanda-tandanya, pesakit sukar membezakan dunia nyata dengan dunia fantasi. Pemikiran bercampur aduk, semakin tidak nyata, manakala emosi menjadi kabur dan tidak teratur.

Kajian penyelidik mendapati, pesakit psikiatri mengalami ketidakseimbangan kimia dalam otak. Kajian meliputi kegagalan fungsi sistem penghantaran saraf otak iaitu saraf yang nenyalurkan komunikasi antara sistem saraf. saraf yang dimaksudkan adalah sitem dopamine, serotonin dan neurorepinephrine


haa, nampak tak maklumat yang aku BOLD kan tu?
beza ok dengan aku. aku ni emosi jer lain-lain. ikut hari. kalau ade mood aku mang lembut, kadang kadang jer aku jadi ganas :D
lagi satu sistem saraf aku masih lagi ok ye. aku tampo sorang sorang sat lagi :)
grrrrrrr~
JANGAN SALAHKAN AKU T_T

nak bagi korang semua nampak lagi yang aku ni normal kan ni antara tanda tanda pesakit mental :

 perubahan emosi dan personaliti
 perubahan pemikiran
perubahan presepsi dan pandangan serta kurang reaksi.
Mengamuk  juga merupakan penyakit psikiatri.
( sape yang kuat ngamok tu aku nasihatkan korang jangan dekat dengan dia )


ok, maseh yee. aku saje buat entry ta bape nak pendek sangat sebab nak bagi korang faham yang aku ni normal :D
wakakakkakakakkakakak~

p/s : tapi ade ker pesakit mental yang mengaku dia normal? erk -___-













April 3, 2011

SIPOLAN MULA BAGI NASIHAT =)



Assalammualaikum, hari ini aku nak share kat korang something. Nasihat dari sipolan untuk aku. Sipolan ni bole dikatekan rapat dengan aku. Hari tuh time aku teman dia kua beli barang, dalam kerete dia sibuk nasihat 
aku itu ini. Tapi macam biasa lah. Sipolan ni nasihat aku pasal cinta lagi. Aku pun kembang je telinga dengar.

Sipolan cakap kat aku, yang umur aku terlalu awal untuk bercinta. Bila aku fikir balik betul ker? Lepas tuh sipolan explain lagi kenapa aku tak patot bercinta pada umur 20 sekarang ni. Sipolan cakap kat aku yang sekarang ni aku patot rase nikmat hidup bebas tanpe sebarang ikatan dengan mane-mane lelaki. Sipolan 
cakap kat aku kalau aku ade kekasih sekarang ni, pasti ape yang aku nak buat tersekat.

Sipolan tak diam lagi, sipolan cakap yang cinta tu tak perlu di cari. Cinta itu akan hadir sendiri tanpa kite undang. Ye lah, ALLAH dah tentukan jodoh kite dalam dunia ni. Cuma lambat dan cepat je. Kita hanya perlu bersabar. Sipolan cakap yang ALLAH dah bagi banyak cara untuk manusia tentukan jalan hidup mereka. Cuma manusia ni yang susahkan hidup masing-masing. Sebab tu la ada nya solat-solat tertentu yang dapat bantu manusia dalam menentukan jalan hidup mereka. Contohnya solat istikharah . Dan tak payah rase kecewa bila kita pernah putus cinta. Lumrah alam kate sipolan kat aku.

Tak lame lepas tu, sipolan nasihat aku lagi, dia cakap. Buat rugi jer couple lame lame. Aku pelik. Aku tanye dia kenapa? Pastu sipolan selambe je terang. Sipolan cakap yang couple lame ni ade baik buruk nya. Yang baik nya, kita dapat kenal pasangan kita dengan lebih rapat dan tahu segala hal tentang dia. Tapi yang buruk nya, buat nya dah couple lame tapi jodoh bukan dengan dia. Tak ke rugi nama nya? Aku tanye rugi ape? Dia cakap. Rugi mase dan tenga. Sipolan cakap buat habis duit mak bapak jer msg dengan kekasih korang bertahun-tahun tapi last-last korang putus. Tak kesian ker kat mak bapak korang, bagi duit suruh belanja untuk makan ker ape. Tapi korang belanja untuk msg dengan kekasih korang. 
Derhaka nama nya tu.

Sipolan tak berhenti lagi, dia cakap lagi kat aku. Lepas tu. Kalau dah couple lame ni. Tak adventure lah. Aku tanye nape? Sipolan terang lagi kat aku. Sipolan cakap, perkahwinan tu merupakan satu proses pembelajaran sebenarnya. Belajar mengenali pasangan hidup masing masing. Kalau dah lame couple ta de benda yang bole kita belajar dari pasangan kita. Sebab segala hal tentang dia kita dah tahu. Baik buruk diaorang pun kita dah tahu. Jadi lame lame hidup pun jadi bosan. Tu yang banyak kes cerai tu. Lari kawen dengan orang lain. Sipolan sembang lagi, dia cakap ingat satu jer. Terima pasangan kamu seadanya. Kalau kamu rase tak boleh 
terima dia dalam jangka mase yang panjang. Jangan kawen. Nanti buat gaduh jer. Pastu cerai.


Last sekali, sipolan cakap yang lelaki ni harus diduga. Duga dia dalam proses kita mengenali dia. Kalau dia tahan dengan perangai kita, dan sanggup pertahankan kita dalam segala hal. Maksud nye dia yang terbaik 
untuk diri kita :)


p/S : APA YANG SIPOLAN NI NASIHAT AKU ADA BETULNYA DAN ADA JUGA YANG TERKENA KAT AKU. TAPI KALAU KORANG RASE TA BETUL TU HAK MASING MASING. :)

April 1, 2011

KENAPA PAK CIK TAK NAK SENYUM BALIK :(



Semalam aku bosan gila, sampai gila lah bosan aku tu. Jadi aku buat keputusan. Eceh, cam nak buat keputusan kawen plak. Wakkakaka~  jadi aku pun buat keputusan nak ikot mak aku pergi kedai.  Aku memang suka ikot mak aku. Biasalah dah tak der benda nak dibuat.

Tak lame lepas tu. Sampai kedai. Aku pun follow ler mak aku masuk kedai. Tak kan nak tunggu kot. Hahahaha. Lepas dah masuk, aku Nampak sorang pak cik ni. Habit aku suka tengok orang orang tua. Sebab bagi aku warga emas ni comel. Geram gila.. heheh. Aku pun dengan senang hati senyum kat pak cik tuh. Pak cik tu tak layan senyuman aku pun. Aku pelik gila. Bengangg nyee. Rase time tu nak pergi jer beli icecream cornetto pastu makan depan pak cik tu. Grrrr~

Macam-macam gaya aku senyum, senyum Nampak gigi, senyum tutup gigi. Senyum mulut tekepit. Senyum hidung kembang, senyum angin kus kus. Semua lah.  tapi pak cik tuh buat tak tahu jer. Sentap eden tao :( dalam hati aku, aku ngomel lah sorang sorang. “pak cik ni kenapa, tak nak senyum kat aku, AKU SMACKDOWN KANG APE TAK DAPAT!”. Apekah pak cik ni sombong dengan aku? Sombong la gamaknya. Tak lame Pastu. Mak aku pun dah beli barangg ape semua. Aku pun dah letih nak senyum dengan pak cik tu. So, aku pun berlari-lari anak ikot mak aku dan berlalu pergi.

Dah masuk dalam kerete. Aku tenang padat-padat kat pak cik tuh. Wat muka tak puas hati bagai ape semua. Tenang punya tenang, Pastu pak cik tu bye bye aku. Oohh mak aii, tekejot eden. Baru aku tahu nape. Pak cik tu tak nak senyum dekat aku ni :(

Rupe rupenye :

 pak cik tuh handsome sangat, sebab tu dia tak nak senyum. wakakkakaka~
ta de lah. ~. ok aku tipu. wakakkakaa~

rupe-rupenye :

pak cik tu tak der gigi, lebih kurangg cam ni lah :D
Wahhh~~ comel comel. aku geram kot dengan orangg tua yang cam ni!!

Moral of the story :
Jangan terlalu cepat menilai orang dari segi luaran nya. setiap manusia itu berbeza perwatakannya :)